Ahad, Mei 17, 2009

Politik Wang Dalam PAS : Dah Terkena Batang Hidung Sendiri

Penulis memang telah ramalkan bahawa gejala politik wang akan mengotori pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini. Ini kerana keghairahan penyokong mereka mengutuk UMNO dahulu pasti dibayar Tuhan dalam tempoh yang amat singkat.



Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Sesuailah perumpamaan itu terhadap hooligan dan die hard fan PAS yang tidak bertapis mulut mereka apabila memberi komen mengeji sesetengah nama dalam UMNO ketika berhadapan pemilihan.

Nah kali ini, kejilah parti mereka sendiri kerana amalan memberi saguhati telah terpakai di dalam PAS.

Perkara ini mudah diramal kerana semua orang tahu puak pro-Anwar dalam PAS sedang berusaha merampas parti tersebut dari puak ulama. Anwar yang menjadi raja politik wang dan menjadi tukang ajar cara berpolitik menggunakan wang dalam UMNO seawal 1993 sudah tentu mengilhamkan budaya ini ke dalam PAS.

Selanjutnya, sebusuk-busuk tandas UMNO yang bergelumang tahi, busuk lagi tandas PAS yang ditutup kelemahan sendiri dengan menghentam orang lain.

Malangnya, puak-puak PAS akan terus mengatakan mereka adalah betul dan UMNO adalah salah sedangkan kesalahan mereka dalam hal ini adalah jelas dengan pendedahan akhbar Sinar di atas.

Sikap buruk ini selalu dibayangkan oleh nasihat-nasihat orang tua yang menyebut " Jangan mengata orang lebih sangat, nanti jadi kat diri sendiri."

Contoh klasik ialah seseorang yang terlalu mengeji seseorang yang menagih dadah, akhirnya berhadapan dengan krisis sendiri apabila anaknya pula terjebak dalam penagihan dadah.

Tetapi apa nak dihairankan dalam perkara ini. Tangkap 100 mat rempit dan anda akan dapati ibu-bapa 70% dari mereka adalah penyokong kuat pembangkang. Ini kerana sikap rebel ibu bapa mereka menjadi inspirasi kepada anak mereka untuk mengejek polis peronda dengan harapan boleh bermain aci kejar. Ini bukan fitnah.

Rabu, Mei 13, 2009

Genap 40 Tahun Selepas 13 Mei 1969

Telah 40 tahun segalanya berlaku. Selasa 13 Mei 1969 terpahat menjadi igauan buruk kepada rakyat Malaysia. Tetapi apakah ia cukup untuk menjadi tauladan kepada generasi hari ini?

Empat puluh tahun merupakan satu tempoh masa yang lama. Tetapi sepanjang 40 tahun ini, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan tahap perpaduan kaum di Malaysia.

Cina terus berbahasa Cina, malah semakin ramai Cina tidak mampu bertutur bahasa Melayu. India terus bergaulan dengan India dan bahasa Melayu mereka masih tunggang terbalik.

Bukan sahaja rakyat, malah pemimpin pun sama. 13 Mei 1969 dikatakan dimulakan oleh UMNO. Namun hakikat yang diketahui, yang menjerit supaya orang Melayu balik kampung keluar dari KL ialah fanatik Cina dari parti Gerakan. Ia menjadi punca kepada tindakbalas fanatik UMNO.

13 Mei telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru. 13 Mei telah mewujudkan kenderaan bernombor pendaftaran 'W'. 13 Mei telah mewujudkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 13 Mei telah membuatkan orang Melayu bertambah dari 25% kepada 45% di KL.

13 Mei telah membuatkan nyawa menjadi murah. 13 Mei telah membuatkan kedai-kedai dijarah. 13 Mei merupakan 'urban anarchy' paling buruk dalam sejarah negara.

Setelah 40 tahun berlalu, 13 Mei tidak mungkin muncul lagi dalam bentuk yang lalu. Namun 13 Mei boleh muncul kembali dengan cara baru.

Apa yang perlu diperhatikan ialah mereka-mereka yang gila berpolitik. Monyet tindak tanduk mereka, maka monyetlah para penyokong mereka.

13 Mei tidak boleh berlaku lagi. Ini kerana 13 Mei dimulakan oleh fanatik politik. Kalau mereka yang mati, lainlah cerita. Tetapi dikatakan kira-kira 2,000 orang mati pada 13 Mei 1969 di KL. Malangnya kebanyakan mangsa bukan fanatik politik.

Mereka adalah orang awam yang menjalankan kehidupan harian demi sesuap nasi dan kemudian diapi-apikan dengan khabar angin lalu menyertai 'pertempuran etnik'. Pemimpin politik terselamat. Adakah ini adil?

Selasa, Mei 12, 2009

Berbaloikah Memilih Pakatan Rakyat Untuk Perak?

Ini apa yang teman tulis 2 hari sebelum Sultan Azlan suruh Nizar letak jawatan :

Haa.. yop, aper lagi ditunggu, bubar le. SPR dah tolak perletakan jawatan Behrang dengan Changkat Jering tu. Moh lerah ke gelanggang le yop kalo ye benor teringin nak mandat baru. Rentikanler melabun tu.

