Rabu, Mac 31, 2010

Sidang DUN Perak Dicemar Puak "Sekolah Jahat"

English version attached below

Sidang DUN Perak yang berlangsung pagi tadi kecoh apabila kesemua 28 wakil rakyat pembangkang bersikap luar profesionalisma mereka sebagai wakil rakyat, lalu menjadi wakil diri sendiri dalam agenda mencerca pemerintah yang juga diundi oleh separuh lagi rakyat.

Kepala boneka, Nizar Jamaluddin yang menyuarakan bantahan dari suara Nga dan Ngeh, mengambil jalan "sekolah budak jahat" dengan menganggap bahawa kemeriahan cuma ada apabila provokasi bodoh dibuat.

Akhirnya mereka keluar Dewan dan sidang petang ini telah cacat akibat tindakan keluar Dewan oleh wakil rakyat bodoh dari Pakatan Rakyat yang tidak langsung menggambarkan mereka adalah wakil kepada rakyat yang mengundi mereka kerana permasalahan di kawasan mereka itu dianggap 'normal-grouses' atau rungutan biasa.

Semalam Ngeh Koo Ham dengan nada samseng kongsi gelap Cina dengan selamba menyuarakan bahawa kehadiran polis di dalam Dewan memungkinkan mereka ditembak jika menyuarakan sesuatu yang tidak disukai ketika perbahasan.

Itu adalah contoh peguam kampung Chin Peng yang kehabisan idea namun tetap mahu menunjukkan dia adalah seorang peguam yang sengaja melakonkan watak Cina kebun demi undi.


The morning session of Perak state assembly tarnished by the PR hooligans in a kiddo act, away from profesionalism and turning their people representative into self-representation. Forget they may, half of Perakian are voting for BN.

The puppet, Nizar Jamaluddin is leading the mission to carry out Ngeh and Nga's voice and utter out a circus of enlightened monkeys in a house of representative of a sovereign state. They plan for a chaotic correctional school students atmosphere and for that, they wish to entertain the people with provocation.

Abjectly, the resuming session is now dilapidated by the attitude of PR's monkeys that choose to halt down by walking out of the assembly. I wonder if this content of an ingeneur and two lawyers is now in a transition into uncivilized ancient sapien.

They put all the constituency problems into normal grouses and try to link it with flaws that they impose by manipulation of law to made exist in federal affair.

Yesterday, Ngeh Koo Ham, the Chin Peng town representative in his kiddo statement yet like some big shot from the Chinese underworld (as his face give a serious impression) that sounded like, IF THE POLICE ARE THERE IN THE DEWAN, THEY MIGHT SHOOT US DEAD IF THEY UNHAPPY WITH OUR WORDS. Isn't it stupid for a lawyer to make such statement?

Aren't they all, not suit to be there represent the now downhearted rakyat that vote them? Ngeh is telling the nation that a well educated lawyer is capable to act like an uneducated Chinese farmers just for votes.

New Economic Model. How New?

Amazing enough to look upon our PM doing alot of homeworks just to ensure our nation become a high income country.

But all this while, doesn't we are lazy enough to accomodate innovation prodigies, to encourage mass economic income from our very own invention and having chances and opportunities taken for granted?

Braindrain is an acute phenomenon in this lovely country. Most are caused by the paradoxial thought of this country is not promising. OK, let them go. We have no lack of researchers if we could polish the brass to get it glittering like gold. A bad penny always turns up.

Let me list down things that we did neglect previously.

1. With abundance of valuable rubber commodity and a good prospect of concrete technology, we are not having our engineers invent an earthquake proof houses for billions of people worlwide that prone to the disaster.

2. With most people worldwide are seeing car as unaffordable mode of own transportation, we are not having our Modenas produce a low cost bike to accomodate the needs of billions.

3. With shores exceeding 3000 km for a 300,000 sq km country , Malaysia had never be a top scorer in maritime industry and to start it now, we should look on the cost that it bear. Worth it or worth it not?

That is a mere examples that I have superficially. I believe that a first thought which is correct, is always better than an overnight study.

MEB : Kerja Kerajaan Atau Kerja Rakyat?

Model Ekonomi Baru telah dibentangkan oleh PM semalam yang menyaksikan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi sedang giat dilaksanakan dan tumpuan diberikan kepada bidang pembangunan dan penyelidikan.

Sebagai rakyat yang merupakan komponen utama membentuk sebuah negara demokrasi, usaha ini wajar disahut dengan melakukan anjakan paradigma dan untuk menjadikan GDP Malaysia meningkat sekali ganda dalam tempoh 10 tahun, hakikatnya, banyak perkara yang sebelum ini menjadi kekangan perlu diatasi.

Jika kita tidak mahu bercakap mengenai Korea Selatan, Sepanyol yang berpendapatan hampir sama dengan Malaysia pada tahun 1980 hari ini telah jauh meninggalkan Malaysia.

Beza antara dua negara ini ialah, Korea Selatan memajukan negara dengan industri pembuatan manakala Sepanyol pula dengan industri pelancongan dan bolasepak bernilai tinggi yang kita sedia maklum.

Kita banyak menjadikan syarikat-syarikat perjudian berlesen di negara ini sebagai modal untuk kempen pilihanraya. Tetapi, cukai perjudian yang dikutip sedikit sebanyak membantu proses pembinaan prasarana di negara ini mengikut kesesuaian takrifan hasil cukai judi itu sendiri.

Pembenci Malaysia di Indonesia menuduh cukai judi digunakan untuk membina masjid. Memang kelakar, namun, jika ini tidak diperbetulkan, ia mampu menjadi fakta anutan yang hakikatnya tidak berasas. Hakikatnya, masjid di Indonesia tidak disenaraikan sebagai prasarana umum oleh pemerintah negara itu sendiri.

Berbalik kepada soal negara berpendapatan tinggi, apakah kita sebenarnya telah bersedia untuk mengubah sikap para saintis dan teknologis negara ini agar menaiktaraf profesionalisma masing masing dari pengkhidmat kepada pencipta.

