Tuesday, March 05, 2013

Gabenor Wilayah Autonomi Islam Minadano Gesa Geng Kiram Tamatkan Pencerobohan


Mesej Mindanao kepada Kiram


Mesej Mindanao kepada Kiram

KUALA LUMPUR: Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman mengulangi gesaan kepada pengikut waris Kesultanan Sulu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Jamalul Kiram III supaya menamatkan pencerobohan ke atas Sabah.

Menurut Mujiv, ARMM akan meneruskan usaha memujuk kumpulan penceroboh itu supaya berundur dan mengingatkan mereka supaya mempertahankan persaudaraan atas nama Islam.

"Semua orang Islam bersaudara. Saya sekali lagi menggesa mereka (penceroboh) menamatkan pencerobohan di sana," kata Mujiv dalam satu kiriman mesej kepada Astro Awani.

Tambah beliau, ARMM sehingga ini terus berhubung dengan kumpulan Kiram namun mereka bertegas dengan pendirian untuk tidak berundur.

"Kiram mendesak rundingan dijalankan pada peringkat neutral seperti badan-badan antarabangsa mengenai tuntutan (ke atas Sabah) sebelum menghentikan pencerobohan," ujar Mujiv.

Sementara itu di Manila, jurucakap Presiden Benigno Aquino III, Ricky Carandang hari ini berkata, kerajaan Filipina telah menggunakan semua pendekatan untuk mengelak pencerobohan di Sabah berakhir dengan keganasan.

Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu, mulai pagi ini.
 
"Kami telah melakukan segala yang terdaya yang boleh bagi menghalang kejadian ini berlaku tetapi pengikut Kiram memilih jalan tersebut," kata Carandang.

Pencerobohan Kiram setakat ini mengorbankan lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sorang gila nak jadi PM Malaysia, sorang gila nak jadi Gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao

Bukti Besar Rakyat Sulu Di Jolo Tolak Kiram III

PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA Menteri Pertahanan Malaysia DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI DENGAN WAKIL SULTAN BANTILAN II (Sulatniyah Sulu Darul Islam -SSDI) DI HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) MALAM TADI 5hb Mac 2013.




PENJELASAN GAMBAR:

Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya. 

Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun yang ada di Sabah dan Malaysia amnya.

Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II (PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar perjuangannya TANPA SENJATA.

Buktinya terdapat ucapan keamanan Sultan Bantilan II (ketika itu nama baginda ialah Datu Ladjamura) dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu (buku ini ditulis oleh penulis dalam bahasa Melayu dan kemudian diterjemah oleh Sabah Islamic Media Sdn Bhd ke bahasa Inggeris untuk edaran antarabangsa, buku ini dirasmikan oleh salah seorang Timbalan Menteri Sabah pada tahun 2007. Ini bermakna secara teknikal buku Tausug dan Kesultanan Sulu adalah buku yang diiktiraf oleh kerajaan Negeri Sabah termasuk kenyataan aman oleh Datu Ladjamura di situ. RTM dan beberapa akhbar tempatan negeri Sabah turut membuat liputan pada perasmian buku Tausug dan Kesultanan Sulu itu di Dewan Perpustakaan Tawau tahun 2007.


BACAAN LANJUT DI SINI 


SEMOGA KIRAM DAN KONCO-KONCONYA TUMPAS. JUGA SEMOGA PENGKHIANAT DALAM NEGARA TUMPAS! SEMOGA SULTAN BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II DIRAHMATI ALLAH SWT DAN BERJAYA MEMERINTAH SULU DENGAN ADIL, MAKMUR DAN BERJAYA.

Bila Rakyat Filipina Mula Menyokong Jenayah Pencerobohan Bersenjata...



