Pemilikan senjata api tanpa lesen perlu dihukum berat. Seberat mana lagi? Bukankah hukumannya mati? Tetapi nampaknya pistol kini bersepah. Adakah kita perlu membenarkan orang ramai memohon memiliki lesen pistol atas dasar mempertahankan diri?
Ini tentu kita tidak mahu. Jika mahu tentu telah kita buat lama dahulu.
INI ADALAH CARA LICIK SESETENGAH PIHAK UNTUK MENJATUHKAN REPUTASI MALAYSIA. KITA BOLEH TAHU PIHAK MANA YANG GEMAR MEMBURUKKAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA.
MALAYSIA TENTU SEKALI AKAN JATUH RANGKING DALAM GLOBAL PEACE INDEX TAHUN INI DAN SETERUSNYA andai ini berterusan.
Pihak polis perlulah melakukan risikan yang lebih agresif dalam membendung penularan pistol di LEMBAH KLANG ini kerana dari tahun 2010 sehingga 2013, kebanyakan kes melibatkan tembakan pistol BERLAKU DI KELANTAN.
Tidak mahulah menuduh apa-apa namun jika dilihat dari sempadan Kelantan dan Naratiwat boleh dibolosi di berpuluh-puluh tempat kerana dibelah Sungai Golok, tidak mustahil tembak menembak banyak berlaku di Kelantan.
Tetapi apabila peristiwa Lahad Datu juga boleh disebabkan oleh penghantaran dari pihak tertentu, apa mustahil trigger-frenzy secara tiba-tiba ini?