Jumaat, Mei 16, 2008

Orang Ipoh Dalam Bahaya?

Utusan Malaysia 16 Mei 2008

Penduduk Ipoh terdedah penyakit paru-paru

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

MANJUNG 15 Mei - Penduduk Ipoh kini terdedah kepada risiko menghidap penyakit radang paru- paru dan lelah ekoran keadaan berjerebu di bandar raya itu yang dipercayai berpunca daripada aktiviti kilang simen.


Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, berbeza dengan bandar-bandar lain di Perak dan negeri-negeri lain, Ipoh kini cukup berjerebu.

''Keadaan berjerebu ini mungkin biasa bagi penduduk Ipoh tetapi orang luar tengok berbeza. Lebih setahun saya duduk di Ipoh, debu penuh atas kereta selepas dua hari dibasuh.

''Tidak mustahil habuk kecil ini tidak masuk ke dalam paru-paru dan ini boleh mendatangkan penyakit paru-paru seperti radang dan asma," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Hari Kesihatan Sedunia disambut di seluruh dunia pada setiap 7 April dan tema pada tahun ini ialah ''Melindungi Kesihatan daripada Perubahan Iklim".

Mengulas lanjut, Ahmad Razin berkata, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya membuat kajian perbandingan kadar jangkitan penyakit radang paru-paru, asma dan merah mata di Ipoh dan bandar lain di negeri ini bagi melihat sama ada keadaan udara di Ipoh boleh membahayakan kesihatan.

StatistikKatanya, statistik rekod perbandingan itu akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa minggu lagi tetapi ia tidak akan didedahkan.

''Sekiranya terdapat perbezaan dalam statistik tersebut, pihak industri kilang simen perlu buat sesuatu dan jabatan kerajaan berkaitan juga perlu awasi perkara ini," tegas beliau.

Ditanya sama ada penduduk Ipoh perlu memakai topeng sebagai langkah keselamatan, Ahmad Razin enggan mengulas sebaliknya menasihatkan mereka yang mengalami masalah batuk, sakit dada, asma atau merah mata supaya mendapatkan rawatan segera di hospital atau klinik.

Analisis

Datuk Dr. Ahmad Razin yang menggantikan Datuk Dr. Prathapa Senan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Perak pada penghujung 2006 telah mengisukan mengenai perkara ini selepas lebih setahun mendiami Ipoh. Apakah baru kini kilang-kilang simen di Lembah Kinta mula memberi kesan kepada penduduk Ipoh. Tasek Cement yang terletak di Tasek iaitu di tengah-tengah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh telah beroperasi sejak tahun 1960an. Beribu-ribu aduan barangkali telah kedengaran berhubung pelepasan pepejal terampai dari kilang tersebut sejak ia memulakan operasi. Begitu juga dengan kilang simen Lafarge ( dahulunya APMC ) yang terletak di Kanthan, Chemor iaitu kira-kira 17km ke utara Ipoh. Kedua-dua kilang ini telah lama beroperasi. Mengikut kepercayaan orang-orang Cina di Malaysia, masakan di Ipoh lebih sedap kerana punca airnya mengandungi mineral yang tinggi kesan dari mukabumi berbatu kapur. Apakah faktor pepejal terampai boleh menjadi penambah perisa? Ataupun lahirnya artis-artis tempatan dan antarabangsa di Ipoh ada disebabkan oleh pepejal terampai ini? ( sekadar jenaka ). Apa yang pasti, kami warga Ipoh telah hidup dengan 'pepejal terampai' ini sejak berpuluh tahun dan sekiranya baru hari ini permasalahan ini dikemukakan dengan kajian serius, kami sangat mengalu-alukannya.

Kula Mula Mengganggu

COMPLAINT AGAINST RESTAURANT HAJI YAHYA

For the past 6 months the rate payers of Ipoh city raised many complaints against the Restaurant Haji Yahya which is situated in the middle of Ipoh City. The complaint was raised many times to Majlis Bandaraya Ipoh and no action has been taken.

Image from http://haxa.blogs.com

The restaurant owner built the restaurant on the walk way.But presently the walk way is utilized by the restaurant owner. The restaurant owner extended the restaurant without the approval from the city planning unit.

We were hoping the MBI would wake up and take action to demolish the illegal extension.

As the restaurant owner had been operating on the walk way this has caused alot of discomfort to other road users. Examples are as follows: customers will park the car at the road shoulder which is on top of yellow lane to buy or to have breakfast and this causes traffic congestion in the morning and in the peak hours.

This issue also was also brought to the attention of a local NGO Association of Community and Dialogue (ACID) and the concern NGO already send a letter with many reminders to the Datuk Bandar’s Office asking for action against the restaurant. At the same time I also received the complaint in my political office advising me to take action against the restaurant.

I am considering what I should do about this complaint because the location of the restaurant comes under my constituency. I’m sure some people would like to rise and want action! Did MBI gave approval for the restaurant at the road side.

POSTED BY Administrator ON 05.08.08 @ 5:52 am

Analisis

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dari DAP mula membuat gangguan ke atas peniaga Melayu di Ipoh. Terbaru, dalam blognya, M Kula membidas kewujudan Restoran Haji Yahya dan Warung Mat Jasak yang popular sejak tahun 1970an di Jalan Dato' Onn Jaafar ( Chamberlain Road ). Sikap beliau ini cukup menggambarkan bahawa di bawah DAP, nasib orang-orang Melayu terutamanya para peniaga berada di ambang ketidakpastian. Tindakan beliau boleh dikatakan agak bersifat perkauman apabila Ipoh yang dihuni oleh lebih 65% kaum Cina seolah-olah tidak mempunyai peniaga Cina yang melanggar undang-undang kerajaan tempatan. Beliau pastinya menutup mata pada salah laku peniaga Cina kerana beliau disokong kuat oleh mereka. Tindakan M Kula ini adalah bibit-bibit menindas yang semakin ketara terhadap Melayu Ipoh. Beliau tidak perlu bersikap pilih kasih sekiranya undang-undang kerajaan tempatan hendak digunakan dalam membidas kewujudan Restoran Haji Yahya. Mungkin kini beliau merasakan ianya adalah masa yang sesuai untuk memperlihatkan sentimen sebenar beliau kerana kemenangan DAP di Perak walhal beliau telah 2 penggal merampas Ipoh Barat dari Datuk Ho Cheong Sing wakil MCA. Ataupun ianya adalah tindakan kurang bijak yang bermotifkan politik memandangkan terdapat khabar angin bahawa restoran tersebut mempunyai kaitan dengan bekas ADUN Sungai Rapat dari UMNO. Jika begitu, malanglah buat Melayu Ipoh dan Restoran Haji Yahya yang menjadi tarikan orang Melayu dan juga bangsa-bangsa lain ke Ipoh kerana keenakan Mee Kari dan Mee Kicap yang mana hanya di restoran inilah, penduduk di sekitar Ipoh dapat merasakan makanan popular Cina itu hasil dari tangan orang Melayu. M. Kula mahu menghapuskannya tanpa memberi cadangan membina, dengan nada yang angkuh.