Friday, June 08, 2012

Menuju PRU13 : Ketahui Pilihan Anda I


22,000 dari 3 parti + golongan anti-SPR, berhimpun secara haram, anarkis dan membuat kerosakan.



80,000 dari 1 parti, berhimpun secara sah, tenteram dan mencipta semangat

Nilaikan sendiri. Sebesar manakah kemenangan Pakatan Rakyat yang diwawarkan Anwar di media antarabangsa yang dilihat supaya kelak apabila kalah, mudahlah untuk Anwar menjemput campurtangan asing untuk menentang pemerintah yang dipilih rakyat dengan alasan kononnya berlaku penipuan.

Polis Mati Dipukul Angkara Geng Polis Sendiri?

KLANG: Kpl Mustaghni Tabri, a traffic policeman who was attacked during an operation to curb illegal racing, has died from head injuries.

Selangor police chief DCP Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (pic) confirmed the death of the 48-year-old policeman at 11.50am on Friday.

He also said five policemen, aged between 45 and 51, have been detained in connection with the case.

"Police investigations revealed that Kons Mustaghni was not hit on the head with a helmet. Instead an object was thrown at him.

"It is believed that one of the policemen arrested had thrown the object at the victim," DCP Tun Hisan told a news conference here.

The policemen were arrested Friday morning at the South Klang police district.

It was earlier reported that Mustaghni was severely injured in the head after a motorcycle carrying two illegal racers (Mat Rempit) crashed into him and the pillion rider hit him on the back of the head with a helmet, during the police operation in Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, here, Sunday.

Pendedahan kes pukul polis oleh perempit perlu didedahkan selebar-lebarnya kerana pihak polis tidak wajar mengkambinghitamkan mana-mana pihak semata-mata untuk menutup perbuatan pihak yang ingin dilindungi. Hanya setelah yang tercedera meninggal dan pertuduhan perlu dibuat, barulah hal yang sebenar diketahui. Ini tidak membantu meningkatkan integriti PDRM.

PTPTN Batalkan Pembekuan Pinjaman Ke Atas Pelajar UNISEL





SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membatalkan pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel).

Perkara ini disahkan oleh Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad kepada Sinar Harian sebentar tadi.

"Ini hasil perbincangan bersama pihak PTPTN yang dipengerusikan Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan di pejabat PTPTN jam 11 pagi tadi.

"Saya kini dalam perjalanan untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) memaklumkan perkara ini," katanya. - Sinar Harian.


BAGUS!

Pembekuan PTPTN Untuk UNISEL Langkah Tidak Bijak

Adalah tidak wajar untuk PTPTN membekukan pinjaman pelajaran untuk UNISEL dengan alasan mahu kerajaan Selangor membuktikan yang ia boleh memberikan pendidikan percuma.

Dengan mandat yang tinggal lebih kurang 10 bulan, kerajaan Selangor tidak boleh dilihat milik Pakatan Rakyat sampai bila-bila dan usaha untuk membuahkan hasil pendidikan percuma di Selangor hanya memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor perlu diberi mandat sekali lagi untuk menyahut cabaran yang sudah tentu memerlukan masa buat mereka merangka apa yang mereka laungkan meskipun ianya mustahil.

Ini sudah tentu tidak diingini oleh sejumlah besar yang mahu melihat Pakatan Rakyat berhenti memerintah Selangor untuk penggal seterusnya.

Namun, pembekuan pinjaman pelajaran ke atas UNISEL di saat pilihanraya semakin hampir, penggal pemerintahan mereka perlu mendapat mandat baru, adalah tindakan yang TIDAK BIJAK.

Ini memberi peluang kepada kerajaan Selangor menabur janji tak masuk akal lagi dengan tawaran pendidikan percuma yang lebih hebat lagi supaya mereka mendapat mandat memerintah sekali lagi.

Sikap tit-for-tat yang biasanya menjadi amalan di kalangan kanak-kanak sekolah tidak wajar meresapi pemikiran pembuat dasar dan menteri yang bertanggungjawab.

Pinjaman pelajaran seharusnya terbuka kepada semua yang layak tidak kira di mana institusi pengajian yang menawarkan pengajian kepada mereka. Ini kerana mereka sendiri berhak menilai dan mereka sendiri berhak bersetuju atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma pinjaman.

Jika mereka menandatangani perjanjian termaktub untuk pinjaman tersebut dan berhujung dengan kekerasan kepala untuk membayar kerana didorong pemimpin bahalul seperti Anwar, undang-undang tertentu mencukupi untuk mengheret mereka ke mahkamah dan kita lihatlah sama ada Anwar mahu menguruskan khidmat guaman untuk setiap mereka yang ingkar janji ini.

Kita tidak perlu menjadi bodoh seperti pembangkang semata-mata mahu melawan pembangkang.