Monday, March 04, 2013

Mohon Guna Nama Geng Kiram III. Hormati Etnik Sulu.

Pada 17 Oktober 2010 29 Oktober 2012, Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II telah ditabal sebagai Sultan Sulu dengan perarakan ribuan penduduk Jolo memberikan sokongan kepada baginda.



Jolo Sulu, Darul Islam, 11 Okt. 2012; Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober baru-baru ini berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. Majlis diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada malam pertama acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif, hari kedua pada 30hb diadakan perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo. Kemudian pada 31hb iaitu pada hari ketiganya diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya dalam Rumah Bichara.

Mungkin atas sebab itulah, Jamalul Kiram III, yang mendakwa masih mewarisi gelaran Sultan, walaupun tidak menetap di Sulu (Jolo) , walaupun ditolak rakyat Sulu , menggunakan upaya yang kasar untuk mensabotaj Sultan Muhammad Muizzuddin. 

Upaya ini disambut dengan tangan terbuka oleh siapa? Siapa yang hendak mensabotaj UMNO Sabah? Siapa yang mendakwa ada kalangan pemimpin Sabah yang bakal membelot satu ketika dahulu? Siapa dalangnya? Semua orang tahu! Siapa pemimpin UMNO berketurunan Kiram di Sabah yang jaki dengan pertabalan Sultan Muhammad Muizzuddin? 

Maka jika difikirkan amatlah tidak wajar jika nama Sulu yang juga membawa maksud etnik Tasaug itu dijelik-jelikkan sewenang-wenangnya atas ulah yang dilakukan penceroboh bersenjata yang dipimpin Kiram III ini.

Kedekatan Jolo dengan Sabah Timur pastilah memberikan gambaran jelas bahawa rakyat Sulu tidak menyokong Kiram III yang pro-Filipina sedangkan Sulu, seperti Pattani, memperjuangkan kemerdekaan dari Filipina.

Sejarah menunjukkan Sultan Kiram I, merupakan teman tidur sebantal Marcos. Persekongkolan Marcos dengan Kiram I membuatkan keturunan Kiram ini sangat akrab dengan Manila berbanding Jolo.

Untuk apa pula kaum Tasaug dan Moro mahu membela keluarga Kiram seandainya Kiram dan Marcos lah yang membuatkan mereka ditindas teruk ketika pemerintahan diktator tersebut ?

Dan sebab itulah rakyat Malaysia etnik Sulu tidak ragu-ragu untuk memukul penceroboh bersenjata Geng Kiram III ini. Malah penceroboh dengan biadap menembak surau. Islamkah mereka? Atau sekadar kartel dadah Filipina?

Sebagai contoh, adakah mereka yang pro-Thai di Pattani disokong rakyat Pattani?

Teman mengajak kita untuk mengenalpasti penceroboh lahanat ini dengan nama Geng Kiram III berbanding dengan nama yang mengaitkan etnik Sulu itu sendiri. 

Etnik Sulu merupakan 21% dari penduduk Sabah. Mereka rakyat negara ini dan penyokong setia UMNO. Sebab itulah binatang hina bernama Anwar cuba mensabotaj etnik Sulu dengan menggunakan pengaruh Kiram III yang ditolak masyarakat Sulu.

Imej Jayce Kiram ketika menyebar imej tentera Thai yang kononnya berlaku di Sulu. Menyarung tudung untuk meraih simpati dunia Islam.

Imej Jayce Kiram di Manila ketika menyampaikan berita kepada Kiram III pada 1 Mac lalu.

Baca berita pertabalan Sultan Muhammad Muizzuddin II di 

SSDI telah menasihatkan mana-mana individu atau kumpulan yang berada di negara-negara di sekitar Laut Sulu (Filipina, Malaysia dan Indonesia) agar menghentikan fitnah dengan jangan menilai SSDI (Sulatanate of Sulu Darul Islam) sebagai mewakili mereka. Kerana beberapa khabar angin telah sampai ke telinga SSDI bahawa SSDI yang bergerak aktif di Jolo Sulu itu adalah kononnya dibentuk oleh Malaysia. Kononnya lagi gerakan SSDI ini dibuat agar Tausug dapat membawa wilayah Sulu masuk ke dalam Malaysia pula. Satu tuduhan yang melucukan dan tidak masuk akal. 

Tuduhan seperti ini datang dari pihak-pihak yang menganggap Tausug adalah bodoh, dungu dan tiada maruah serta berterusan boleh diperbodohkan dengan retorik perdamaian palsu (seperti perdamaian MNLF 1996, MILF 2012), sedangkan jelas sekali bukan sahaja Filipina yang tidak iktiraf Kesultanan Sulu malah Malaysia sendiri berusaha jauhkan diri agar tidak dikaitkan dengan Kesultanan Sulu. Tinggal lagi sebagai sebuah negara demokrasi lebih-lebih lagi Malaysia diperintah oleh umat Islam, mereka memberi sedikit timbang rasa kepada mana-mana pihak untuk melestarikan sejarah suku kaum masing-masing. 

Tambun Perlu Pertahan Husni


Malaysia Lepasi Perangkap Ekonomi - Husni

Malaysia mula keluar dari perangkap ekonomi pendapatan sederhana terutama sejak Program Transformasi Ekonomi (ETP) diperkenalkan pada 2010 yang antara lain memperlihatkan peningkatan jumlah pelaburan yang tinggi.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata sebelum ini, jumlah pelaburan bertambah pada lingkungan 6.7 peratus setahun, namun pada 2011, peningkatan sebanyak 12.2 peratus dicatat dan pada 2012 pula meningkat sebanyak 22 peratus.


“Maknanya kita sudah mula keluar daripada ‘middle-income economy trap’ (perangkap ekonomi pendapatan sederhana). Trap bermakna pelaburan kita 6.7 peratus sekarang sudah 12-22 peratus,” kata beliau pada majlis Sambutan Hari Hasil ke-17 dan Pelancaran Hasil 4U di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

Ahmad Husni berkata Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita kini berada pada tahap US$10,075, berbanding sasaran yang ditetapkan untuk 2012 iaitu USD8,960.

Beliau berkata hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi iaitu dengan PNK per kapita sebanyak USD15,000 juga boleh dicapai pada 2018, dua tahun lebih awal daripada sasaran 2020, berdasarkan pencapaian sekarang.

Dunia juga kagum dengan Malaysia kerana dapat mengurangkan defisit secara beransur-ansur, daripada 6.6 peratus pada 2009 kepada 4.5 peratus pada tahun lalu, sedangkan ada negara Eropah yang ingin mengurangkan jumlah tersebut secara drastik namun mengakibatkan pertumbuhan negatif, katanya.