Thursday, May 01, 2014

Gempa 5.8 Richter 10:35 malam di Sumatera turut dirasai di beberapa tempat di Semenanjung

Satu gempa bumi berlaku berhampiran Pulau Nias berkekuatan 5.8 pada skala Richter yang turut dirasakan di Selangor dan Perak. Ia berlaku di zon subduksi menepati dasar supervolcano Danau Toba, sebuah gunung berapi raksasa yang pernah meletus ratusan ribu tahun lalu.
Moderate earthquake 10:35pm 01/05/14, 1.9N 97.7E Mag5.7 Dep62km, Northern Sumatra, Indonesia. 68km NE of Nias, Indonesia. 408km SW of Sabak Bernam, Selangor.
Tremors felt in few areas of Perak and Selangor. MMD


Peserta perhimpunan bantah GST bergaduh sesama sendiri


Lihat satu lagi keterencatan macai PR apabila mereka bergaduh sesama sendiri semasa berhimpun membantah GST.


Sekumpulan peserta anti GST dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mula bergaduh dengan unit amal PAS. Inilah sebabnya admin tidak mahu kanak-kanak terlibat dalam perhimpunan hari ini. Perkara begini boleh mencederakan orang awam yang tidak bersalah. Kini mereka sudah bergaduh, siapa nak jawab pasal keselamatan anak-anak di situ ?
SUMBER

Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP meninggal dunia

Teluk Intan bakal menyaksikan pilihanraya kecil lagi kali ini dengan kematian penyandang kerusi parlimen tersebut akibat barah. Seah Leong Peng, berumur 48 tahun,  meninggal dunia pagi ini jam 7:45 di PPUM, Kuala Lumpur dan telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar.

Untuk rekod pilihanraya kecil di parlimen Teluk Intan pernah diadakan pada 17 Mei 1997 ketika Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri yang menyaksikan BN kalah di pilihanraya kecil tersebut.



IPOH 1 Mei - Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng meninggal dunia akibat penyakit barah pada kira-kira pukul 7.45 pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi DAP negeri, V. Sivakumar yang mengesahkan perkara itu berkata, mayat mendiang akan dibawa pulang ke Teluk Intan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: UTUSAN
© Utusan Melayu (M) Bhd