Friday, January 09, 2009

PR Simpan Ramai Penyokong Israel


Tiada apa lagi yang boleh digambarkan dengan keberanian tidak bertempat salah seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat yang secara terang dan seronok, menyatakan sokongannya ke atas Israel. Ini hanyalah salah satu dari beberapa individu penyokong Pakatan rakyat yang terang-terang memperlekehkan kesengsaraan rakyat Palestin.

Apa yang pasti, orang-orang Islam dari Pakatan Rakyat yang terkenal dengan sikap menghalalkan apa jua yang memberi manfaat kepada mereka, pastinya ada alasan mereka tersendiri dalam membenarkan perbuatan Yahudi Malaysia ini, yang kini tidur di bawah selimut yang sama dengan mereka.

Alasan mereka nanti, UMNO tak sokong Hamas lah, UMNO itu UMNO ini, yang merupakan setting minda yang telah diterapkan keatas droid-droid PAS dan PKR untuk melawan musuh mereka, padahal mereka tidak mengetahui apa-apa. Sama atau lebih malas dari golongan pemalas membaca yang lain.

Apakah sama mereka yang didatangi penyuntik doktrin dan menerima bulat-bulat sesebuah fahaman yang didakwa penyebar fahaman tersebut sebagai benar, berbanding mereka yang mencari, bertanya, membuka buku, kitab dan rujukan demi mencari sesebuah kebenaran?

Mereka tak mungkin akan melakukan serangan ke atas pihak itu, malah mereka lebih suka untuk mencari alasan untuk menyerang kembali penyingkap tirai kekejian dalam Pakatan Rakyat.

Anda digalakkan memberi komen menempelak pemilik blog tersebut di URL :
http://politics101malaysia.blogsome.com/2009/01/08/support-for-israel-defence-forces/

Surat Terbuka Kepada Dewan Ulamak PAS

Kristian hari ini tidak mengiktiraf bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu Rasulullah. Mereka melanggar hukum-hukum yang ditetapkan oleh ajaran Nabi Isa a.s. itu sendiri. Mereka bukan orang Yahudi dan Nasrani dari tanah Arab yang menggunakan frasa Al-Ilah ( Allah ) yang membawa maksud Tuhan Yang Satu. Kristian di Malaysia bukan Kristian asal dari tanah Arab. Kristian di Malaysia adalah bangsa pribumi atau bangsa India dan Cina yang dikristiankan.

Mengapa mereka, penganut agama Kristian Roman Katolik, diberi hak untuk menggunakan nama Allah sebagai Tuhan Yang Beranak , Tuhan Bapa dan Tuhan Ruhul Kudus ? Mereka bukan Kristian Arab yang memperakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W! Mereka menafikan Rasulullah S.A.W malah mereka-reka cerita dalam khutbah mereka tentang perkara buruk berkaitan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W!

Dalam Wikipedia berkenaan Arab Christian, ulasan doktrin Arab Kristian ialah:
Like Arab Muslims and Arab Jews, Arabic-speaking Christians refer to God as Allah, since this is the word in Arabic for "God". The use of the term Allah in Arabic-speaking Christian churches predates Islam by several centuries. In more recent times (especially since the mid 1800s), some Arabs from the Levant region have been converted from these native, traditional churches to more recent Protestant ones, most notably Baptist and Methodist churches. This is mostly due to an influx of Western, predominantly American Evangelical, missionaries.

Siapa pembawa doktrin ini? Dan seluruh penganut Kristian di Malaysia dikristiankan lebih lewat dari tarikh itu kecuali saki-baki penduduk Portugis. Itu pun Kristian tahun 1400 yang telah didoktrinkan oleh pemikir Jesuit. Apatah lagi Kristian hari ini?

