Perlu ada pihak hitung pecahan kaum penyokong gerakan BERSIH jika perhimpunan tersebut tetap diadakan pada 9 Julai nanti. Ini kerana ia akan memperlihatkan indikasi kepada umum tentang maklumat sebenar gerakan pencetus anarki jalanan di Malaysia ini.Sokongan PAS dan PKR terhadap revolusi yang bermula di Tunisia dan berjangkit ke Mesir hingga terparah, Libya, jelas menunjukkan pihak ini menyokong kaedah anarkis yang telah dicipta oleh Barat untuk mengubah pemimpin sesebuah negara mengikut citarasa mereka.
Hal ini telah tertulis dalam Perjanjian Zionis 1895 yang digelar Protocol of Zion di mana anarkis adalah kaedah untuk menukar kerajaan yang paling bagus jika seseorang pemimpin pilihan mereka (pelobi Yahudi yang mencaturi dunia) mahu dinaikkan.
Mereka menghuraikan bagaimana kaedah yang dimulakan dengan 'mobs' atau perhimpunan rakyat yang menentang secara demonstrasi untuk menumbangkan sesebuah kerajaan.
PAS yang mempunyai segmen sokongan Melayu pembangkang terbesar, menyokong anarkis ini setelah pemikiran mereka dibawa oleh orang yang mereka sembah mengatasi segalanya, walaupun salah.
Orang yang mereka sembah ini, mempunyai pertalian yang JELAS dengan pelobi Yahudi yang mahu memastikan tampuk pemerintahan Malaysia, sebuah negara "Malay" yang tidak lagi kemelayuan, malah keyahudian.
Biarpun Malaysia pernah terselamat dari percaturan yahudi sebelum ini atas ketegasan Tun Mahathir, banyak perkara telah diliberalisasikan atas dasar kepelbagaian budaya yang telah membuka jendela pluralisme budaya.
Hari ini, dengan ulah Anwar Ibrahim, PAS berjaya menyesatkan diri dengan menyokong pluralisme agama pula.
Pegangan-pegangan PAS semuanya terdorong kepada apa yang dianggap sebagai menurut kehendak perancang yahudi.
Sebab itulah kita kena mengira setiap peserta demonstrasi ini dan dari situlah kita akan lihat berapa ramai orang Islam yang akan menjadi penggerak perancangan yahudi di negara ini.
Dari situlah kita akan tahu, betapa buruknya perpaduan Islam di negara ini dan ianya jelas mengundang bencana dari Allah SWT.
Persoalan siapa yang bersalah telah jelas terjawap dengan, siapa yang terlalu besar sombongnya? Yang sedang memerintah, atau yang sedang berpakat dengan penentang Islam, untuk memerintah?
