Anda telah bersubahat untuk sebuah perancangan yang cukup jahat untuk survival Islam yang berusia 600 tahun di tanah ini.
Belum pernah dalam ranjau onak duri syiar Islam di negara ini meletakkan Islam di kaki puak sosialis. Sosialis adalah fahaman komunis yang diperhaluskan, tetapi agama tidak wujud di mata mereka. Sebab itulah isu arak dimenangi oleh mereka di Selangor. Lihat pula nasib Hasan Ali.
Nampakkah anda apabila pihak yang turut bersama-sama Pakatan Rakyat adalah mereka yang melakukan perniagaan haram seperti aktiviti perjudian elektronik di kedai-kedai.
Selain itu, orang-orang yang menghidupkan perniagaan gula, tepung, minyak masak, roti, restoran dan peniaga gerai sekalipun, dengan rasa tamak, menghentam kerajaan dan platformnya pastilah di pihak anda.
Apa lagi para penjenayah yang dahulunya gemar dibela untuk bebas oleh Karpal Singh dan mengenepikan keadilan dengan manipulasi undang-undang. Dia bersama anda.
Anda berbangga kerana semua kaum Cina dipercayai kini bersama anda. Nizar Jamaluddin adalah contoh yang mereka mahukan untuk anda. Anda hanya mengurus orang anda. Ini berlaku di Perak.
Nizar sebagai rubber stamp mampu membuatkan Perintah Am diterbitkan dalam bahasa Cina di SUK Perak. Mujur orang Cina tak berminat sangat kerja kerajaan.
Dulu di Perak, orang India digulakan dengan Speaker DUN sahaja. Jika tidak masakan pula Ahli Parlimen Ipoh Barat sampai dipulaukan dalam pemilihan DAP negeri dan Melayu dan India yang pandai sahaja akan sedar hal ini.
DAP menguasai Perak seperti Firaun dapat tanah sehingga ADUN Jelapang yang cacat dihina dan dipinggirkan. Wanita itu keluar DAP dan menyokong BN kerana merasa diri sebagai OKU yang dihina terang-terangan.
Tetapi, sebilangan Cina kebun di Jelapang yang kurang pandai dan tidak dikaya sedikitpun oleh DAP Negeri sanggup membakar gambar ADUN Jelapang yang teraniaya itu.
Melayu dilihat mampu mempunyai rasa ingin bersatu maka ada sebabnya pepecahan dijaja. Ia menggunakan agama. Malang sekali, ianya adalah Islam.
Siapakah yang silap dalam hal ini. SUDAH TENTU PAS. Ini kerana, UMNO memegang tampuk pemerintahan dan mereka perlu mendakap UMNO sedang UMNO membuka pintunya pula.
Oleh kerana merasakan diri mereka benar, PAS rela bersama kafir yang menyokong murtad daripada segera mendampingi tampuk pemerintahan yang di kuasai orang Islam dalam UMNO dan merancang halatuju negara ini.
Mendambakan sebuah pengganti yang dianggotai oleh dua pertiga bukan Islam, adalah tindakan bodoh apabila menjadi dua pertiga dari jumlah penduduk pun orang Islam negara ini telah disanggah berkali-kali.
Adakah bersama UMNO itu bodoh? Fikirlah saudara. Sesungguhnya bersama PAS itu bodoh, dan penentang penyatuan itu adalah sesat, jahat dan syaitani.
UMNO berubah mengikut kuantiti dan kualiti. Pertambahan modal insan dari PAS akan menjadikannya cemerlang. Namun, ramai yang jahat dikalangan mereka tanpa mereka sendiri sedar. Yang mereka nampak ialah mereka yang jahat di dalam UMNO yang akan dibersihkan dengan penyatuan.
Penyatuan membersihkan satu sama lain. Yang sedang berkuasa perlu dibantu. Itulah BERSIH yang sebenar.

