Thursday, October 30, 2014

Ramai Melayu hijrah keluar dari Malaysia akibat ditindas Islam?


Wujud gerakan menyalahkan Muslim arus fahaman perdana di negara ini atas nama hak untuk Islam lain mengamalkan apa yang mereka yakini nengenai Islam.

Sebenarnya mereka telah diberi toleransi tanpa teguran tentang perilaku ketidakislaman mereka oleh orang Islam yang lebih alim. Alim makna mengetahui. Selalu dengar kuliah agama. Berbeza dengan puak Islam menentang Islam.

Sewajarnya mereka tidak perlu mewujudkan pertikaian pula seolah-olah mereka mencabar saranan Nabi Muhammad yang dianggap sebagai pelengkap Islam sebagai agama oleh Muslimin.

Orang Islam yang mencabar ini boleh jadi turut sedang mencabar ibu atau bapa atau saudara dan rakan.

Budaya rebel ke atas agama sendiri memperlihatkan revolusi yang ingin dilakukan ke atas agama Islam di negara ini dilakukan dengan cukup provokatif dan mengundang tepuk tangan pihak lain pula.

Terkini, isu ramai Melayu berhijrah kerana Islam di Malaysia meminggirkan mereka pula dimainkan.


Growing Islamic fundamentalism seen pushing Malays to quit country

Azrul said many Muslims have started emigrating in the past 15 years based on anecdotal evidence, noting that Islamic authorities prohibit dissent and discussions of the country’s predominant religion.
“You are told ‘you cannot use logic and rationale to understand and practise Islam. ‘You must only refer to the Quran and hadith and nothing else’,” he said.
Hadith are “traditions” from the time of Prophet Muhammad that are not contained in the Quran.
Former de facto law minister Datuk Zaid Ibrahim said on Tuesday that more Malay-Muslims could be expected to leave the country if local religious authorities continue to pursue and prosecute those whose opinions they deem “deviant”.
Over the years, Islamic authorities have gradually become more rigid in their interpretation and application of the Shariah code in Islam.
- See more at: Malay Mail Online

Filem " Hanyut " ditayang di Indonesia sebelum Malaysia



Nasib filem berlatar abad ke 18 , "Hanyut" usahasama Malaysia - Indonesia,  tidak cantik di negara pengarahnya sendiri. Filem arahan U-Wei Haji Shaari yang menelan belanja RM18 juta ini telah 3 tahun siap dan masih menunggu giliran penayangan di negara ini.

Sementara itu, di Indonesia, filem yang memakai nama "Gunung Emas Almayer" ini akan ditayangkan serentak di 150 pawagam seluruh Indonesia pada 6 November ini. 

Tentu sekali hitungan 'masyuk' nya berbeza jika melibatkan pasaran di negara 246 juta penduduk dan menepis skeptikal ramai tentang nasib filem RM18 juta ini yang dikatakan bakal sama nasib dengan "Puteri Gunung Ledang" yang menelan belanja RM20 juta.

Walaubagaimanapun, "Hanyut" masih belum mampu untuk dihanyutkan hingga tiba di 'pantai-pantai' pawagam di negara ini serentak dengan ketibaannya di pawagam-pawagam Indonesia.

Hanyut yang tidak hanyut

Miss J terpaksa tulis tentang filem Hanyut kerana banyak sangat yang skeptikal, menyindir dan memperkecilkan apabila membandingkan dengan filem-filem setengah masak yang mendapat kutipan hebat di panggung. Miss J fikir membandingkan dengan filem-filem berkenaan malah Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja lebih RM20 juta adalah ukuran tidak adil kepada Hanyut. Miss J menonton Puteri Gunung Ledang dan juga telah menonton Hanyut.
Ada sesetengah pihak terutama yang menyokong filem setengah masak menganggap filem Hanyut akan hanyut. Sebabnya belanja besar sekitar RM18 juta dan mengikut kiraan matematik tentulah tidak ada filem tempatan yang dapat mengutip RM18 juta untuk mendapat pulangan modal. Senang cakap akan hanyutlah. Berdasarkan selera penonton tempatan yang rata-rata terasuk dengan filem-filem keluaran MIG, kutipan filem Hanyut sudah tentu tidak dapat mengatasi kutipan filem MIG. Jangan bimbang MIG tetap hebat dari segi kutipan.
Tetapi tidak semua perkara mesti diukur dengan menggunakan matematik. Filem Hanyut misalnya adalah sebuah pencapaian tertinggi dunia filem Melayu yang menampilkan taraf antarabangsanya dari segi teknikal pembikinan dan menjulang kemecerlangan pemikiran Melayu di segi teras inteleknya. Miss J tak suka menganggap filem ini bertaraf Hollywood, cuma kelihatan tekniknya macam Hollywood tetapi ia filem Melayu.