Contohnya, Malaysia dengan hasil getah dan teknologi konkrit, belum pun pernah mempromosikan kediaman tahan gempa yang berpotensi menggugat kehidupan 2 billion penduduk dunia.

Walaupun penulis tidak berminat menonton apa jua perlawanan bolasepak, wajar penulis menyebut kemunduran bolasepak Malaysia banyak disebabkan oleh kekurangan nilai tambah yang jika di Eropah, dikuasakan oleh agen-agen perjudian berlesen. Bukan menyokong judi bolasepak, tetapi hakikatnya bolasepak itu sendiri adalah permainan perjudian.

Malaysia sebagai sebuah negara maritim yang telah 53 tahun berdiri atas kedaulatan sendiri, masih belum mampu menggerakkan industri pembinaan kapal.

Malaysia yang kadar telefon bimbitnya melebihi jumlah penduduk negara masih belum lagi menguasai bidang elektronik semaju Korea Selatan walaupun berbilion orang di dunia ini memiliki komputer yang mana prosesornya dibuat di Malaysia.

Jadi, Model Ekonomi Baru yang sedang dirancang untuk kepesatan jangka pendek demi kemajuan jangka panjang ini adalah bergantung sepenuhnya ke atas inisiatif kerajaan sendiri.

Rakyat yang mahu bersama-sama menjadi komponen sebuah negara maju perlulah memberi sokongan berterusan untuk pemerintah negara hari ini menzahirkan citra kemakmuran ini selain menjadi penasihat melalui platform internet yang dicipta demi kebebasan bersuara.

Isnin, Mac 29, 2010

Pembangkang Masih Menguasai Dunia Siber?

Aplikasi Facebook ini disebut E-Pilihan Raya dan mungkin dicipta oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Dari keputusan yang dapat dilihat melalui siaran di dinding Home oleh rakan yang lain, jelas bahawa pengaruh BN di ruang siber masih kurang.

Indikasi dari posting blog ini boleh dipertikaikan tetapi apa yang dilihat dari corak e-pilihan raya ini, ianya hanya boleh diundi sekali oleh satu akaun Facebook. Ini bermakna jumlah undian telah melebihi pungutan suara rambang melalui soal-selidik.

Apakah pengaruh BN hanya rektorik yang disedapkan oleh media sahaja? Di mana pula perginya fan-fan kumpulan pro-kerajaan di Facebook?

Ini mungkin memberi indikasi bahawa penyokong kerajaan amat malas untuk menjalankan perang saraf secara pro-aktif di dunia siber.

Sebenarnya pengamal media alternatif pro-kerajaan perlulah lebih pro-aktif dalam 'perang' di alam siber.

Atau mungkin 'poll' yang dibuat itu terlalu baru untuk dinilai.

Menang Juga Chua Soi Lek


Posting di atas diambil dari blog Chua Soi Lek (CSL) bertarikh 20 Mei 2008 mempertikaikan 'segregasi kaum' dalam pembiayaan pendidikan oleh kerajaan.

Semalam, CSL telah berjaya dalam pemilihan tergempar MCA untuk dinobatkan sebagai presiden MCA yang baru. Kesannya, Dr. Chua jika diikutkan, terpaksa memaksa dirinya untuk bersikap sederhana dan lebih banyak menggunakan Bahasa Malaysia selepas ini.

CSL tidak bersikap apologetik dalam menangkis skandal video aniaya yang dibuat untuk menjatuhkannya. Sikapnya ke atas hak untuk berprivasi dikagumi. Tetapi privasi individu merupakan privasi bangsa dalam skala yang lebih rendah.

Jika pencerobohan atas privasi bangsa lain boleh berlaku, ia akan menyusur akar agama. Apabila hendak dijelaskan konsep pemerintahan bersyariat seperti agihan zakat melalui biasiswa persekutuan dan anak negeri dilakukan dalam bentuk dana pendidikan, akan muncul orang seperti CSL yang tidak mungkin faham tuntutan orang beragama wahyu ini akan mempertikaikannya.

Namun CSL telah didapati mengambil langkah damage control sebelum berlangsungnya pemilihan tergempar MCA ini lagi. Artikelnya pada hujung Januari berhubung penggunaan kalimah Allah benar-benar membawa mesej bahawa orang Melayu jangan diganggu.

Beliau juga mempertikaikan sikap memanjangkan isu tersebut dimahkamah dengan mengenepikan perbincangan pihak gereja dan ulama. Dalam isu tersebut, pihak gereja enggan berbincang dengan pihak ulama.

Setelah terpilih sebagai Presiden MCA, CSL seharusnya kembali kepada alam 'cakap berlapik'. Alam ini berbeza dari alam cakap lepas seperti di blog-blog.

Sabtu, Mac 27, 2010

Mat Taib Pun OK

Blog ini juga cenderung untuk berpendapat bahawa Muhammad Md. Taib juga merupakan calon yang sesuai untuk dicalonkan sebagai wakil BN dalam PRK P94.

Kemenangan Isa Samad di Bagan Pinang memberi petunjuk jelas bahawa 'calon kitar semula' tetap diterima ramai.

Tetapi, Isa Samad disenangi kerana dilihat banyak berbakti. Juga, P94 kurang mempunyai undi pos.

P94 memperlihatkan komposisi yang cenderung kepada demografi nasional kecuali 10 peratus pengurangan atas pecahan Cina dan 10 peratus penambahan atas pecahan India.

Di sini, mainan undi pos seperti modal pembangkng, hampir tiada.

Ipohmalay via E71

.

Ipohmalay Sokong Zainal Sakom

Blog ini menyokong aspirasi blog-blog sahabat untuk melihat Zainal Sakom, nama prominen dalam politik Hulu Selangor, untuk dicalonkan bertanding.

Blog ini juga bersependapat mengenai ancaman boikot yang bakal diterima jika calon MIC dipilih.

Namun, jika Presiden UMNO merasakan mampu untuk bekerja keras berkempen dan memberi keyakinan berasas untuk BN dipilih, terpulang.

Adalah amat baik jika cadangan ini di bangkitkan di Facebook PM.