Kristian hari ini adalah 'corrupted version' dari Kristian di luar pengaruh Vatican. Terlalu banyak percanggahan dengan Kristian Orthodoks di tanah Arab sendiri. Begitu juga kewujudan Sikh pimpinan Guru Nanak yang digambarkan sebagai 'corrupted version' dari Islam setelah bercampur aduk dengan pengaruh karut-marut. Adakah penganut Sikh menuntut untuk menggunakan nama 'Allah'? Apakah PAS akan membenarkannya andai mereka mahukan Gurdwara Sahib mereka dihiasi kalimah-kalimah Allah?

Perlu diingat, penyembah berhala di Kota Mekah sebelum datangnya Islam mendakwa berhala Latta, Uzza dan Manat itu adalah anak-anak perempuan Allah. Kaum Badwi di padang pasir yang sebilangannya pemuja semangat dan sebilangan lagi mengikut ajaran Injil 600 tahun sebelum itu turut bermohon doa pada Allah. Ketakwaan mereka atas ajaran Injil sebenar yang tidak dikotori membuatkan mereka mudah menerima Islam dan bernaung di bawah undang-undang syariah yang dibawakan Rasulullah kerana undang-undang tersebut memang melengkapi apa yang telah ada di dalam Injil.

Bagaimana pula Kristian di Malaysia? Apakah cara hidup mereka telah benar-benar Islam? Siapa tangan dibelakang gereja hari ini? Apakah mereka bersetuju dengan 'divine laws' yang mereka kata undang-undang ketinggalan zaman dari Old Testament? Hudud yang disebut pun mereka tentang habis-habisan, ibarat cair telinga mereka mendengar 'Hudud'. Apa lagi jika disebut Hududallah! Bisinglah mereka. Beginikah hati mereka yang memohon untuk menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan mereka? Muslihat apa yang masih belum terang bagi mereka.

Memang Allah itu adalah terma kepada Tuhan Yang Satu bagi bangsa Arab. Bukan sahaja bagi Kristian dan Yahudi. Tetapi bagi semua kepercayaan musyrikin yang membuat perantaraan antara mereka dengan Tuhan Yang Satu pada zaman itu. Dan pemakaiannya hari ini adalah kesinambungan nenek moyang mereka sejak beribu-ribu tahun lalu walaupun secara lojiknya, hak pemakaian itu telah terbatal akibat kerja-kerja American Evangelical.

Persoalannya kini, mengapa PAS mahu mengizinkan pemakaiannya ke atas penganut Kristian akhir zaman yang datang dari bangsa yang bukan sahaja tidak menutur bahasa Arab, malahan TAKUT akan tulisan-tulisan Arab. Mereka datang dari fahaman yang bersifat baharu tetapi mahukan sesuatu yang bukannya menjadi hak mereka lagi. Siapakah kini yang termakan muslihat?

Ini dapat dilihat oleh orang yang tidak melihat perkara ini dari sudut politik. Selama beratus-ratus tahun, usaha memelihara nama Allah S.W.T dari diselewengkan oleh Yahudi dan Nasrani di luar tanah Arab telah hampir berjaya disekat. Tetapi, hari ini, bagi mereka yang mementingkan sokongan politik seperti PAS, matlamat mereka telah menghalalkan banyak cara yang tidak kena, lalu di sokong membuta tuli oleh penyokong-penyokong mereka yang taksub.

Jika saya yang bukan ahli dalam perkara ini, terpaksa untuk berpendapat mengikut kolektif pendapat orang-orang Islam di sekeliling DI ALAM NYATA, DI LUAR KEPOMPONG POLITIK, tidak dibenarkan untuk berkata-kata, siapa yang boleh saya harapkan di saat ini? Penyokong PAS? Mereka hanya boleh berkata, kami pun tak tahu (sebab kami pun malas membaca dan bertanya). Jadi baik kami diam. Memang patut untuk mereka diam.

Harap pihak Dewan Ulamak PAS mengkaji semula kenyataan yang telah dikeluarkan dan melihat dengan teliti agenda disebalik polemik ini dan membuat keputusan yang betul-betul bertepatan dengan keadaan. Jangan terlalu mengikut rentak Anwar Ibrahim.