Friday, August 29, 2008

Siapa Lebih Racist?

Kisah berlaku di sebuah kawasan perumahan di Ipoh yang dihuni oleh majoriti orang Melayu pada hari Sabtu lalu. Dalam sebuah teres rumah dua tingkat kos rendah berhadapan sebuah kedai mamak yang sibuk dengan para pelepak, terletaknya rumah sebuah keluarga Cina yang diapit oleh rumah orang Melayu. Keluarga Cina ini mengusahakan perniagaan telur di pasar besar dan pasar-pasar malam. Sudah tentulah pelanggannya ramai yang Melayu.

Alkisah, anak perempuan Cina telur ini tinggal di rumah emaknya itu. Dia mempunyai anak lelaki yang tembam dan comel berusia dalam lingkungan empat atau lima tahun. Selang tiga rumah dari rumah mereka, terdapat rumah sekeluarga Melayu yang menyewa di situ. Keluarga Melayu itu merupakan generasi kedua jiran sebelah rumah nyonya tersebut yang telah 20 tahun hidup berjiran.

Melihat anak-anak Melayu seusia dengannya seronok bermain bola dalam laman rumah yang pagarnya tertutup, anak Cina yang debab dan comel ini merapati sedikit demi sedikit. Tidak lama kemudian memerhatikan keriangan rakan sebanyanya bermain bola sambil dua tangan memegang pagar rumah keluarga Melayu itu.

Tak lama kemudian, anak Cina tersebut dilihat bermain bersama-sama anak-anak Melayu tersebut dengan riang dan gembira sambil diperhatikan oleh si ibu salah seorang anak Melayu yang dikira tuan rumah merangkap jiran Cina telur itu sekian lama.

Tetapi kegembiraan anak Cina itu tidak lama. Seketika kemudian, terdengar jeritan bagai dirasuk setan, ibu si anak Cina itu menjerit memanggil anaknya pulang. Sambil menjerit-jerit dalam bahasa Cina, si ibu itu bertambah berang apabila si anak membalas kata-katanya sambil kaki terus ghairah menyepak bola.

Setelah hilang sabar, si ibu anak Cina ini bingkas keluar dari laman rumah emaknya lalu berjalan menyeret anak kecilnya yang satu lagi menuju ke rumah Melayu tempat anaknya sedang bergembira bermain bola.

Dengan kasar dia membuka pagar rumah Melayu tersebut lalu di tampar anaknya di muka tangan dan kaki sambil mengheret anaknya keluar. Insiden ini bukan sahaja diperhatikan oleh anak-anak Melayu sebaya anaknya itu, malahan pelanggan-pelanggan kedai mamak berhadapan yang rata-ratanya dipenuhi orang Melayu.

Ibu si budak Melayu merangkap tuan rumah 'padang permainan' itu tergamam. Bagaimanakah rakan sebaya selama 20 tahun berjiran dengannya langsung tidak memandangnya dan hanya membabi buta mengambil tindakan yang diperhatikan oleh orang ramai.

Sambil membebel dalam bahasa Cina, si ibu ini berterusan menampar tangan dan badan anaknya yang debab itu. Anaknya terus menangis tetapi tetap memberi tentangan. Dia berusaha melepaskan genggaman ibunya sambil menjerit-jerit dalam bahasa Cina yang tidak difahami sesiapa yang melihat kejadian tersebut.

Setelah 'bergelut' selama beberapa minit, si ibu menengking dan si anak berjaya melepaskan genggaman si ibu dari tangannya yang berbirat ditampar-tampar. Si ibu membebel sambil menarik tangan anak kecilnya yang lagisatu lalu pulang ke rumah emaknya. Terdengar ayat yang mengandungi perkataan ' sei ' berulang kali dihambur ibunya tatkala beredar.

Si anak debabnya terus menangis, sambil memasuki laman rumah keluarga Melayu itu, menutup kembali pagar, dan terus bermain bola dalam keadaan teresak-esak.

Kami yang melihat di kedai mamak itu berasa sungguh terharu. Betapa kanak-kanak itu menentang batasan perkauman yang menjadi anutan ibunya. Anaknya itu kental dengan prinsip bahawa setiap manusia itu sama. Setiap manusia itu perlu mencari kegembiraan walaupun mendapat tentangan.

Di sebalik kibaran Jalur Gemilang di kedai mamak itu, kami terdetik bahawa jika insiden ini dijadikan iklan kemerdekaan, nescaya Yasmin Ahmad pun bungkus. Kami juga terfikir, sekiranya inilah reaksi perempuan Cina ini terhadap prinsip hidup bermasyarakat di kawasan terbuka, apa pula dogma yang di propagandakan sesama mereka dalam rumah mereka tatkala berkata tentang orang Melayu.

Persoalannya, siapakah yang lebih bersifat perkauman?

Thursday, August 28, 2008

UMNO Masih Macamtu?

" Tanyalah ahli-ahli parlimen lain, siapakah ahli parlimen paling miskin? Jawapannya Tambun. Sebab apa? Sebab saya tak mempunyai bisnes. Rumah saya di Sungai Rokam pun macam rumah tuan-tuan dan puan-puan juga. Tetapi alhamdulillah, saya dikurniakan keluarga, isteri dan anak-anak yang baik serta perjalanan politik saya dipermudahkan. Saya akan kekal menjadi Ketua Bahagian Tambun tanpa ada pertandingan."

Begitulah secuit ucapan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun merangkap Timbalan Menteri Kewangan I semasa menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut dan banjir kawasan Batu 5, Batu 6 dan Tanjong Rambutan di Dewan Sementara Taman Perpaduan pada hari Sabtu lalu.

