Selasa, Januari 11, 2011

Harakah Menipu Lagi. Malaysia Kononnya Hampir Muflis.

Serakahdaily sekali lagi memulakan permainan menipu mereka. Sebelum ini dengan kisah Alex Ong dan Robingah (yang mereka masih terdiam), kali ini dengan isu Malaysia di gerbang kemuflisan.

Mereka menuduh bahawa penjualan bon akan memufliskan negara tetapi mereka tidak mengkeji bahawa tindakan tersebut telah lama diamalkan bagi memperoleh sebuah negara yang kita dapat hari ini.
Malaysia sedang menuju gerbang muflis
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno BN terus berhutang sewenang-wenangnya seperti sekarang, tetapi bukanlah disebabkan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan Perdana Menteri bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.

Menurut Ketua Umum PKR itu, laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.

Teman nak tanya, kalau Malaysia di gerbang kemuflisan, apakah PAS dapat mengeluarkan fakta dari Unit Perancang Ekonomi mereka sendiri selain dari penulisan yang sesuai untuk orang tidak ke sekolah?

Oh. Lupa. Parti cap telur mana ada pakar ekonomi. Semua 'pakar ekonomi' nya adalah ahli politik anti-establishment yang berkepentingan dengan pelobi Zionis.

Buktikan bagaimana Malaysia mampu menuju tahun 2020 dengan cara PAS. Tetapi PAS yang jelas meletakkan Kelantan atas sedikit dari garisan kemuflisan terlebih dahulu kemudian kini memomokkan ketakutan. Padahal infrastruktur Kelantan selama inipun dibiaya oleh Pusat.

Bagaimana pula penjawat awam yang setia menjilat PAS yang mendesak kerajaan meminjam supaya bonus mereka dibayar?

Pada masa yang sama, penyokong PAS menyebut Malaysia mempunyai banyak wang. Pada masa yang sama juga mereka menyebut Malaysia banyak berhutang.

Pada masa yang sama, mereka mendesak ahli politik kerajaan mengisytihar harta. Pada masa yang sama mereka berpendapat harta mereka tidak perlu diisytiharkan.

Sekiranya Malaysia tidak mempunyai apa-apa perancangan masa depan tanpa ada apa-apa pendapatan kecuali rompakan pasir dan rumah pelacuran seperti negeri Selangor, teman yakin Malaysia di gerbang kemuflisan.

Tetapi hari ini, pak lebai toreh getah pun jual sekerap ikut harga semasa. Muflis apa kebendanya? Kalau hampir muflis, tentulah semua peladang getah dan sawit dikenakan cukai pendapatan yang tinggi kerana pendapatan mereka yang compang-camping ini menyamai pegawai kerajaan bertali leher sepanjang hari.

Interlok Tiada Elemen Rasis - Anwar

Anwar membuat percubaan rasionalnya pertama kali dalam tempoh 13 tahun dengan enggan berada di pihak Tamil dalam bantahan mereka (yang tidak faham bahasa Melayu dengan baik) ke atas novel Interlok.

Sebelum ini, asal apa yang dibantah kaum India, dia akan berada di sana menyokong mereka walaupun atas dasar taktik meraih undi.

Anwar akui Interlok tiada elemen rasis

11/01/2011 3:19pm

PETALING JAYA 11 Jan. — Novel Interlok tidak mempunyai elemen rasis seperti yang disuarakan oleh pihak tertentu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dah baca novel ini sudah lama, saya tidak nampak apa-apa yang rasis pun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Anwar mencadangkan satu perbincangan dilakukan antara mereka yang mempertikaikan mengenai novel itu dan Kementerian Pelajaran.

Beliau diminta mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain diharamkan daripada dijadikan antara novel untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima bermula tahun ini kononnya ia mempunyai unsur yang menghina kaum India di negara ini.


Bagi teman novel berat ini memang tiada apa yang hendak dibantahkan kerana ia berkait dengan sejarah yang telah berlalu. Bantah bagaimana sekalipun, kaum India tidak boleh menafikan bahawa mereka dibawa masuk bekerja di Tanah melayu adalah melalui SISTEM KANGANY, iaitu kontrak.

Mereka yang tertinggal adalah batch-batch terakhir yang gagal dipulangkan ke Tamil Nadu. Hakikatnya berjuta-juta pekerja Tamil yang terbabit pembinaan infrastruktur dan ladang, telahpun pulang sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Itu sejarah. Sejarah tidak boleh dipadam mahupun dibakar.

Menyingkap Lagi Kisah Si Jamil Kucing

Alahai lelaki kucing Bukit Bintang. Yang baru-baru ini menghina Melayu dan menyebut Melayu lebih hina dari Yahudi dan lantang mengutuk Sultan Selangor. Akibat kenyataannya, Jamil Kucing yang selalu membuat sarkas ugut derma dengan kucing-kucing di atas scooternya, Jamil Kucing semakin diperhatikan sahabatnya mahupun musuhnya.