Ipohmalay via E71

Jumaat, Mac 26, 2010

Samy Vellu Kini Melukut Di Tepi Gantang

MIC harap Palanivel calon BN tawan semula Hulu Selangor
Utusan Online, 26/03/2010 4:45pm


KUALA LUMPUR 26 Mac - MIC sudah bersedia untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kini kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi.

MIC turut berharap dapat menurunkan semula Datuk G.Palanivel bagi menawan semula kerusi yang pernah diwakilinya itu selama tiga penggal sebelum ini.

Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, parti itu akan mencadangkan nama Palanivel kepada Barisan Nasional (BN) dan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN untuk membuat keputusan.

"Datuk Palanivel mempunyai peluang baik untuk menang kerana beliau telah berkhidmat dengan baik di situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC kalah kepada Zainal Abidin dalam pilihan raya umum lepas dengan hanya 198 undi setelah menjadi wakil rakyat di situ sejak 1990.

Samy berkata, walaupun kalah, Palanivel masih membantu menyelesaikan masalah masyarakat pelbagai kaum di Hulu Selangor yang merupakan antara kubu kuat BN yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Beliau menegaskan, adalah menjadi matlmat BN sekarang untuk menang dan jika boleh, menang dengan selesa. - Bernama

Ulasan

Ingatkah tentang peristiwa pra pilihanraya umum ke 12 2008 di mana Samy Vellu pernah dengan bongkaknya menyebut "kenapa saya perlu berterima kasih?" apabila disebut bahawa MIC, dibaca, presidennya, patut berterima kasih kepada orang Melayu yang banyak berjasa menghantar wakil MIC ke Parlimen.

Hari ini, dengan muka tak malu dan setebal plywood satu inci, Samy Vellu merayu memohon agar calon MIC diletakkan di P94, sebuah kawasan majoriti Melayu dengan alasan Palanivel, telah banyak berbakti di kawasan tersebut sejak 1990.

Samy Vellu perlu ingat bahawa dia belum lagi :

1. Berterima kasih terhadap orang Melayu dengan penuh ikhlas;

2. Meminta maaf atas kenyataan bodoh dan sombongnya berkaitan "kenapa saya perlu berterima kasih".


Untuk itu, ketahuilah, kebencian orang Melayu terhadap MIC pimpinan Samy Vellu masih tebal lagi buat masa ini. Besar kepala Samy Vellu belum pernah reda. Itu menjadi satu liabiliti terhadap BN. Jangan jadikan diri anda Semi-Value. Tak usahlah melukut ditepi gantang. Menyemak je.

Akan Ada Lagi Fitnah Untuk PM?

Kata orang dari tajuk menggambarkan isi dari isi menggambarkan hati. Salah pilih tajuk, terus bawa ke refleksi hati.

Apakah tajuk yang dicipta di blog Cina Muslim milik Idham Lim yang disiar dari artikel entah siapa penulis yang dicipta pula ini membawa maksud yang jelas?

Kata orang, banyak Cina cuba berbahasa indah bak Melayu menyulam kata tetapi langkah kata yang sumbang membuatkan yang cuba dijadikan metafora bertukar kepada hamburan makna-makna yang tersurat.

Dengan menyebut "Siapa yang fitnah Najib dan Rosmah..." sudah cukup menunjukkan perilaku fitnah itu memang wujud. Kebengangan terhadap Zulkifli Nordin diperjelaskan dengan kesilapan mengatur tajuk yang akhirnya bukan sahaja dibaca sebagai metafora tak menjadi penulis itu sendiri, malah seperti mengiyakan kewujudan perlakuan fitnah tersebut. Bukan itu sahaja, ia menggambarkan seolah-olah fitnah untuk PM akan ada lagi sepanjang masa, cuma kali ini kononnya dipagar oleh Zulkifli Nordin.

Idham Lim, ADUN Titi Serong, satu dari 6 ADUN PAS di Perak merupakan orang yang bertanggungjawab menjadi perantara antara PAS dan DAP semasa percaturan politik Perak di tangan mereka. Hasilnya, negeri dijarah, istana diketepikan.

Cina 'Muslim' ini, dengan agenda politiknya, dan aturan tatacara keperibadiannya di platform PAS, kini dipandang tidak ubah seperti seorang komunis yang menyamar, menyelinap , memakai pakaian penduduk yang dicuri dari jemuran, kononnya menjadi mualaf dan mengunjungi masjid di kampung-kampung untuk mengumpul maklumat. Ini benar-benar berlaku hampir setengah abad yang lalu.

Sejarah mungkin saja berulang.

Anwar Marah Wartawan? Dah Fikir Panjang?

Anwar melenting diaju soalan
Utusan Malaysia, 26 Mac 2010
KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melenting apabila ditanya tentang dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tentang usaha mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah ketua pembangkang itu menuduh wartawan yang bertanyakan soalan tersebut telah dibayar oleh pihak tertentu.

Anwar yang dikerumuni wartawan sebaik sahaja keluar dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, beliau tidak perlu menjawab soalan itu sebaliknya menegaskan dakwaan tersebut sepatutnya dijawab sendiri oleh Zulkifli.

"Kenapa awak nak tanya saya? Lebih baik awak tanya Zulkifli sendiri berhubung dakwaan itu, dia tidak sebut nama saya semasa membahaskan ucapannya di Parlimen semalam.

"Berapa banyak dakwaan dia pun saya tak tahu. Anda sebagai wartawan sepatutnya bertanya kepada Zulkifli bukan bertanya kepada saya.

"Pertanyaan ini tidak mematuhi etika kewartawanan. Siapa yang membayar anda untuk menanyakan soalan ini?" katanya ketika ditemui selepas sebutan kes liwatnya terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Semalam, Zulkifli semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat membuat pendedahan yang beliau pernah diberi tawaran supaya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Sementara itu, pada Rabu minggu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) juga menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Anwar berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Ulasan

Awat ni Nuaq. Awat hang cempera. Aku tengok Najib tarik nafas dalam-dalam, sengap, bersumpah dan buat kerja. Raja Pet hang cabut lari. Hang bersumpah pun tak mau. Sesumpah? Hat tu kot hang nak.

