Sabtu, Jun 13, 2015

Gempa 5.2 skala Richter gegar Ranau pukul 2:29 pagi tadi

Satu gegaran berukuran 5.2 skala Richter menggegar Ranau pukul 2:29 pagi tadi berkedalaman 12 km menyebabkan panik di Kota Kinabalu, Tambunan dan Ranau serta kawasan berhampiran. 

Gegaran ini merupakan gegaran terkuat sejak gegaran 6.0 skala Richter pada 5 Jun lalu setelah lebih 60 'aftershock' berlaku dalam tempoh tersebut.