Teman yang saksikan sendiri kebiadapannya malas nak ulas banyak mengenai karekter si Jamil di dunia nyata. Tapi teman ulas jugak ler bila dia dengan lebih keras menyampaikan nada jilat bontot Anwarnya dengan bahasa kesat.

Akibatnya, beberapa blog anti Jamil Kucing mula menguak ke permukaan. Blog-blog ini memberikan bukti bahawa Jamil Kucing membela Anwar kerana satu sebab. Jamil Kucing juga adalah pengamal seks songsang!

Walaupun ada blog tersebut sudah tidak digiatkan lagi, seperti arkib di muzium, terpulanglah untuk sesiapa melawat dan mentelaah. Bacaan lanjut di SINI dan SINI.

Jamil sentiasa menuduh orang UMNO yang masuk PKR adalah annoying kerana membawa 'tabiat UMNO' ke dalam PKR. Tetapi dia lupa, Anwar kesayangannya adalah ciri-ciri yang disebutkan olehnya.

Selepas Anwar dipecat UMNO berada dalam keadaan bersih semula sebelum tangan-tangan yang gatal mengotorkannya semula. Tetapi kesinambungan kekotoran Anwar terus melarat ke dalam PKR.

Lihat sebingkis tulisan Jamil Kucing bertajuk Kan aku kata ADA melayu lebih hina dari yahudi !!!!!!

Tapi di malaysia melayu melayu yang suka menyalak macam anjing , selalu berteriak mereka islam, ketuanan melayu, ikut ajaran islam, pemimpin mereka membunuh , merogol berjudi dna minum arak mereka tak berani ambil tindakan malah menyanjung dan menyokong lagi ada. sultan di katakan ketua agama negeri kaki betina , kaki minum , kaki judi kaki pukul di sembah , di sanjung, disokong apa ni??kata agama islam agama suci. habis kenapa hangpa yg mengaku islam tak berani menegakkan yg batil.

Contoh terbaru hangat di perkatakan kes rais yatim merogol amahnya tetapi di tutup kesnya.
kes sultan sebuah negeri melakukan maksiat tetapi tiada polis yg berani mengambil tindakan.

Adakah nak tunggu sampai seluruh malaysia kena tsunami dari Allah baru ko orang nak betul betul ikut jaran islam ke melayu umno celaka.


Anwar Ibrahim Sakit?

Memang kebelakangan ini Anwar nampak semakin cengkung, dan tidak lagi sihat dan kuat seperti sebelum-sebelumnya. Ini komen ke 139 dalam Blog Ummi Hafilda :
Just to share info. Kesian nuwar dan azmin datang susah payah ke masjid ar-rahimah taman greenwood,gombak tadi 10jan11. al konon datang atas pakej pemimpin bermesra dengan rakyat. yg kesiannyalah tak ramai yg datang nak bermesra dgn dorang berdua tu. saya nampak lepas solat isyak tadi..nuwar uzur benar nampak, kurus, cengkung. sian sgt.

tapi apa kan daya dia buat pilihan jalan tu sendiri.

jawabnya. sendiri buat sendiri tanggungla..

January 10, 2011 5:56 AM



Betul atau tidak, itu kena tanya Anwar. Tapi, dari yang teman dapat tengok, memang muka dia dah hilang seri. Lesu tak bermaya dan hilang degor.

Ada juga yang menyebut, Anwar dah terkena penyakit misteri.

Semoga Anwar lekas sedar dan bertaubat.

Pengguna Blackberry Di Malaysia Belum Selamat

Indonesia telah lama mengambil langkah untuk mendesak Research In Motion (RIM) untuk menyediakan server di negara tersebut bagi membolehkan Blackberry beroperasi di negara tersebut.

Mereka memberi tarikh akhir penghujung Januari ini untuk RIM menyediakan server tersebut tetapi sehingga hari ini RIM belum memenuhi permintaan Indonesia.

Pornografi hanya sekadar alasan kedua. Komisi Pembanteras Korupsi Indonesia mempertikaikan Blackberry bersandarkan kesukaran menyiasat kes rasuah.

Pihak polis di sana mengakui bahawa siasatan kes jenayah akan menjadi sukar kerana maklumat di BBM tidak boleh di akses.

Umum mengetahui, Blackberry menjadi popular adalah kerana applikasi Blackberry Messanger (BBM) yang memudahkan urusan perhubungan seharian.

Sekiranya chat dijalankan di terminal komputer melalui penyedia perkhidmatan internet, ianya masih terbuka untuk disiasat sekiranya keadaan memerlukan.