Hang dah tua lagu tu toksah dok peluh daie teloq celah pungkoq segala. Tak elok. Nanti kena heart attack.

Hang punya cempera ni dah seolah-olah...........jangan-jangan hang yang bunuh Altantoya. Sapa sangka Guar Cempedak jadi Penaga.

Jadi, kalau hang rasa nak hidup dengan keberkatan, toksah menipu la... Besaq sandiwara, lagi lama di timbang tara besok.

Apa yang YB Kulim Bandar Baharu harukan itu sebenarnya nak jugak diketahui oleh para ahli akaq umbi PKR yang terpinga-pinga mulut nganga dengan apa yang terdedah. Ni depa nganga lebih lagi, sampai itu lalat boleh beranak cucu itu dalam, melihat charachter-suicide yang hang dok buat la.

Lagi satu, artis pun boleh kebuloq tau dak kalau dok gaduh dengan wartawan. Hang tak habih pikiaq ka atau hang sebenarnya teringin nak jadi artis.

BN Perlu Letak Calon Melayu Bagi PRK Hulu Selangor

Ahli Parlimen Hulu Selangor dari PKR telah meninggal dunia malam tadi. Seperti biasa, belum pun jenazah turun ke liang lahad, cerita PRK akan mula mengambil tempat. Berita pemergian Zainal menjadi kentut yang sepi bak kata Zulkifli Nordin.

Kisah yang sama dengan Behrang telah berlaku di parlimen Hulu Selangor. Kemenangan PKR adalah disebabkan oleh sabotaj majoriti orang melayu apabila kawasan mengundi yang dikuasai melayu bakal diwakili calon dari MIC.

Oleh kerana calon PKR merupakan calon Melayu, mereka dipilih. MIC pada ketika itu bukan sahaja tidak disokong kaum India, malah kaum Melayu yang jelak dengan dolak dalik MIC dalam isu Hindraf.

Amat penting bagi BN meletakkan calon Melayu pada PRK Hulu Selangor kelak. Tidak kiralah Melayu UMNO ke, Melayu PPP ke atau Melayu Gerakan.

Yang penting, bukan calon MIC lagi. Cukuplah Palanivel menjadi penutup segala punca.

Ipohmalay via Nokia E71

Khamis, Mac 25, 2010

Bloggers Pembangkanglah Tisu Tandas Sebenar

Teman tak sior nak listkan blog-blog penipu pro Pakatan Rakyat tetapi ada gunanya untuk disiarkan list tersebut seperti yang dibuat oleh blog sahabat Aspirasi Bangsa.

Dari apa yang dilihat pada senarai blog-blog pembangkang yang sesuai dengan gelaran yang diberi oleh pemilik blog sebagai "BLOG-BLOG PEMFITNAH", tiada blog yang berani mengulas atau menempelak kenyataan Zulkifli Nordin semalam di Parlimen.

Sebabnya mudah. Mereka semua adalah lembu yang dicucuk hidung dan tidak tahu apa sandiwara yang dimainkan oleh orang-orang yang mereka sokong.

Mereka hidup dalam sebuah angan-angan politik yang dilapisi kebencian peribadi dan sanggup berjuang diplatform penipu yang jelas sekali sikap mereka telah menjadi anai-anai yang merosakkan karekter mereka sendiri dari dalam.

Para bloggers pro-pembangkang mula mengorek media penipu mereka seperti Harakah dan Malaysiakini untuk ditambahnilai tahap kebobrokan jiwa mereka yang pada hakikatnya merupakan susut nilai pada karekter mereka sendiri.

Seperti kata PM, kebenaran akan muncul mengatasi kebathilan. Bloggers Pro-Pembangkang inilah hakikatnya TISU TANDAS sebenar yang dimaksudkan oleh Azmin Ali yang dibaca kononnya gelaran untuk Utusan Malaysia. Utusan Malaysia tidak pernah menipu dalam laporannya. Pre-judge mungkin biasa.

TISU TANDAS Azmin Ali ini semuanya tidak akan habis digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang membasuh punggung mahupun tidak, kerana kesetiaan membabi buta para TISU TANDAS mereka pada dunia fitnah-memfitnah terlalu tinggi. Maka jika fitnah itu jijik, apa bezanya dengan taik? Nalapambu, please take note. Haha.

Puaskah PAS Jaja Fitnah Di Masjid?

Pendedahan Zulkifli Nordin adalah kebenaran yang dinanti-nantikan setelah sekian lama ia disorok oleh penyokong PAS (lembu yang dicucuk hidung) dan DAP (lembu suci) atas onar-onar yang dibawakan oleh PKR (lembu ternakan ala cowboy).

Muslihat Pakatan Rakyat dalam memperoleh undi adalah FITNAH dan fitnah di jaja di surau-surau dan masjid-masjid oleh penyokong PAS yang merupakan antara AGEN PENYEBAR FITNAH paling aktif di Malaysia, sejak kaitan PM dan isteri dengan pembunuhan Altantuya mula dijaja oleh Raja Petra, sang penipu bacul.

Benarlah kekesalan Zulkifli Nordin yang diperdengarkan ke pelusuk negara mengenai kekotoran puak-puak yang turut disekongkoli golongan yang kononnya berjuang dengan nama Islam, berbendera hijau putih corak ala Nippon dan menyebar propaganda yang sangat jijik.

Namun Zul harus sedar bahawa pemberian hidayah dan kesedaran dari langit yang dipohon oleh setiap manusia yang mengesakan Tuhannya hanya diberi kepada insan-insan yang terpilih sahaja.

PAS dan ahli-ahli barbarian mereka mempunyai hati yang jauh terhadap perpaduan dan sebagai agen pepecahan, mereka juga ibarat kaun Yahudi yang degil dan pakar dalam melaga-lagakan. Kaum Yahudi juga anti terhadap sebuah penyatuan jika mereka tidak menjadi kepala kepada persekutuan tersebut.

Di sini, PAS diheret oleh agen-agen Yahudi ini untuk dibentuk sebagai pembuat kacau yang bertentangan dengan Islam walaupun berpakaian dan berpebuatan Islamik mereka tidak ada kurangnya.

