Jelapang folk still furious with Hee
Lee Way Loon Feb 14, 09 12:12pm
Arguably the most hated woman in Malaysia at the moment, Hee Yit Foong was again the main target of public resentment. This time at a ceramah in her constituency of Jelapang on Thursday night.
Menurut Malaysiakini, beberapa penyokong DAP di Jelapang mengamuk ke atas Hee Yit Fong, ADUN Jelapang. Kemarahan mereka menjadi-jadi apabila ada pihak mengapi-apikan dia sebagai musuh kaum Cina. Hasutan berlaku di mana-mana menuduh Hee menjadi punca rampasan orang Melayu ke atas kerajaan. Mereka tidak menyebut PAS atau PKR. Mereka menyebut kepentingan mereka hilang serta-merta.
Benarkah kepentingan mereka hilang? Kepentingan mana yang hilang? Colok masih dibakar di mana-mana, gereja masih dibenarkan berkhutbah hatta menganjurkan larian amal. Mereka dimomokkan tentang rasuah. Rasuah, rasuah, rasuah. Tetapi mereka yang cepat keluarkan wang ketika di saman.
Tuduhan ke atas BN dibuat demi menutup cacat cela DAP sendiri. Di Perak, kuasa Ngeh disanjungi pengundi DAP. Lim Kit Siang pasti menyesal kerana tidak bertanding kerusi DUN. Jika tidak sudah tentu dia memeluk Islam kerana mahu menjadi MB, dan mencipta krisis perlembagaan paling mula.
Lim Guan Eng, isterinya, bapanya bertanding secara nomadic dan dia terhenti di Pulau Pinang untuk tiba-tiba menjadi Ketua Menteri. Dulu dia menguasai Melaka. Bininya Betty Chew masih di sana menyandang kerusi DUN Kota Laksmana. Koh Tsu Koon, anak Pulau Pinang, terhumban dari tampuk kuasa.
PKR dengan Anwar dan Nurul Izzah. Karpal dan anaknya Deo. Tiga keluarga ini mahu membuang ciri pemerintahan toleran yang tidak membuka pintu kepada dua tiga beranak pada satu-satu masa. Secara 'fongsoi' pun rasanya ia hanya melambangkan bahawa mereka memimpin ahli parti yang tidak cerdik.
PAS, UMNO, MCA, MIC dan PPP tidak mempunyai 'suara keluarga' dalam parti mereka pada satu masa yang sama tetapi keluarga bukan darah daging PM selalu menjadi punca keluarga-keluarga pembangkang ini menjadikannya modal menutup kelemahan mereka. Tetapi, pucuk pimpinan akan bertukar bulan depan. Sebab itulah keluarga-keluarga pembangkang ini mencari modal tayangan umum kepada pengikut setia drama mereka.
Dua sepupu Ngeh dan Nga yang mencaturi urusan negeri hinggalah menyebabkan Nizar berani menggunakan ayat yang salah membuatkan BN mengambil alih Perak. Hee Yit Fong sangat kecewa dengan mereka berdua yang tidak boleh dinasihati.
Hee mendapat 8231 undi pada tahun 2004 dan 12219 undi pada tahun 2008. Mah Hang Soon yang kini menjadi EXco Negeri kalah di Jelapang pada tahun 2004 dengan beza hanya 253 undi.
Dipercayai kebongkakan pemimpin Pakatan Rakyat Perak lah yang menyebabkan 3 orang itu menjadi pro-BN. Hee merupakan pejuang setia DAP. Tanpa dihalau, dia pasti masih dengan DAP. Tanpa dibela, dia pasti lari.
Inilah cara DAP melayan ahlinya. Jadi di sini, pejuangannya atas kepentingan apa? Hanya perjuangan kuasa pihak tertantu sahaja. Memandangkan lebih separuh pengundi di Jelapang 'kurang cerdik', mereka termakan hasutan yang dibuat bagi melindungi tembelang pihak-pihak tertentu dalam DAP.
Kenapa nak bising jika dengan kerajaan baru mereka masih dapat segala macam? Jika Lim Kit Siang jadi MB sekalipun, mereka takkan mungkin dapat meminda perlembagaan. Yang untung ialah keluarga yang memimpin ahli 'kurang cerdik' ini sendiri.
Tetapi, saya rasa la, saya akan ketawa lebih lagi jika ada Melayu yang sanggup bertanding atas tiket DAP kerana dia akan menjadi badut yang sangat kelakar.