Tetapi ini tidak buat Blackberry. Bagaimanakah siasatan kes rasuah atau jenayah sekalipun boleh dibuat oleh SKMM apabila Blackberry berada di tangan setiap rakyat yang baik mahupun jahat?

BlackBerry tidak diharamkan

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa mengikut langkah Indonesia yang mungkin bertindak mengharamkan penggunaan telefon pintar BlackBerry.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bagaimanapun berkata, pihaknya sedia mengkaji semula perkara berkenaan sekiranya terdapat bukti menunjukkan penggunaan telefon berkenaan menimbulkan masalah keselamatan, budaya dan pentadbiran kepada negara.

Menurutnya, kajian yang dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini mengesahkan penggunaan BlackBerry tidak menimbulkan sebarang masalah seperti di Arab Saudi dan India.

“Setakat ini, saya tiada dimaklumkan tentang perlanggaran tersebut, jadi tidak wajar bagi kami mengatakan secara khusus apakah tindakan yang perlu diambil sedangkan kami tidak menerima sebarang laporan pun.

“Sekiranya ada rakyat negara ini yang mempunyai fakta tertentu, diharap mereka memaklumkan kepada kementerian dan kita akan cuba mendalaminya serta menyiasat di bawah undang-undang SKMM,” katanya di sini hari ini.

Rais berkata demikian pada sidang akhbar selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.

Beliau mengulas kemungkinan penggunaan BlackBerry di Indonesia diharamkan berikutan kegagalan penyedia perkhidmatan telefon itu, Research In Motion (RIM) untuk menapis unsur pornografi daripada perkhidmatan Internet yang disediakan telefon berkenaan.


Kuasa Rakyat 1793 Membunuh Louis XVI

Kuasa rakyat dicipta untuk meliberasikan kaum Yahudi dari penindasan. Kumpulan pemikir dalam Yahudi menerapkan kuasa rakyat sejak Revolusi Perancis 1789 - 1799 di mana Raja Louis XVI dipancung dikhalayak ramai.

Mengikut Wikipedia :
Revolusi Perancis (1789–1799) merupakan satu tempoh peralihan politik dan sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan keistimawaan bagi golongan autokrat dan paderi Katolik, menjadi bentuk yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat. Tempoh ini berlaku ketika pemerintahan Raja Louis XVI. Revolusioner Perancis menggunakan cogan kata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan".

Krisis undi membunuh Louis XVI apabila Manifesto Brunswick, membuat undi atas kononnya Louis XVI menggunakan khidmat Prussia yang dikatakan musuh Perancis. Amalan ini dikatakan lebih demokratik. Louis XVI mati dibunuh pada 17 Januari 1793 dengan majoriti mudah dimana 361 perwakilan mengundi supaya Louis XI dibunuh manakala 288 menentang manakala 72 lagi mahu ianya bersyarat. Rakyat yang bodoh diapi-apikan hingga sanggup pergi ke pancungan dan mengenakan darah Louis XVI ke baju mereka tanda mereka pun terlibat sama menghapuskan raja.

Bermula dari detik itu, people's power, mobs, press, menjadi mainan. Sebelum mereka mencipta ideologi komunis, mereka mencipta penentangan pekerja dan majikan melalui kesatuan buruh. Kemudian barulah komunis diajar hingga China yang mempunyai sistem beraja berusia beribu-ribu tahun, bertukar menjadi milik negara komunisme. Komunisme merupakan kuasa kroni paling agung dicipta bertopengkan kuasa rakyat.

Berbalik kepada politik hari ini di negara ini, sesetengah kalangan pembangkang beragama Islam mendokong kuasa rakyat. Mereka memuji negara-negara komunis dalam soal kebajikan. Kebajikan memang mulia tetapi adakah kita menjemput penyuntik dogma untuk masuk?

Ya. Akhirnya PAS telah disuntik dogma liberalisasi yang mana mereka akhirnya terpaksa menyamaratakan perjuangan mereka dan nama Islam pada parti hanya penarik perhatian. Ini yang telah berlaku setelah penentangan-penentangan terhadap konsep musyawarah menjadi sebati.

Ia ibarat suntikan dogma yang telah menyerap ke tubuh hinggakan konsep persaudaraan seislam tiada dalam politik. Apabila adanya persengketaan, fitnah menjadi mainan yang menghiburkan bagi mereka.

Tidak mustahil sebuah perancangan akan menjadi apabila ruang bersuara tidak bertapis menjadi medan fitnah dan rekaan cerita bagi mendapat sokongan.

Sedangkan Louis XVI terkorban dengan kaedah itu, inikan pula raja, saudara seagama dan paling malang, masa depan musnah akibat khayalan politik.