Inilah puak yang wajar difikirkan untuk dibasmi dan sebuah jentera penerangan tentang kesesatan ideologi PAS harus digerakkan dari sekarang.

Rabu, Mac 24, 2010

Caca Marba Bas Ipoh Terus Diabaikan?


Sistem pengangkutan bas awam di Ipoh masih lagi hodoh dan bertaraf negara mundur walaupun Perak kini diperintah oleh kerajaan yang bersifat apologetik.

Sejak pemerintahan BN lama, telah ada ura-ura untuk membangunkan Terminal Bas Bersepadu di Meru Raya, lokasi baru yang mula diangunkan di Jelapang, kira-kira 8km di luar pusat bandaraya Ipoh.

Namun kedapatan ura-ura menaiktaraf pengangkutan awam di bandaraya ini ketika pemerintahan DAP dan lokasi masih kekal di Meru Raya. Pada saat DAP membuat peraduan merekacipta bas baru untuk Ipoh, mereka hilang kelayakan memerintah negeri.

Secara bahasanya, istilah 'kemudahan' untuk rakyat tidak wajar menjadi 'kesusahan'. Selain itu, pelan pembangunan wajar dijadikan sesuatu yang efisien dan memberi manfaat kepada penduduk setempat mahupun para pelawat dan pelancong.

Jika dikaji, tapak paling sesuai untuk dijadikan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Ipoh telah tersedia di belakang Stesen Keretapi Ipoh. Tanah milik KTMB yang menempatkan kuarters pekerja usang dan menjadi tempat pembiakan nyamuk ini wajar diubah menjadi kawasan Terminal Pengangkutan Bersepadu Ipoh, atau Ipoh Sentral seperti yang pernah diwar-warkan.

Pihak KTMB seharusnya tidak mengenakan pampasan yang tidak masuk akal kerana KTMB sendiri adalah GLC dan seharusnya mereka memenuhi aspirasi kerajaan untuk mendahulukan rakyat. Rugi KTMB tetap menjadi liabiliti kerajaan pusat. Manakala untung KTMB tidak pula membawa apa-apa perubahan dalam sistem keretapi negara ini melainkan dengan campurtangan kerajaan pusat juga.

Isu tanah KTMB di Kuala Sepetang menjadi contoh bahawa ada GLC yang tidak bekerjasama dalam usaha kerajaan memenuhi kehendak rakyat.

Justeru, dalam perancangan untuk membangunkan Ipoh sebagai hab pengangkutan, KTMB perlu melepaskan tanah pembiakan nyamuk mereka di belakang Stesen keretapi Ipoh kepada kerajaan negeri untuk dijadikan Terminal Pengangkutan Bersepadu Ipoh.

Keuntungan bagi pihak KTMB semestinya berlipat ganda apabila pelancong yang mahu ke Cameron Highlands atau Pangkor, dapat menggunakan perkhidmatan keretapi untuk turun di Ipoh dan mendapatkan sambungan perjalanan mereka di IPOH SENTRAL yang seharusnya dibina di tanah tapak kuarters tersebut.

Pihak kerajaan negeri juga harus sedar bahawa kemelesetan ekonomi negeri akibat pemerintahan Pakatan Rakyat yang buta ekonomi, tidak memungkinkan syarikat bas yang beralamat di 88 jalan Sultan Idris Shah itu akan digantikan dengan sebuah konsortium bas awam yang menggunakan bas yang canggih atas inisiatif negeri semata-mata. Justeru, bantuan kerajaan pusat seperti di Pulau Pinang perlu diperoleh!

Sukar sangatkah untuk mendapatkan bas baru di zaman bas dipasang di Rawang? kalau dulu mungkin susah kerana bas bukan dibina di sini. Hari ini, tiada alasan lagi. Untung rugi adalah di atas bahu kerajaan negeri. Ianya adalah khidmat untuk rakyat.

Atau sukar sangatkah untuk Ipoh mendapat bantuan dari Kementerian Kewangan Diperbadankan, pembiaya utama RapidKL dan RapidPenang untuk menzahirkan RapidIpoh sedangkan Menteri Kewangan Kedua adalah seorang Melayu Ipoh?


Selasa, Mac 23, 2010

Jangan Paksa Kopitiam Memohon Status Halal

Perlukah ada paksaan dalam memastikan premis-premis makanan yang diragui status halalnya untuk diselongkar dapur, dikaji kandungan makanan dan disiasat resepi dan isi kandungan masakannya?

Persoalan di atas membuatkan kita tertanya-tanya apakah rangkaian kopitiam yang semakin bersepah-sepah, terutamanya sebuah rangkaian terkemuka yang ditutup francaise nya kepada Bumiputra, yang dikatakan milik pemimpin DAP ini akan patuh pada sesebuah paksaan?

Kedegilan dan pemalingan 'binatang-binatang' ini terhadap unsur Islamik sudah memang jelas diketahui. Jika berlaku keterpaksaan untuk mereka memohon status halal, dikhuatiri, selepas mendapat sijil tersebut, rasa dendam dan keseronokan mengianaya yang ada pada pihak franchaisee dan franchaisor tersebut akan membuatkan lebih banyak PORK & LARD akan dijadikan ramuan aniaya.

Selain itu, siapakah yang akan memantau setiap hari kemasukan bahan mentah bagi makanan yang 'berstatus halal paksa' yang bakal mereka sediakan. Adakah pekerja Vietnam dan Nepal yang mereka gajikan itu tidak akan berkompromi dengan status sembelihan?

Pucuk pangkalnya di sini ialah, tidak perlu untuk dipaksa pemilik kopitiam-kopitiam ini, terutamanya sebuah kopitiam terkemuka yang mempunyai beratus-ratus rangkaian restorannya itu, untuk memiliki sijil halal.

Cukuplah dengan menjelaskan bahawa keraguan atas status halal makanan di premis tersebut adalah berasas dan seterusnya kita biarkan orang Islam memilih sendiri untuk masuk atau tidak ke premis-premis tersebut.


Pemaksaan akan memungkinkan kemarahan dan kemarahan akan menimbulkan dendam. Orang Islam yang bijak dan teguh jati diri tidak akan masuk lagi ke premis meragukan seperti ini.