Bila dikatakan yang pilihanraya DUN bazirkan duit rakyat, ader ler pihak-pihak demer kata alasan takut nak berdepan rakyat lah, alasan takutkan suara rakyat lah. Apa yang komer merepek ni?

Sebenarnya, kami sangat teringin nak tunjukkan yang rakyat TAK SIOR berkerajaankan Pakatan Rakyat yang takkan mungkin Melayu dalam PAS dan PKR yang akan menguasai.

(
Cakap Banyak Tak Guna! Bubarlah! Tuesday, February 3, 2009


Tetapi itu sentimen waktu itu. Sentimen kini bercampur baur walaupun kita dapat lihat hanya 33% Melayu Bukit Gantang memberi undi kepadanya.

Sebenarnya Nizar masih lagi mengharapkan bukan Islam mengekalkan kerusinya. Bukan isu agama yang mahu dibangkitkan. Ia berkenaan isu yang berkaitan budaya guna-mempergunakan.

Jika konsep PAS mampu mendekatkan bukan Islam terhadap Islam, sudah tentu PAS di Perak dialu-alukan. Tetapi, liberalisma Islam yang didokong puak profesional agama dalam PAS bukanlah sesuatu yang patut didambakan.

Contohnya, sebuah kompleks komuniti yang bernilai RM2 juta yang terletak di Taman Perpaduan di kawasan 80% Melayu tidak dipenuhi program keagamaan atau kemasyarakatan.

Pembukaannya yang disambut dengan pertukaran kerajaan negeri pada 8 Mac hanya dipenuhi acara bergendang dari acara-acara PKR yang diterajui orang India di Hulu Kinta walhal terletak sebelah rumah seorang tokoh PAS tempatan yang rumahnya dihiasi tembok hijau putih.

Bukan soal adu domba. Program kemasyarakatan tidak wujud bagi menggambarkan sesuatu yang positif telah berlaku dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Perak untuk orang Melayu selain program-program PAS keagamaan PAS yang menggunakan masjid dan Dataran Bandaraya. Ini mulia. Tetapi inikah sahaja yang dibolehkan? Tidak terkecuali, program menjana pendapatan negeri.

Boleh jadi Pakatan Rakyat merampas Perak jika pilihanraya negeri diadakan hasil dari menipu orang ramai. Tetapi apa kebaikan yang dibawa bila mereka memerintah selain memecah tabung perbendaharaan negeri dan memulakan spending spree. Rakyat entah ke mana.

Perak negeri pertama di Malaysia yang akan muflis dan dipenuhi Melayu miskin.

Isnin, Mei 11, 2009

Hakim Mahu Nizar Tersingkir Cara Terhormat?

Bertenang. Orang yang panjang akal, akur kepada kehendak hakim. Cuma mereka yang kebinatangan sahaja yang bertindak menghalau orang-orang yang diputuskan hakim bahawa golongan yang dihalau ini sah memasuki sidang DUN.

Kini, sorak sorai Pakatan Rakyat bergema di seluruh Perak meraikan kepulangan negeri Perak ke tangan DAP. Barangkali PAS Pusat telah sedar akan hakikat ini dan seggera mengusulkan kerjasama dengan BN dalam mengatasi kemelut di Perak. Dalam hal ini mungkin Nizar terkecuali.

Dengan akur kepada perintah mahkamah, seharusnya Speaker yang diheret juga akur bahawa orang yang dihalaunya telah diputuskan mahkamah SAH untuk mengikuti sidang DUN.

Maka, siapa yang menolak perkara yang merugikan dan mengambil perkara yang menguntungkan padahal ia salah.

Keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu sedikit sebanyak memberi peluang kepada Nizar untuk disingkirkan dengan cara terhormat berbanding dengan cara yang memberi advantage. Nizar akan berhadapan dengan undi tidak percaya kerana telah jelas, lebih separuh ADUN tidak lagi percayakannya.

Jika mereka boleh menerima keputusan hakim Mahkamah Tinggi, begitu juga mereka perlu menerima keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kelayakan puak Zambry untuk berada dalam dewan.

Kata seorang dari Kampar, " biar si Tan tu jadi MB. Kalau BN rampas, ada harapan BN kalah dalam pilihanraya sebab undi kesian. Kalau dia dan puak Cina dia berkuasa, ada harapan BN menang."

Jadi, dipersilakan Encik Nizar untuk mengheret anak berderet dan Puan Fatimah untuk kembali ke kediaman MB dan masuk pejabat untuk memulakan tugas.

Nasihat penulis, pelajaran belum tamat kerana ada bab yang tertinggal. Namun, adakah kerana anda dan kuncu-kuncu yang mengawal anda tidak dipercayai ahli Dewan, lalu anda mahu rakyat mengundi semula?

Ia umpama hanya kerana fius terbakar, seluruh rumah perlu di buat pendawaian semula. Wang siapa? Siapa yang gelojoh pada perbendaharaan negara? Siapa yang kini menghabiskan wang rakyat yang jumlahnya boleh membina 1,000 rumah untuk rakyat miskin?