Persoalannya, apakah setenang itu cangkir politik UMNO Bahagian Tambun? Apa pula khabar angin tentang amalan keterbukaan untuk bertanding yang dikatakan mati dalam UMNO Tambun yang banyak didengari? Mengapakah Ustaz Nasrun Adil, Exco Pemuda Bahagian meletak jawatan kerana cadangan beliau untuk menyenaraikan jawatankuasa yang dilihat sebagai reformasi UMNO Bahagian, ditolak.

Bagaimana pula kisah kawan saya, bekas Naib Ketua Pemuda Cawangan yang petah berucap, telah dimanipulasi hanya kerana bekerja di Kuala Lumpur. Katanya " Teman tak hingin pun jawatan parti UMNO tu. Tapi, gentleman la brader. Teman menang selama ni pun tak bertanding. Ketua Pemuda teman tu Exco Pemuda Bahagian. Teman pernah disokong puak lain supaya menentang dia. Teman taknak. Teman suka perpaduan parti. Tapi miker tengok le kerojer demer. Demer bunuh teman diam-diam. Teman consider, demer bacul je."

Harini, satu list AJK Pemuda Cawangan telah disokong sebulat suara oleh entah mana budak-budak yang dipanggil mengisi kedatangan Mesyarat Pemuda Cawangan di cawangan tersebut tempoh hari.

Sebenarnya, itu hanyalah sedikit kisah yang berlaku di sebuah Parlimen yang di menangi oleh calon UMNO sendiri. Bagaimana pula kisah UMNO Bahagian di kawasan yang dimenangi pembangkang bukan Melayu? Ipoh Timur misalnya kedengaran berbagai kisah busuk yang sedang membarah.

Inikah UMNO yang diperjuangkan oleh atuk dan nenek saya pada tahun 1946 dulu? Tidak! Ini adalah parti yang telah tersungkur tetapi masih terus berangan. Masih terus lupa. Masih terus alpa. Sekurang-kurangnya untuk Bahagian Tambun dan sekitar Ipoh.

Tidak sanggup mengundi PKR kerana bersifat dajali, enggan mengundi PAS kerana onar di negeri Perak yang dikepalai pemimpinnya yang liberal tak bertempat, dan membenci DAP kerana opera cina yang tak sudah, Melayu benar-benar memerlukan pembela yang baru.

Politik bentuk baru, jenis baru, jenama baru dan halatuju baru.

Tuesday, August 12, 2008

Anjing Tabiatnya Menggigit

Apa lagi yang tidak mengakibatkan orang Melayu di negara ini panas hati? Apakah 52% orang Melayu di negara ini wajar di api-apikan? Apakah orang Melayu di negara ini sedang diludah semata-mata menanti tindak balas mereka agar aspek perundangan boleh dikenakan ke atas orang Melayu?

Inilah padahnya apabila dajal-dajal kecil mula berkuasa. Pendekatan yang diambil tidak berhemah. Majlis Peguam yang kini menjadi kuda tunggangan DAP telah berjaya memperlihatkan betapa umat Islam mampu untuk bersatu di sebalik perbezaan fahaman politik. Tahniah kepada Majlis Peguam.

Namun tetap terselit dajal kecil dikalangan para penunjuk perasaan Sabtu lalu apabila ada dajal yang mengaku dirinya mewakili UMNO dan kemudian menghamburkan kata-kata kesat ke atas bukan Islam. Politik dajal semakin menjadi-jadi.

Kemudian, siang tadi, beribu-ribu penuntut UiTM Shah Alam membanjiri Bangunan SUK Selangor membantah cadangan supaya UiTM membuka 10% dari kuotanya kepada bukan Bumiputra oleh Khalid Ibrahim. Persis Indonesia negara kita hari ini. Ini baru permulaan. Di mana akhirnya?

Ambiga, wanita India yang mengepalai Majlis Peguam berkata bahawa Bar Council percaya dan menyokong demonstrasi jalanan. Itu adalah istilah terkini kepada 'MOB RULES' yang sedari dulu diilhamkan oleh puak Yahudi supaya menjadi racun kepada rakyat-rakyat negara yang mereka mahukan pemimpin mereka dijatuhkan.

Mob rules telah mengakibatkan King Louis di pancung dikhalayak ramai dan menutup dinasti pemerintahan beraja Perancis. Kini, pasca pemerintahan Tun Mahathir, mob rules diperkenalkan di Malaysia oleh dajal-dajal yang disokong kuat oleh pak haji-pak haji berjubah dan berserban.

Apa ertinya semua ini? Pelajar-pelajar UiTM yang satu ketika menyokong kuat PKR mula berhimpun dijalanan dengan hancing tubuh badan dikencing pemimpin-pemimpin kesayangan mereka.

Pak haji-pak haji pula mengamuk di Lebuh Pasar Besar apabila puak-puak Bar Council yang merupakan teman tidur mereka sedikit masa dulu mula menguis serban mereka hingga jatuh ke bumi.

Apa lagi yang mereka mahu lihat. Apa lagi yang mereka mahu faham dan apa lagi yang mereka yakin pada kekusutan akal mereka. Mereka menentang penyatuan orang Islam, dan mereka tetap berhati dengki dengan kulit iman yang dipenuhi kusta.

Hari ini, Allah, Tuhan Maha Agung, menyingkat satu persatu keburukan bagi penyokong idealisme, sosialisme dan komunisme yang bertopengkan Islam. Seperti yang diterangkan dalam Al Quran, adakah mereka menunggu bukti yang nyata supaya Allah menyeksa mereka?

Wallahualam Bisawab.