Saturday, January 02, 2010

Allah Bukan Untuk Tuhan Bertiga

Memang boleh. Memang boleh orang Kristian untuk menggunakan nama ALLAH. Tetapi penganut Kristian tersebut perlulah dikalangan mereka yang bebas dari pengaruh Vatican.

Pengaruh Vatican dikatakan sangat kuat dalam penubuhan American Evangelical yang membawa sebuah lagi dimensi baru dalam agama Kristian.

American Evangelical telah membawa ideologi triniti atau tuhan bertiga. Pemikir Kristian ini menyebut bahawa Tuhan Di Langit adalah Tuhan Bapa, manakala Tuhan Di Bumi adalah Nabi Isa a.s. dan Tuhan Perantara adalah Ruhul Kudus yang merujuk kepada Jibril a.s.

Ketiga tiga ini disebut Tuhan Yang Satu tetapi datang bertiga. Ini memungkiri maksud bahasa dan istilah bagi ALLAH yang merupakan perkataan Arab bagi Al-Lah iaitu Tuhan Yang Satu.

Penganut Kristian yang tidak dipengaruhi Vatican menyebut Nabi Isa sebagai penyelamat dan bukannya Tuhan.

Tetapi hari ini, Nabi Isa dianggap bukan hanya penyelamat, tetapi juga Tuhan.

Ramai penganut Kristian hari ini telah dipandu untuk menyebut bahawa Nabi Isa a.s. atau Jesus Christ sebagai Tuhan.

Maka untuk apa terma Tuhan Di Langit Yang Satu mengikut kefahaman Arab itu mahu dituntut kongsi oleh penganut Kristian yang langsung tidak berkait dengan pengaruh Arab dalam penyebaran agamanya. Malah mereka tidak mengesakan Tuhan yang memberi wahyu kepada Isa a.s.

Bukankah ini melambangkan bahawa mereka cuba mempermain-mainkan keadaan dengan satu agenda?

Sampai bila mereka akan bertahan untuk menipu diri sendiri sedangkan mereka menjerit menuntut kesaksamaan. Adakah penipuan dengan unsur hipokrit ini akan terus bertahan dalam jiwa penuntut kesaksamaan? Adakah mereka menganggap demi kesaksamaan, tidak mengapa untuk menipu. Penyakit mereka sangatlah kronik.


Tetapi tidak perlu mengambil langkah terburu-buru. Mereka yang sedar akan hakikat ini akan mula mencari-cari Tuhan Yang Satu dan sinar Islam mungkin akan sampai di hati mereka.

Insya Allah.

Facebook : Malaysia Berpatah Balik

Amat menghairankan apabila negara ini yang terlebih dahulu menyekat laman sosial Facebook di pejabat-pejabat kerajaan sebelum langkah tersebut diikut oleh negara-negara maju yang mula sedar, telah berpatah balik.

Sekatan ke atas Facebook telah lama dibuat di jabatan-jabatan kerajaan pusat di negara ini terutamanya di jabatan yang memerlukan kerja di atas talian yang tinggi atas alasan menyesakkan lalulintas internet.

Seterusnya banyak jabatan-jabatan awam di Eropah mula melaksanakan tindakan menyekat Facebook setelah didapati ianya menjadi punca utama kakitangan mereka membuang masa kerja begitu sahaja.

Tetapi, apabila Perdana Menteri menggerakkan Facebook sebagai platform penyampaian ulang-alik, muncul pekeliling MAMPU bulan Ogos yang menyebut, tiada arahan dikeluarkan untuk sekatan mana-mana laman web sosial selagi ianya tidak melanggar arahan dalam Perintah-Perintah Am dan Surat-surat Pekeliling Perkhidmatan.

Kini Facebook menular dengan pesat sehingga iklan di TV seolah-olah menggambarkan bahawa Mark Zuckerberg, pengasas Facebook adalah rakyat negara ini. Seperti restu besar kini diperolehi untuk kerajaan mendapatkan maklumbalas sokongan dari rakyat setelah Pakatan Rakyat berjaya menipu manifesto dan merampas undi yang dijejaskan oleh krisis Pak Lah + KJ.

Sesungguhnya, Malaysia merupakan negara dalam kelompok pertama di dunia yang menggembleng Facebook semaksimum mungkin bagi kempen politik sehingga ke tahap ke siaran TV.