Ketika perpindahan Termidal Medan Kidd ke Terminal Medan Gopeng pada tahun 2005, terlalu banyak rungutan yang diterima oleh sepelusuk penduduk Ipoh selain yang tinggal di Gunung Rapat. Ini juga dapat diandaikan antara punca kalah teruk kerajaan BN pada PRU 2008 di bandaraya ini amnya, di negeri ini khususnya.
Bayangkan pula perpindahan Terminal Medan Gopeng ke Terminal Bas Ipoh yang baru nun di utara bandaraya. Ini pastilah menuai kritik dan kesusahan yang dialami penduduk setempat nescaya diluahkan ketika mengundi.
Maka, solusi termudah ialah dengan membina terminal bas kedua di kawasan selatan atau Terminal Bas Ipoh Selatan yang memudahkan mereka yang tinggal di selatan Bandaraya ini untuk ke terminal bas. Tapak paling sesuai untuk terminal bas ini ialah di tol Ipoh Selatan iaitu di kawasan Ampang-Tambun atau di kawasan Simpang Pulai. Ini juga memudahkan pengusaha bas ekspres kerana mudahnya berurusan dengan penumpang ke Ipoh apabila kedua-dua stesen bas tersebut terletak di pinggir lebuh raya Utara-Selatan.
Bas ke utara boleh dimulakan di terminal selatan dan bas ke selatan boleh dimulakan di terminal utara.