Rentikanler.

Jumaat, Mei 08, 2009

Samseng PR Di Perak Berdepan Persepsi Baru

Nampak sangatlah sekarang BUDAYA SAMSENG yang terserlah dalam Pakatan Rakyat. Sampai pengikut mereka yang menyibuk dalah ehwal negeri ini, termasuk rakyat negeri ini yang menjadi hamba dogma Yahudi, sepakat melakukan kebiadapan ke atas institusi beraja.

Kata sesetengah puak, " Kalau aku dapat Zambry mamak tu, aku tumbuk muka dia". Kata sebilangan lagi, "Nizar tu muka dia memang layak diludah!". Itulah reaksi berbeza penggila politik dan penggila kuasa ikut-ikutan di Perak yang mana, sesiapa pun yang memerintah sebenarnya, golongan yang berdegor-degor ini tetap seperti itu. Membuang masa di kedai kopi dan menjadi bangsa antara paling malas di dunia.

Jerit pekik Zuraida , perempuan PKR si Ahli Parlimen Ampang tidak dapat menutup lagi ketunggang-langgangan kawasannya di Selangor yang dipenuhi masalah sosial, pendatang asing dan jenayah.

Apakah kerja yang dibuat pada peringkat kawasan masing-masing oleh ahli-ahli politik gila kuasa ini? Apa yang jelas hanyalah ahli-ahli politik ini memperkudakan penyokong setia membabi buta, membuta tuli mereka yang hilang kepercayaan kepada pihak lagi satu, lalu memperoleh kuasa yang mahu dipertahankan.

Kemudian, golongan penyokong mereka ini dengan kebodohan yang ada, terbawa-bawa dengan sifat pemimpin mereka sedangkan mereka tidak lah pula mendapat apa-apa melainkan mendapat persepsi sebagai penyokong fanatik gila yang membantu pemimpin mabuk kuasa.

Penulis boleh menulis untuk kelihatan fanatik, untuk kelihatan berkecuali atau untuk menulis bagi memperlihatkan apa jua. Tetapi apa yang berlaku di Perak adalah sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan sesetengah pihak atas pihak yang lain. Lalu penulis wajar menyebut, Pakatan Rakyat di Perak membunuh simpati yang ada untuk mereka. Tahniah.

Demokrasi, kuasa rakyat, dan kuasa memilih hanyalah pinjaman sementara ke atas manusia. Keterlebihan dalam soal ini hanya membawa kepada runtuhnya fitrah hirarki manusiawi. Islam tidak pernah iktiraf kuasa rakyat. Jangan 'ingker' kata orang Perak.

Mencedok budaya Yahudi tentang kuasa rakyat yang diciptakan Yahudi bagi membolehkan mereka membina negara, kemudian dijadikan bahan memecahbelahkan ummah, adakah golongan ini akan ke syurga?

Lebih baik berfikir semula tentang apa yang kita perlu usahakan.

Jumaat, Mei 01, 2009

Selsema Babi : WHO Bantu Dunia Menjadi Cemas

Pertubuhan Kesihatan Sedunia melompat apabila wabak H1N1 atau selsema babi muncul menjadi momokan seluruh dunia. Tetapi kali ini WHO melompat lebih tinggi dari biasa hanya kerana wabak tersebut dikesan menular dengan cepatnya di Amerika Syarikat.

Setelah 'lahir' di Mexico, wabak tersebut agaknya dibawa angin ke negara jiran, AS. Pun begitu tahap berjaga-jaga diletakkan pada peringkat tertinggi memaksa semua negara menjalankan sekatan kesihatan di pintu masuk.

Malaysia tidak terkecuali apabila pelawat yang masuk diminta untuk mengisi borang deklarasi kesihatan yang mana keengganan berbuat demikian atau pemberian maklumat palsu mengenai status kesihatan diri boleh dihukum dengan penjara 2 tahun.

Tetapi, terdapat berpuluh-puluh pintu masuk ke negara ini yang dipercayai tidak semua dikawal rapi seperti di KLIA. Ini merupakan trend yang agak membimbangkan dan perhatian khusus harus diberikan.

Tetapi, tahukah kita bahawa wabak H1N5, selsema burung, masih tersebar di beberapa negara dan belum terbendung sepenuhnya? Mungkin selsema babi ini dilayan istimewa kerana jangkitan antara manusia merupakan punca utama penyakit tersebut tersebar.

Dalam kekalutan sebegini, penulis mengambil berat ungkapan sini Menteri Kesihatan Indonesia yang antara lain bermaksud " wabak selsema babi ini adalah ciptaan Barat di mana syarikat penghasilan vaksin yang telah terjejas akibat kegawatan ekonomi cuba untuk mencari jalan bagi memperolehi semula keuntungan besar."

Seandainya telahan beliau benar, maka amatlah menguntungkan syarikat pengeluar vaksin itu apabila menggunakan strategi paling kotor untuk kaya. Ini membawa pemahaman tentang perbuatan menghalalkan cara demi matlamat yang telah berleluasa di mana-mana termasuk di negara ini.