Manakala orang Islam yang berstatus lalat (lauk pun makan, tahi pun makan) memang telah lama wujud terutamanya di disko-disko dan mereka hanya perlu dinasihati. Kerana urusan celik hati adalah dari Allah SWT.

Komen Bodoh Pro-Demonstrasi Di Malaysia

Ada yang memalukan telah dipertontonkan oleh seorang pemanggil pro-demonstrasi dalam rancangan langsung TV1 beberapa hari lepas yang mengulas mengenai tindakan kumpulan baju merah di Thailand.

Ketika khalayak dibawa untuk mengeji tindakan melampau kumpulan tersebut yang menggunakan darah dalam demonstrasi menentang Abishit, PM Thailand ketika ini, si pemanggil dengan nada seolah-olah tidak sedar kesilapannya dengan bangga memberi sokongan kepada corak demonstrasi kumpulan baju merah yang disifatkannya sebagai politik yang matang.

Memang benar, kematangan politik mereka membuatkan tiada perniagaan yang rosak dan diganggu gugat mungkin kerana mereka sendiri tidak berani. Kebanyakan penyokong Thaksin adalah orang luar Bangkok terutamanya dari utara Thailand.

Namun, kenyataan paling dangkal yang dikemukakan si pemanggil ini cukup untuk menconteng arang ke mukanya sendiri secara langsung di TV.

Dia telah dengan selamba menyebut bahawa walaupun kekacauan politik terus berlaku di Thailand, matawang Baht tetap lebih kukuh dari negara ini.

Tetapi, tahukah dia bahawa kekukuhan Baht adalah disebabkan permintaan yang tinggi terhadap matawang itu akibat kemasukan pelancong asing?

Thailand menjana pendapatan yang tinggi melalui kemasukan pelancong asing dan 80% pelancong asing tidak berada di Bangkok, iaitu tempat berlakunya kacau bilau politik tersebut. Majoriti pelancong asing bersantai di pulau-pulau tengah dan selatan Thailand yang tidak terkesan dengan kekacauan di kota Bangkok.

Tetapi di negara ini, 50% hingga 70% pelancong asing tertumpu di Kuala Lumpur. Dengan kemasukan pelancong yang bukanlah dikira sebagai penyumbang terbesar GDP negara, ia turut tidak menyumbang kepada pengukuhan ekonomi melalui tukaran asing.

Nampaknya, sesetengah pihak suka menghalalkan sesuatu tanpa menyedari alasan yang mereka kemukakan hanya memalukan diri mereka kembali.

Ahad, Mac 21, 2010

Estrada Si Kawan Anwar

MILF terima fatwa Estrada musuh Islam
20/03/2010

MANILA: Pejuang pemisah Moro mengisytihar bekas pemimpin Filipina yang digulingkan, Joseph Estrada, sebagai musuh Islam dan menggesa pengundi menolak cubaan beliau untuk kembali menjadi presiden.

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mempersetujui fatwa yang dikeluarkan sekumpulan ulama di Mindanao menjelang pilihan raya presiden pada Mei depan. “Selepas mengkaji tindakan dan dasar Estrada sebelum dan selepas pemilihan beliau sebagai presiden hingga sekarang, kami mendapati beliau adalah musuh Islam yang sebenar," menurut MILF yang memetik kenyataan Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro.

Estrada, bekas pelakon filem yang menentang rundingan damai, kini di tangga ketiga dalam undian pendapat selepas sembilan tahun beliau digulingkan dalam rampasan kuasa tentera berikutan prosedur penyingkiran beliau kerana rasuah. - AFP

Ulasan

Joseph Estrada merupakan pemimpin ASEAN tunggal yang menentang pemecatan Anwar Ibrahim dan menjadi sahabat karib Anwar Ibrahim sejak detik yang tidak diketahui bila.

Sokongan Estrada atas Anwar melambangkan kedudukan lingkungan dan jaringan yang disertai Anwar.

Tidak hairanlah pencabulan ke atas Islam banyak difailkan pada ketika Anwar hidup bebas menerajui sebuah pakatan dengan konsep duduk dan lihat.

Sabtu, Mac 20, 2010

Sampai Bila Malaysiakini Akan Terus Dibiar?

Malaysiakini, portal berita alternatif hakikatnya tidak langsung membawa kebaikan kerana mereka amat gemar menyiarkan ayat-ayat sensasi yang mencabar kesabaran pihak lain.

Antaranya menyiarkan pendapat umum yang sangat kontroversi seperti tajuk Komuniti Orang Asli : Pembunuhan Etnik di Malaysia.

Kemudian dengan bebas menyiarkan tentang pendapat separatis Sabah yang mendakwa Sabah lebih maju dari Singapura jika tidak bersama Malaysia.

Kemudian, mereka menunjukkan kebencian mereka terhadap orang Melayu dengan menyiarkan cercaan geng-geng mereka ke atas kerajaan PAS Kedah sedangkan cacat cela berak salat pemerintahan Selangor merupakan aib pentadbiran yang keji tetapi itulah yang disembah mereka.

Melihat tajuk-tajuk itu kita telah dapat mengetahui bahawa Malaysiakini adalah agen kotor yang sepatutnya telah lama dilenyapkan di bumi Malaysia. Bukan kerana mereka menyuarakan penentangan. Tetapi kerana MEREKA AMAT BIADAP dan wajar di ajar untuk berselisihan pendapat dengan cara orang sebelah sini. Orang bumi rantau ini.

Kebanyakan penulis di Malaysiakini adalah keturunan pendatang tok nenek mereka dan mereka menggunakan peluang diberi warganegara mengikut jus soli untuk menunjukkan belang.

Tetapi, mereka juga mengimport penulis-penulis bukan warganegara yang berniat mencelakakan negara tercinta melalui platform yang disediakan oleh Malaysiakini.

Persoalannya, sampai bila Malaysiakini akan terus dibiar oleh pihak berkuasa dan mahkamah kerana terang-terang, Malaysiakini menyampaikan hasutan, jika mahkamah sivil terlalu mudah untuk diperbodohkan melalui peruntukan undang-undang yang boleh dimanipulasi.

