Wednesday, October 08, 2008

PM Baru Mac 2009

Utusan Online, 08/10/2008 5:28pm

Abdullah tidak pertahan jawatan Presiden

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. – Utusan.

Ulasan

Akhirnya, beliau mendengar keluhan rakyat bawahan bahawa beliau tidak diperlukan lagi. Beliau merupakan Presiden UMNO pertama yang memilih untuk berundur secara terhormat setelah didesak oleh akar umbi UMNO. Namun, sesuatu yang paling pasti, seandainya UMNO sendiri tidak berusaha untuk memurnikan parti tersebut dengan memilih pemimpin yang seharusnya, Perdana Menteri Malaysia seterusnya belum tentu lebih baik dari Pak Lah. Malah mungkin lebih teruk dari beliau. Apapun, masih terlalu awal untuk menilai.

Dan sebagai 'racun' yang mengiringi polemik tersebut, terduduklah pelabur yang melabur di BSKL

Last Updated: Wednesday ,October 08 2008 6:14 pm

Bursa Malaysia Summary

Composite: 970.19 (-27.04) -2.71%
Industrial: 2184.44 (-28.14) -1.27%


Volume: 6495668 lots
Gainers: 117
Losers: 605
Unchanged: 175

ISA : Siapa Yang Rugi?

Mengapa mereka menjerit untuk hapuskan ISA? Tahukah mereka bahawa dengan adanya ISA, keselamatan mereka terjamin? ISA juga merugikan chauvinist Melayu. ISA merugikan pembela-pembela Melayu. ISA turut akan dikenakan kepada puak Melayu anti pendatang luar Nusantara.

Dengan adanya ISA, chauvinist Melayu dididik untuk menghargai kepelbagaian, dan dibiar terevolusi dalam kemajmukan masyarakat di TANAH MELAYU ini menjadi sebuah negara ala-Amerika yang ditaja BRITISH bermula separuh kedua abad yang lepas.

Sekiranya ISA dihapuskan, apakah ianya menguntungkan pelampau Cina dan Hindu di Malaysia? Apakah jaminan kepada mereka bahawa tiada orang Melayu yang akan menyerang dengan fakta dan undang-undang tubuh negeri dan syariah lalu mempertikaikan hak mereka sebagai warganegara ini dengan bermati-matian mempertahankan bahawa kewarganegaraan mereka cuma diukur oleh quid pro quo hak keistimewaan Melayu berselit kata-kata yang lebih tajam dari apa yang mereka dapat dengar hari ini?

Barangkali, ISA perlu dihapuskan. Dengan itu sahaja akan bangunnya lebih ramai orang Melayu yang akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang bukan hanya mengguris perasaan kaum lain, malah mencalar balarkan perasaan mereka.

Sesungguhnya penghapusan ISA hanya mendedahkan negara ini kepada keadaan kucar-kacir kerana ianya memberi peluang kepada pelampau Melayu untuk mengumpulkan tenaga dan menjalankan perang saraf di ruang siber dan media.

Kemudian, barulah mereka sedar, gading bertuah yang diidamkan hanyalah kayu reput yang tak berdaya menampung mereka untuk berpaut.

MAKA JANGANLAH DIPERBODOHKAN OLEH AHLI POLITIK YANG DIPIMPIN OLEH BAPA SEGALA PROPAGANDA yang hanya mempermainkan sentimen untuk meraih sokongan rakyat yang BODOH.

Anwar Tak Yakin Agenda Sendiri

Anwar Ibrahim menuduh Utusan Malaysia mengapi-apikan orang Melayu dalam isu Hindraf di Rumah Terbuka Kabinet Islam. Adakah Utusan Malaysia adalah satu-satunya media yang melaporkan isu ini? Orang Melayu di Malaysia bukannya sebodoh seperti yang Anwar Ibrahim sangka. Orang Melayu di Malaysia dapat membaca akhbar Inggeris yang turut melaporkan isu tersebut.

Mungkin Anwar yakin bahawa orang Melayu tidak terikut-ikut dengan kempennya memboikot Utusan Malaysia. Lalu dia dihantui laporan Utusan Malaysia tersebut. Jika dia tidak yakin bahawa orang Melayu menyokong kempen boikot Utusan Malaysia yang dijalankannya, dia menunjukkan bahawa dia sendiri TIDAK YAKIN propagandanya untuk menjadi Perdana Menteri, dipercayai oleh majoriti Orang Melayu.

Jika demikian, APA PERLU UNTUK ANWAR IBRAHIM MENERUSKAN PROPAGANDA yang tidak popular itu? Mungkin beliau menganggap keseluruhan orang Melayu adalah sebodoh penyembahnya? BELIAU SILAP. Beliau boleh menipu ketua sami beliau seperti HISHAMUDDIN RAIS dan RAJA PETRA. Tetapi hargailah kepelbagaian pendapat yang wujud di Malaysia. ISU HINDRAF DAN TAHANAN I.S.A yang dibela oleh beliau tidak disukai oleh orang Melayu.

ISA diperlukan di Malaysia.