Ramai puak pembangkang yang berketurunan Jawa gemar meremehkan keturunan Melayu dek isu Ketuanan Melayu baru-baru ini. Ini dapat dilihat dari Facebook kawan teman yang tak habis-habis menyebut Melayu bermaksud pelarian atau mereka yang sewenangnya berpindah-randah dalam bahasa Jawa.
Walaupun mereka tahu, Jawa di negara ini termaktub secara istilah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Melayu, tetapi di Indonesia, Melayu merupakan penduduk Sumatra, lebih tepat Palembang. Bahkan penduduk Lampung hingga ke Aceh, mereka bangga menyebut bahawa mereka adalah komuniti Melayu.
Tetapi dalam bahasa Jawa tulen versi Jawa Tengah, 'melayu' bermaksud melarikan diri, walaupun melarikan diri dalam bahasa Indonesia biasa disebut 'kabur'. Maka betul la agaknya tafsiran kawan teman dari Klang tu berkaitan Melayu mengikut fahaman Jawa.
Tetapi lihat kesamaan ini yang dipetik dari huraian etimologi bangsa Arab di Wikipedia :
The earliest documented use of the word "Arab" as defining a group of people dates from the 9th century BCE.[19]
The root of the word has many meanings in Semitic languages including "west/sunset," "desert," "mingle," "merchant," "raven" and are "comprehensible" with all of these having varying degrees of relevance to the emergence of the name. It is also possible that some forms were metathetical from ʿ-B-R "moving around" (Arabic ʿ-B-R "traverse"), and hence, it is alleged, "nomadic."
Maksudnya : Dokumentasi terawal penggunaan perkataan "Arab' sebagai merujuk kepada kumpulan manusia adalah pada 900 tahun sebelum Masehi (2,910 tahun lalu). Kata akar bagi perkataan ini membawa maksud yang berbagai mengikut takrifan-takrifan bahasa Semitik termasuk "barat/matahari tenggelam", "gurun", "terawang-awang","saudagar", "si gagak", "boleh difahami" dan segala maksud yang boleh mengaitkan semua ini. Boleh jadi sesetengah kata yang berubah mengikut zaman antara B dan R juga memberi maksud "berpindah randah" dan "nomad".
Ini membawa maksud, Arab juga bermaksud berpindah-randah. Tidak kekal disatu tempat malah terawang-awangan seperti juga maksud untuk "Melayu" dalam bahasa Jawa.
Ajaib juga la kan? Tapi kawan teman tu tak pulak memakai perkataan jawa pada profilnya melainkan sepatah perkataan Arab! Ironik juga. Maka terkenalah batang hidungnya sendiri.
Sikap kejawaan, kebanjaran, keminangan, kebugisan malah kekelantanan semakin menebal dalam kem-kem politik. Itu adalah balasan untuk negara ini akibat gerakan memperlekehkan Melayu.
Istilah Melayu lah yang diperlembagakan untuk mengikat semua keturunan yang mempunyai asal usul dari pulau-pulau berbeza seluruh Nusantara di tanah semenanjung dalam satu kerangka bangsa.
Janganlah sampai ada pihak lain pula menyebut Jawa itu sedara-mara Jews. Bunyi hampir sama, tulisan pun hampir sama. Itu macam biadap nampaknya.
Nota kaki : Penulis enggan bersifat keacehan kerana penulis warga negara Malaysia. Hehehe.