Siapakah badut-badut ini dan apakah kredibiliti mereka dalam menyumbang untuk sebuah negara yang stabil? Lebih penting, mengapa masalah peribadi mereka dengan pemerintah di perenakkan dengan tulisan mereka yang sangat mengundang marah dan benci sesetengah pihak lain?

Jumaat, Mac 19, 2010

Karpal Singh Dan 'Moral'

Kita telah masak dengan politik Anwar dan kini kita tertengok pula politik Karpal Singh. Katanya kepada Ahli Parlimen Bayan Baru yang lebih kurang berbunyi " it is morally wrong to be Independents in the Dewan without the constituency endorsement".

Ini bermaksud "ADALAH SALAH DARI SEGI MORAL UNTUK MENJADI AHLI PARLIMEN BEBAS TANPA PERSETUJUAN PENGUNDI YANG DULU MENGUNDI MEREKA ATAS TIKET PKR".

Oh, Karpal mahu berkisah tentang moral. Tetapi adakah morally right atau adakah ianya molek dari segi moral untuk menjadi seorang wakil rakyat bagi seorang peguam yang diketahui hidupnya banyak membantu orang jahat, bersalah dan melakukan jenayah, demi wang ringgit?

Haha. Ini orang tua memalukan seluruh kaum Punjabi sehingga ke Punjab, India. Karpal Singh patut bertaubat dan diam.

Anwar Perkenalkan Politik Budak Kecik

Anwar nampaknya memperkenalkan politik budak kecik di negara ini. Politik budak kecik ialah politik jenis dengki ke akar umbi sampai mengeluarkan kenyataan yang menjerat diri sendiri tanpa sedar secara berulang kali.

Pada sesi bertekak dengan Khairy, Anwar menyebut bahawa UMNO sendiri memilih perunding APCO, sebuah firma yang pernah digunakan khidmatnya oleh Israel dalam mewujudkan One Israel pada tahun 1999, bagi mewujudkan 1Malaysia. Anwar berkomen sedemikian setelah dia lemas dengan tuduhan mengaitkannya dengan pelobi-pelobi Yahudi terkemuka.

Tetapi dia sendiri tahu bahawa banyak perkara yang sebenarnya memang telah wujud sebagai kemudahan melalui Yahudi. Seperti internet yang dicipta saintis mereka pada tahun 1960an.

Kepandaian paling tinggi untuk manusia diberi oleh Allah melalui Yahudi. Namun hubungan Anwar dan Yahudi tidak ada yang salah selagi Anwar bukan bersifat menipu, menuruti penasihat-penasihat yang anti-Islam dan juga golongan yang memformulasikan Islam kaedah liberal, ringkas dan ditafsir semula.

Kenyataan Anwar dalam tikam lidahnya dengan Khairy memberi maksud seolah-olah hujah semasa dia dipecat kerana rasuah. "Hangpa pun buat. So?". Ayat bongkak sebegini sebenarnya memberi gambaran persetujuan kukuh si penafi atas tindakannya itu dan mahukannya lebih lagi. Kerana itulah kenyataannya pasti bersifat "degil".

Politik budak kecik bawaan Anwar dewasa ini menjadi petunjuk untuk pengajaran bahawa akan tiba saat orang yang memperolok-olokkan Tuhannya demi keuntungan duniawi menerima balasan dalam proses perapuhan karekter dan seterusnya mendatangkan aib yang kekal selagi kesilapannya tidak diinsafi olehnya secara terbuka.

Khamis, Mac 18, 2010

Anwar Penipu Ulung Kini Alpa Dalam Keseronokan Menipu

Menulis kembali selepas masuk wad akibat denggi. Sepanjang tempoh itu, terkesima juga apabila Zulkulim ditendang keluar PKR 12 jam selepas post bertajuk Zul Nordin Perlu Kekal Dalam PKR diterbitkan di blog ini.

Tapi tak mengapa. Itu menunjukkan episod sarkas Pakatan Rakyat kini semakin menghiburkan apabila harimau di dalamnya telah bebas dari belati si tukang-tukang sarkas.

Maka harimau itu kini boleh mengokak kepala tuannya dahulu bila-bila masa.

Sementara itu, Anwar dengan wayang pacaknya turut berdaftar dengan pengendali sarkas ini. Wayang pacaknya akan berkisar tentang kerajaan memerintah akan menaikkan harga barang terutamanya petrol dan diesel dan pada masa lain mempersoalkan mengapakah kerajaan gagal menarik pelabur asing.

Padahal si Anwar Penipu Ulung ini tahu bahawa negara ini tidak lagi menjadi destinasi menarik para pelabur kerana daya saingnya rendah akibat ekonominya banyak yang palsu kerana terlalu banyak menerima subsidi kerajaan dan ini melanggar sistem kapitalis yang Anwar Penipu Ulung ini merupakan fan besar atas sistem ini.

Juga, kepalsuan ekonomi ini hanya akan menjamin para pelabur ini sekiranya ia diperintah sebuah kerajaan yang sekukuh Singapura. Ini bermakna, harapan mereka pastilah agar perubahan dasar tidak terlalu kerap berlaku akibat desakan-desakan politik.

Dengan melayu PAS, PKR dan DAP yang memang sedikit yang faham sistem ekonomi sejagat, dan kebingungan mereka dipelihara Pakatan Rakyat demi undi di hari pilihanraya, maka Malaysia tidak akan dipandang stabil dan berdaya saing.

Jika anda tidak percaya, fikirkanlah mengapa para pelabur asing lebih memilih Vietnam dan China yang tidak pernah ada pilihanraya. Kerana di sana mereka dijanjikan dasar yang konsisten dan menguntungkan mereka sendiri.

Dan Anwar Penipu Ulung terus menipu dan menipu dengan kealpaan bahawa rakyat kini semakin pandai atas pemikiran mereka sendiri. Bukannya disuap-suap UMNO. Akibat ke atas Anwar telah semakin dekat untuk dia rasai.

