Friday, August 11, 2017

Husni masih diperlukan di Tambun?


Desas-desus menyebut UMNO Tambun berada dalam keadaan dilema apabila Husni Hanadzlah dikatakan berhasrat untuk meneruskan niat bertanding di bawah panji dacing.

Husni yang meletak jawatan Menteri Kewangan Kedua, jawatan dalam UMNO dan BN,  Julai tahun lalu masih dilihat tetap mendapat tempat di kalangan warga berbagai bangsa di dalam Parlimen Tambun dan tugas beliau gerak kerja beliau menjadi optimum selepas meletak jawatan. Malah belum ada sekelumit penzahiran darinya untuk bernaung di bawah panji lain.

Untuk menggantikan Husni ketika tiada penanda aras yang lebih cemerlang dari kecemerlangan bawaannya, adalah seperti berfikir siapakah yang wajar mengganti Mahathir selepas beliau bersara pada tahun 2002 dulu. Mahathir memegang penanda aras keperdanamenterian pada ketika itu.

Tetapi waktu tetap bergulir, anjing menggonggong, kabilah berlalu. Husni telah berkhidmat selama 22 tahun untuk Parlimen Tambun.  Sama tempoh keperdanamenterian Mahathir Mohamad. 

Mungkin tidak lagi molek bagi tuntutan jasmani dan rohani untuk toleran dengan kegiatan memenatkan memberi khidmat kepada rakyat. 

Boleh jadi disambung perkhidmatan ke kawasan lain? Segalanya adalah hak pucuk pimpinan.  Ketahuilah bahawa dari lubuk hati penggantung postermu 1995 dulu bahawa kami tidak kenal Husni pada waktu itu. Kami hanya kenal Dr. Mahathir yang 'silap' kerana bertahun-tahun memperjuangkan penyatuan Melayu di bawah UMNO yang berjaya membuatkan calon Semangat46 hampir hilang deposit di Tambun.

Tetapi seperti manakah persediaan penggantinya sekiranya harus berganti? 

Kunci mengekalkan sokongan pengundi Tambun kepada calon pengganti tentu sekali berkait rapat dengan sokongan golongan muda dengan membawa dimensi baru pembangunan, kegiatan ekonomi, jaminan kediaman, pembukaan tanah pajakan pertanian, pembangunan bandar-bandar baru, penggalakan industri pelancongan yanfg digiat oleh masyarakat setempat dan anjuran membentuk koperasi-koperasi.

Inilah peluang yang perlu digarap oleh pengganti Husni, jika berganti. Kesemua ini kelak akan berkordinasi dan mewujudkan kesepakatan ekonomi setempat yang harmonis dan memberi manfaat kepada semua warga. 

Konsep memperkasa ekonomi ini hendaklah bertunjangkan sasaran menilai sebesar mana saiz ekonomi dalam kawasan DUN atau Parlimen. 

Dengan memberi nilai tambah pengetahuan tentang tadbir urus di kalangan penggiat, juga kewangan, ekonomi dan ditambah ketersediaan peluang-peluang usaha pertanian, ramai yang akan hadir dengan idea-idea positif dengan hasrat mahu turut serta dalam blok ekonomi setempat dan ini menjamin kesinambungan sokongan yang utuh.

Ia juga menuntut agar Husni, jika telah diganti, tetap memberi sokongan padu kepada usaha merevolusikan masyarakat dari jenis sibuk berpolitik menjadi jenis sibuk menyumbang kepada pembentukan komuniti ekonomi setempat dan mencari pesaing-pesaing. Bukan lari.

Ia merupakan sebuah pembaharuan yang menjadi jenama kepada kepimpinan yang baru kerana mempunyai daya tarik dimana masyarakat akan dibawa jauh dari Muslim pemfitnah yang kini bebas berleluasa memukat dosa.

Walaubagaimanapun, siapa sahaja yang dicalonkan parti bagi menggalas sebeban bumi di batu jemala mereka, sokong. 

Eh ade yang suruh teman bertanding bebas. Aje nye gile. Teman cakap boleh la. Idak ler sanggup.

Nasihat kepada UMNO menjelang PRU14

Sebelum pilihanraya ini UMNO diwajibkan mengadakan sesi penerangan, debat terbuka, bentang kerangka ekonomi dan soal jawab ahli akar umbi bagi menjelaskan tentang isu-isu semasa.

Ini penting kerana adalah tidak layak untuk ketika cabaran telah memasuki dimensi yang berbeza dengan 20 tahun lalu, tiada pemimpin akar umbi yang boleh dengan yakin menjawab, apa lagi mematahkan hujah hatta dari penghujah tak berpihak.

Roadshow tentang isu 1MDB perlu dibuat dan diselia oleh orang-orang yang mampu menjawab. Kaji selidik perlu dibuat dan pandangan umum perlu diambil dan dibawa ke pihak atasan parti.

Keleluasaan putar belit dana politik oleh pemuka utama pembangkang yang mengheret bersama 1MDB adalah kerana  sikap ahli UMNO sendiri yanng nampaknya tak pasti nak jawab macam mana. Justeru, kursuskan.

Terdapat ramai khalayak yang memanjangkan lidah idola politik mereka tanpa otaknya berisi apa-apa pengetahuan tentang yang mereka perkatakan. Golongan ini perlu dipujuk seperti memujuk orang kafir memeluk agama pembenci fitnah, yakni Islam yang sempurna.

Tiada guna apabila pemerintahan yang dipertahankan itu memang di atas jalan yang betul, tetapi muka-muka depan peringkat bawahan tak keluar menjawab tetapi sibuk berebut jawatan! Atau sebenarnya tak tau nak jawab apa?

Bawalah bersabar soal jawatan tu. Pilihanraya Umum ini adalah pertempuran besor dan adalah penentu nasib komer. Bukan teman. Teman ghoper ini juga le. 

Dengan politik tidak boleh dijangka lagi, perkembangan ekonomi yang perlu dipupuk pertumbuhannya, dengan khalayak 52% yang perlu diberi penjelasan sopan mahupun kasar, satu tahun bukanlah satu tempoh yang mencukupi. Anda sebenarnya kesuntukan.

Jika anda tidak sangka Mahathir sanggup 'minta maaf' kepada Lim Kit Siang asalkan Najib terguling, jangan terkejut kalau Lim Kit Siang tiba-tiba..



Mungkin ketika itu teman tubuhkan parti kapal layar. 

Banyak lagi kejutan dijangka berlaku dan apa khabar gerak jentera peringkat bawahan semua itu.



Penolakan tuduhan Najib rasuah oleh sistem perundangan England jelas menyambung benang-benang kebenaran kalau ada otak yang rajin suka pergi sekolah belajar kira-kira.

Selebihnya, terserah. Kejutan yang teman tak boleh terima ialah sekiranya Mahathir menjenamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada United Malaysian Native Organization. 

Haru.