 Bila RAKYAT FILIPINA mula menyokong PENJENAYAH BERSENJATA YANG MENCEROBOH KEDAULATAN MALAYSIA dan bercakap MENGENAI KEDAULATAN NEGARANYA dengan penuh kebodohan di kepala, 
.
.
WAJIB KITA RAKYAT MENYOKONG KEMERDEKAAN SULU DARUL ISLAM DARI PENJAJAHAN FILIPINA! BIAR MEREKA TAHU SEJARAH. BIAR MEREKA TAHU MEREKA ITU PENJAJAH YANG TIDAK DIALU-ALUKAN RAKYAT SULU SENDIRI.
.
.
SESUNGGUHNYA TOK NENEK KIRAM LAH YANG MENYERAHKAN SULU KEPADA FILIPINA DENGAN MENGIZINKAN PEMBUNUHAN 4000 UMAT ISLAM TASAUG YANG MENENTANG PERBUATAN JAHAT TERSEBUT 90 TAHUN LALU. SEBAB ITU RAKYAT FILIPINA CENDERUNG MENYOKONG KIRAM WALAUPUN RAKYAT SULU MENOLAK KIRAM.
.
.
KITA TERLALU MENJAGA HATI MEREKA, ADAKAH MEREKA MAHU MENJAGA HATI KITA?
.
.
BIARLAH KERAJAAN DENGAN DIPLOMASINYA, ASALKAN KITA TAHU APA KEHENDAK RAKYAT SULU YANG SEBENARNYA.
.
.
JIKA SULU MERDEKA, PUTIHLAH MATA MEREKA. TELANLAH UBAT PAHIT ATAS KESOMBONGAN MEREKA. TERBALASLAH KEBIADABAN MEREKA. RASAKAN AKIBAT KERANA MENYOKONG PERBUATAN JAHAT KUMPULAN KIRAM.
.
.
DAN TANGKAP, SIASAT KIRAM DALAM NEGARA !

Geng Kiram Kiram Nafi Anwar Terlibat Serangan Ke Atas Sabah


Kelakar. Setelah perisikan Filipina mendedahkan tentang pembabitan tokoh pembangkang negara ini berminggu-minggu lalu, setelah Reuters dan Inquirer melaporkan beberapa minggu lalu, semalam Jacel Kiram mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak terbabit dengan mana-mana pihak pembangkang di negara ini dan tiada rundingan pernah di buat. 

KEBETULAN KAH MEREKA PERLU KELUAR KENYATAAN PADA HARI YANG SAMA? BERPAKAT KAH? SALING BERHUBUNGAN KAH ? MENGAPA BERSUARA TENTANG INI SETELAH TERSEBARNYA VIDEO I SAMAN YOU? 

Sang betina penipu ini sebelum ini menyebarkan gambar tiga tentera Thailand yang maut dengan imej yang melangga norma manusiawi, dan mendakwa dengan bodohnya, itu adalah dari Lahad Datu. Nak saman I? Bersedia untuk berenang di Terusan Wan Mat Saman. I terajang you.

Sulu Sultanate denies links with Malaysian Opposition



    MANILA, Philippines — The Sulu Sultanate denied claims by the Malaysian government that the political opposition there had helped stoke the Sabah crisis.
    “We are not connected to the Malaysian opposition; we have not talked to any of them,” Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III said, www.interaksyon.com reported.
    She also brushed off President Benigno Aquino III’s allegations “conspirators” funded the voyage of some 200 followers who went to Sabah to press its claim to the territory.
    The voyage was “KKB,” short for “kaniya-kaniyang bayad,” meaning everyone who went paid contributed towards expenses, Abraham Idjirani, spokesman of the sultanate, said at a press briefing Monday afternoon,
    The sultanate’s briefing immediately followed that held in Malacanang by Aquino.
    She slammed Aquino’s briefing, calling it full of “hypothetical analogy” and “speculative statements” to which they could not respond and dared Aquino to “name the conspirators” he claimed had abetted their follower’s voyage to Sabah.


    Kenyataan Anwar Ibrahim, Presiden Samanland , Berhubung Laporan Agensi Perisikan Filipina

    Kenyataan Anwar Ibrahim, Presiden Samanland , Berhubung Laporan Agensi Perisikan Filipina


    Tak sebut? Memang la tak sebut. Sebab benda tu tertulis. Saman. 

    Published on Mar 4, 2013
    Dato Seri Anwar Ibrahim mengugut akan menyaman wakil media dari Agendadaily jika terus bertanyakan soalan mengenai kaitan beliau dengan pencerobohan di Lahad Datu.
    4 Mac 2013
    Ibupejabat PKR