Thursday, January 22, 2015

Malaysia negara pertama dilawati Jokowi

JAKARTA 13 Jan. – Malaysia mendapat penghormatan sebagai negara pertama akan dilawati secara rasmi oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam siri lawatannya ke luar negara setelah dilantik sebagai presiden republik paling ramai penduduk Islam di dunia itu, 20 Oktober tahun lalu.

Lawatan rasmi Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi itu pada 5 hingga 6 Februari depan adalah bagi merapatkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara negara berjiran ini, selain membincangkan isu-isu semasa menyentuh kepentingan bersama.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Jokowi akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menteri-menteri Kabinet sebelum mengadakan lawatan ke beberapa tempat termasuk kilang pengeluar kereta nasional, Proton.

"Ini adalah lawatan rasmi pertama Jokowi ke Malaysia. Ia satu penghormatan bagi kita kerana Malaysia dipilih sebagai negara pertama untuk dilawati. Selepas Malaysia, Jokowi akan meneruskan lawatan ke Singapura dan Brunei,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Zahrain, antara topik utama yang dijangka dibincangkan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri ialah mengenai projek kereta ASEAN yang ideanya dikemukakan oleh Malaysia.

ASEAN adalah pasaran kereta kelima terbesar di dunia dengan 3.5 juta unit terjual pada 2013.

Sementara itu, Zahrain meminta semua pihak tidak memperbesar-besarkan isu pihak berkuasa Indonesia menenggelamkan kapal nelayan milik Malaysia kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan negara itu pada 8 Januari lalu.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan berdasarkan prosedur biasa dan menurut lunas undang-undang negara berkenaan. – UTUSAN

Lelaki Cina cuba bakar surau di Rawang, mana suara MCA dan DAP?

Mana pemimpin Cina sepersemendaan dengan PAS mahupun UMNO dalam isu seperti ini?

Mana kecaman mereka atas sikap luar akal yang sihat dari kalangan bangsa mereka.

Bila kini mereka diam, fikirkanlah siapa yang rasis? Melayu atau Cina?

Kita boleh kecam Perkasa atau Isma demi tunduk kepada tolenransi ala mereka. Mereka pula bagaimana?

Fikirkan.