Thursday, April 25, 2013

Trend Topeng Guy Fawkes Lambang Kebodohan Sesetengah Umat Islam Negara Ini

Sesetengah umat Islam di Malaysia boleh dikatakan buta sejarah luar dan pengikut melulu sesuatu yang dianggap trend. Contohnya memakai topeng Guy Fawkes sebagai simbol penentangan tanpa mengetahui apakah jalan kisah perjuangan Guy Fawkes sendiri - menegakkan kuasa monarki Katolik.

Namun  apa yang jelas, Guy Fawkes akhirnya mati dengan cara membunuh diri setelah penentangannya digagalkan kerana rakyat England secara keseluruhannya menentang tindakan beliau. Dia melarikan diri dari tahanan bagi mengelakkan dirinya dipancung setelah ditangkap apabila ditemui membawa bahan letupan masuk ke Istana Westminster  pada dinihari 5 November 1605. Malangnya ketika melarikan diri, dia jatuh dan mati akibat lehernya patah. Hari tersebut diperingati dengan patungnya dibakar.

Adakah 5 Mei 2013, aktivis pendukung 'Guy Fawkes' di Malaysia akan bunuh diri dan 5 Mei diperingati dengan patung seseorang itu dibakar? Tentulah tidak kerana tu bukan budaya negara ini walaupun budaya negara ini terkenal dengan mengikut secara melulu dengan cara yang memalukan.

Wajarlah gerakan Kristianisasi negara ini tersenyum lebar dengan gelagat anak muda Islam negara ini mengenakan topeng Guy Fawkes.



Follow · Today at 5:40pm · 


Sekadar ingatan untuk kita!

Ramai kalangan kita menggunakan topeng 'Guy Fawkes' sebagai simbol kepada penentangan dan pembebasan rakyat. Tetapi ramai tidak tahu bahawa 'Guy Fawkes' merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah.

Boleh dikatakan 'Guy Fawkes' juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu.

Jadi sebagai umat Islam, kalau kita boleh mengharamkan sambutan Valentine, sambutan itu dan ini kerana sesuatu sambutan itu berunsur keagamaan, kenapa pula harus kita menggunakan topeng 'Guy Fawkes' seorang pejuang Kristian yang berjuang untuk agamanya sebagai lambang kita?

Jangan kita terperangkap dengan tipu daya Nasrani dan Yahudi!
 — with Azmi Ishak Cikgu MieAzmir Azmi ScaniaCr Muhammad Azmi Abdullah and 85 others.



Guy Fawkes (13 April 1570 – 31 January 1606), also known as Guido Fawkes, the name he adopted while fighting for the Spanish in the Low Countries, was a member of a group of provincial English Catholics who planned the failed Gunpowder Plot of 1605.
Fawkes was born and educated in York. His father died when Fawkes was eight years old, after which his mother married a recusant Catholic. Fawkes later converted to Catholicism and left for the continent, where he fought in the Eighty Years' War on the side of Catholic Spain against Protestant Dutch reformers. He travelled to Spain to seek support for a Catholic rebellion in England but was unsuccessful. He later met Thomas Wintour, with whom he returned to England.
Wintour introduced Fawkes to Robert Catesby, who planned to assassinate King James Iand restore a Catholic monarch to the throne. The plotters secured the lease to anundercroft beneath the House of Lords, and Fawkes was placed in charge of thegunpowder they stockpiled there. Prompted by the receipt of an anonymous letter, the authorities searched Westminster Palace during the early hours of 5 November, and found Fawkes guarding the explosives. Over the next few days, he was questioned and tortured, and eventually he broke. Immediately before his execution on 31 January, Fawkes jumped from the scaffold where he was to be hanged and broke his neck, thus avoiding the agony of the mutilation that followed.
Fawkes became synonymous with the Gunpowder Plot, the failure of which has been commemorated in England since 5 November 1605. His effigy is traditionally burned on a bonfire, commonly accompanied by a firework display.

Lagi Bilik Gerakan BN Dilempar Bom Petrol. Kali Ini di Ipoh

Bilik gerakan BN di Buntong dilempar bom petrol
 
Bilik gerakan BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Jalan Desa Rishah, Buntong di Ipoh nyaris terbakar dipercayai dilempar bom petrol atau 'molotov cocktail' oleh tiga lelaki berumur lingkungan 20-an awal hari ini. 
    
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kejadian kira-kira 5 pagi itu disedari seorang pengawal keselamatan yang berada di dalam bilik gerakan terbabit.
    
"Pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu sempat memadam api yang terkena beberapa bendera BN. Bagaimanapun hanya sedikit kerosakan kerana botol yang mengandungi petrol itu tidak terbakar sepenuhnya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.
    
Beliau berkata suspek yang menaiki kereta Nissan Sentra merah cuba melarikan diri apabila Pasukan Khas Cantas yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu hendak menahan mereka.
    
Selepas dikejar, kereta suspek terbabas di kawasan sejauh lima kilometer dari bilik gerakan dan ketiga-tiga lelaki itu sempat melarikan diri, katanya.
    
Mohd Shukri berkata pemeriksaan ke atas kereta suspek menemui dua lagi bom petrol serta lima bilah parang.
    
Katanya kenderaan terbabit merupakan kereta curi yang berkaitan dengan laporan kehilangan kereta di Kota Damansara sebulan lalu.
    
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan politik selain mahu mendatangkan ketakutan kepada penduduk setempat serta pendekatan untuk melakukan sabotaj bagi menggagalkan proses PRU13.
    
"Ini merupakan kejadian pertama berlaku di Perak. Saya memandang serius kejadian ini dan saya berharap semua pihak tidak melakukan tindakan sedemikian kerana boleh menjejaskan keselamatan," katanya.
    
Polis, katanya, sentiasa memantau semua bilik gerakan parti politik bagi menentukan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
---------------------------------------

Bilik gerakan BN Buntong dilempar bom petrol

25/04/2013 3:25pm

IPOH - Bilik gerakan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Jalan Desa Rishah, Buntong di sini nyaris terbakar dipercayai dilempar bom petrol atau 'molotov cocktail' oleh tiga lelaki berumur lingkungan 20-an awal hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kejadian kira-kira 5 pagi itu disedari seorang pengawal keselamatan yang berada di dalam bilik gerakan terbabit.

"Pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu sempat memadam api yang terkena beberapa bendera BN. Bagaimanapun hanya sedikit kerosakan kerana botol yang mengandungi petrol itu tidak terbakar sepenuhnya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek yang menaiki kereta Nissan Sentra merah cuba melarikan diri apabila Pasukan Khas Cantas yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu hendak menahan mereka.

Selepas dikejar, kereta suspek terbabas di kawasan sejauh lima kilometer dari bilik gerakan dan ketiga-tiga lelaki itu sempat melarikan diri. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2RSZuThi0 
Hakcipta terpelihara 

35 Pengganas Kiram Mati, 2 Anggota Keselamatan Terbunuh

Seramai 35 orang pengganas Kiram dan 2 anggota keselamatan terbunuh dalam pertempuran di laut dalam wilayah Filipina, Sabtu lalu. Kejadian pertempuran antara pengganas dan pihak keselamatan Filipina tersebut berlaku  ketika pihak berkuasa Filipina menghalang gerombolan pengganas dari masuk ke Malaysia untuk melakukan serangan dan mengganggu proses pilihanraya umum.

Kementerian Pertahanan sahkan 35 pengganas Kiram ditembak mati

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG 25 April - Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan sebanyak 35 lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Kiram telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan lelaki tersebut ditembak mati Tentera Laut Filipina ketika cuba memasuki perairan negara.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusif hari ini melaporkan pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu.

Menurut sumber, kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sumber tersebut memberitahu, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh.

"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130425/dn_17/Kementerian-Pertahanan-sahkan-35-pengganas-Kiram-ditembak-mati#ixzz2RS2vTNKJ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengerusi PKR Perlis - Pelopor Syiah Di Perlis

Posting lama ini tersebar kembali di Facebook malam ini. Kawan teman orang Tehran yang duduk dengan Melayu di Cheras pun tak berani menaikkan gambar di dinding seperti ini. Menurut kawan teman, ini negara Sunni. Mesti dihormati. Tetapi, dalam negara sendiri?



Like This Page · October 9, 2012


KANGAR - Pengarah Pilihan Raya PKR Perlis, Mohammad Faisol Abdul Rahman telah dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri yang baru berkuat kuasa pada pertengahan Oktober lalu setelah menerima surat pelantikan daripada Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Turut merupakan seorang penganut Agama Syiah yang kuat. Mohon diambil perhatian.

Admin dedahkan sumber gambar-gambar tersebut. Ini rujukan Facebook beliau:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=431844939420set%3Da.431844519420.215375.834814420&type=3