Monday, March 11, 2013

Ceramah PKR Dihadiri 60 Orang Di Taman Perpaduan

Teman dapat gambor yang dikirim dari kampung halaman teman, Taman Perpaduan, Ipoh mengenai ceramah PKR yang diadakan di Taman Perpaduan malam semalam. Kata dek demer, yang mendengar ceramah tu tak sampai 100 orang. Kalau tak salah, 60 orang. 

Main lah sangat nak berceramah di penempatan pesara polis dan tentera di kala isu pembangkang menghentam polis dan tentera tak berkesudahan ni. Isu-isu lapuk dimainkan dan menurut sumber, artis cucuk muka, Pian Cecupak dijemput bagi menghambarkan lagi ceramah tersebut dengan lawak-lawak bodoh syok sendiri.

Menurut empunya gambor, ceramah tersebut bagi memperkenalkan seorang usahawan bernama Thinakaran,   yang katanya mahu bertanding di DUN Hulu Kinta atas tiket PKR menentang calon UMNO. Berangan belum selesai.

Untuk rekod, Taman Perpaduan mempunyai lebih kurang 10,000 orang penduduk manakala Jelajah Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu yang turut sama menyanyi lagu 'Sabah Nak Hilang' hanya dihadiri kira-kira 300 orang.




Kata dek kawan teman, si Yop Jalan Lebor? Yop Jebelor? pun ada. Maka lebor la mata dia sekarang yang kehadiran mereka di Taman Perpaduan adalah tindakan memalukan diri sendiri. 

Orang-orang tua berketayap putih yang mulanya ada, terus beransor sorang demi sorang kerana apabila program dibiaya oleh seorang bukan Islam, PKR menjadi parti yang tak akan menyebut soal Islam.