Artikel Penuh: UTUSAN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Film 'Gunung Emas Almayer' Tayang di Bioskop 6 November

Adhie Ichsan - detikhot
Selasa, 21/10/2014 17:15 WIB

Jakarta -
'Gunung Emas Almayer' akan mengikuti cerita tentang Kaspar Almayar, seorang arkeolog dan pedagang senjata asal Belanda yang mencari gunung emas di Selat Malaka pada abad ke-19. 

Usahanya kerap dihalangi oleh berbagai tantangan baik dari pedagang Arab (Alex Komang), manuver politik ketua suku adat setempat (El Manik), hingga ancaman tentara Kolonial Inggris dan bajak laut. Film yang juga dibintangi oleh Rahayu Saraswati Djojohadikusumo ini diangkat dari novel Joseph Conrad di bawah arahan sutradara Malaysia berdarah Padang, U Wei.

Kaspar Almayer (diperankan aktor Inggris Peter Obrien) seorang pedagang senjata yang terpandang. Ia terobsesi mencari gunung emas di Malaka. Almayer menikah dengan wanita malaka bernama Mem yang berasal dari etnis Betawi.

Artikel Penuh : DETIKhot



Susi Pudjiastuti, menteri kabinet Jokowi pertama tuduh Malaysia pencuri


Pemerintahan Jokowi dicemari aksi merendahkan Malaysia oleh Menteri lantikannya semalam apabila Menteri Kelautan dan Perikanan, Susi Pudjiastuti menyebut Malaysia 'mencuri' produk laut Indonesia dan memasarkan di pasaran Eropah.

Menurutnya, temuannya di pasaraya di Eropah menunjukkan sejenis ikan yang di tangkap di Zon 57 merupakan hasil laut Indonesia hanya kerana Zon 57 merangkumi Lautan Hindi.

Takkan lah seorang menteri yang kononnya berpengalaman 33 tahun dalam bidang perikanan, tidak tahu bahawa Zon 57 itu keluasannya meliputi Teluk Bengal hingga ke perairan Tasmania?  Sehingga Lautan Hindi selatan tempat hilangnya MH 370 juga terangkum dalam Zon 57? Adakah wilayah Indonesia meliputi  hingga ke Bangladesh dan Laut Antartika?

Apabila semangat nasionalisme dipupuk dengan mencari jalan untuk membangkitkan isu panas dengan negara jiran, sekali lagi kita lihat Indonesia mempamerkan Menteri yang tidak layak, malah bermulut besar tanpa pengetahuan yang wajar.

Menteri tersebut patut membina jalan bagaimana nelayan Indonesia mampu menangkap ikan lebih jauh ke perairan antarabangsa. Bukannya menjadikan negara lain sebagai mangsa bagi menutup ketidakupayaan sendiri.




Rabu, 29/10/2014 17:12 WIB

Emosi Meletup, Menteri Susi Sindir Malaysia

Wiji Nurhayat - detikFinance
Susi Pudjiastuti, Menteri Kelautan dan Perikanan
Jakarta - Sebelum melakukan inspeksi mendadak di Gedung Mina Bahari II, kantor pusat Kementerian Kelautan dan Perikanan (KKP), Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti rapat dengan Dirjen Perikanan Tangkap Gellwyn Yusuf bersama Sekjen KKP Syarief Widjaja. Diskusi juga diikuti puluhan Pegawai Negeri Sipil (PNS) Ditjen Perikanan Tangkap KKP.

Emosi Susi sedikit meletup saat ia mengungkapkan spesies ikan mahal di Uni Eropa yang diklaim sebagai milik Malaysia. Padahal ikan tersebut hidup di perairan Indonesia.

"Ada ikan jenis black tiger yang saya beli di supermarket Eropa, ternyata disebut itu dari Malaysia. Di sana terpampang fifty seven zone (zona 57). Memangnya Malaysia punya zona pulau?" tegas Susidi kantornya, Jakarta, Rabu (29/10/2014).

Susi yang ahli navigasi koordinat kewilayahan ini mengungkapkan zona 57 adalah Samudera Hindia, artinya ada di wilayah Indonesia.

"Dia (Malaysia) itu declare dan di-packaging. Ikannya besar tetapi produk Malaysia. Wong gendeng, itu pulau jadi-jadian. Ini maling tetapi berani terang-terangan. Ini saya temukan di supermarket Eropa. Zone 57 itu Indian Ocean (Samudra Hindia)," papar Susi.

Lebih lanjut Susi menjelaskan, harga ikan tersebut cukup mahal dan Malaysia yang mendapatkan nilai tambah. Dia juga mengungkapkan kasus serupa terjadi antara Indonesia dengan Thailand.

"Laut kita luasnya 15 kali luas laut Thailand, tetapi hasil lautnya hanya 1/5 Thailand. Itu gila," kata Susi dengan nada marah.