Sabtu, Mac 06, 2010

Lapan Mac (Bhg. 2) : Zul Nordin Perlu Kekal PKR

Zulkifli Nordin telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Semoga dia diberi kekuatan oleh Yang Maha Esa. Namun, tugasnya belum selesai. Dia ada perjuangannya yang tersendiri.

Amat perlu bagi Zulkifli Nordin untuk terus bersama PKR supaya lebih banyak percanggahan parti tersebut dalam perjuangan mereka yang menghalalkan apa juga yang menguntungkan sekutu-sekutu mereka yang telah lama berhajat melemahkan kekuatan rohaniah masyarakat Islam negara ini.

Zul diperlukan oleh rakyat negara ini untuk terus menjadi pegawai abitrari dalam menilai perlakuan yang membentuk hala tuju PKR yang dipimpin seorang bapa kepada seorang ahli Parlimen paling pasif, dan suami kepada seorang ketua parti.

Dalam UMNO sendiri, politik anak bini diketepikan demi lebih keterbukaan.

Zul Kulim sudah tentu faham dan tahu bahawa jika tidak kerana TANGGUNGJAWAB MENEMPELAK kesesatan nakhoda yang 'memajak' kemudinya demi keuntungan yang sedikit, sudah tentu dia terlebih dahulu keluar parti.

Namun dia dapat dilihat berusaha menggamakkan diri dalam ketidakrelaannya untuk terus memacak bendera PAS dan PKR , dua parti dipimpin Melayu yang disumpah mengikut kata, dibelakangnya ketika membuat sidang akhbar.

Teruskan Zul. Kami rakyat Malaysia mahukan tuan berusaha mengeluarkan enam tujuh lagi dan meletakkan LGE sebagai ketua pembangkang dan ini dapat memusnahkan Pakatan Rakyat apabila akhirnya mereka dikuasai oleh penentang agenda Islam secara mutlak, hakiki dan sahih.

Gelombang liberalis dan sosialis hakikatnya lebih kencang dan anti-Islami beberapa dekad lalu ketika UMNO masih semuanya bersongkok. Namun akhirnya para sosialis ini tumpas dan kini berkumpul dalam Pakatan Rakyat.

Cuma malang yang berlaku hari ini ialah, terlalu ramai pak lebai dan serban yang berganding tangan bersama golongan masonik tegar ini.

Jumaat, Mac 05, 2010

Lapan Mac (Bhg. 1) : Gelombang Dua Tahun

Ketika bertugas sebagai penunjuk pintu mengundi kepada pengundi di SK Perpaduan, Taman Perpaduan, penulis bertemu seorang rakan yang semeja di kedai kopi tetapi mempunyai fahaman politik yang berbeza.

Seperti tahun 2004, dia tetap mengundi calon PKR, seorang calon India bagu DUN Hulu Kinta yang dihuni 65% pengundi Melayu. Untuk Parlimen, dia memilih calon PKR, seorang calon Melayu, Asri Othman yang bertanding menentang Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua hari ini.

Si sahabat ini merupakan seorang kakitangan awam yang pernah meminta bantuan untuk penempatan lantikan pertamanya dulu kat teman.

Tapi, tidak sampai 2 tahun, teman boleh senyum je bila melihat krisis Pakatan Rakyat yang mendapat undi dari si sahabat tadi.

Selepas dia, datang pula pesara kakitangan awam yang baru pencen dua tiga tahun sudah. Ironis sekali bila dia dahulu sejabatan dengan teman di Jalan Ipoh, KL dan berpencen dan membeli rumah di Taman Perpaduan walaupun masih bekerja di KL.

Hadirnya dengan bangga membawa hajat di telinga saya sebelum kertas undi mengetahui hajatnya. Baginya, PKR adalah pembela sebenar, pemurah, pemberi rezeki, pembuka peluang, bebas monopoli dan adil kepada semua. Baiklah. Apa-apa saja.

Mereka tahu yang teman adalah akar umbi UMNO sejak tamat tingkatan lima dan pernah ingin menyertai PKR sebaik sahaja Anwar dipecat. Untuk makluman, ketika itu, tiada parti yang wujud berkaitan Anwar. Namun, hajat seminggu itu mati serta merta melihat anarki yang ditiup Anwar.

Selepas 10 tahun, bila menyedari masih ada orang yang bersimpati dengan mainan politik orang yang tertangkap ingin 'menjual negara', teman hanya tersenyum kerana yang kelihatan pada air muka mereka ialah ketidakpuashatian yang bersifat lokal. Setempat. Sekampung. Setaman.

Hakikatnya teman makin sedar bahawa orang macam teman ni penentu pucuk pimpinan parti. Tapi biorler bercakap pada platform yang betul, ye tak? Teman selalu kata pada mereka penyokong Pakatan Rakyat, " Komer cakap je pandai, orang PKR, orang PAS, haram teringin nak ngajak kamu."

Yang Melayu menyokong DAP teman rasa tak salah ler untuk teman layan macam kafirin jugak. Sebabnya banyak Melayu sokong DAP ni freethinker. Kalau agama sendiri celaru, politik sah ler celaru. Kelebihan demer cuma pada duit demer je.

Bila Ahli Parlimen Bagan Serai keluar parti, tidak menghairankan jika desas-desus selama dua tahun di blog-blog, akhirnya pecah juga kisahnya.

Telur tembelang lebih busuk sesudah pecah mengalirkan lendir. Naluri untuk lebih berpuas hati atas tindakan 3 ahli Parlimen dari PKR yang keluar parti ini sudah lama hilang dari hati teman.

Yang hebatnya, sesudah tahap bosan mencapai ke ayat " malas nak layan komer, kalau sokong juga Pakatan Rakyat, memang bongok la", AKHIRNYA berlaku penghijrahan keluar 3 ahli Parlimen PKR. Tapi itu belum akhirnya.

Ianya merupakan refleksi dari keterbukaan UMNO itu sendiri. Jika Cawangan-cawangan hatta Bahagian-bahagian masih dipimpin golongan yang berhidung tinggi dan miskin ilmu dekat-mendekati, proses ini sudah tentu akan memakan masa yang lama.

Teman sendiri masih merasakan yang dua orang sahabat teman yang menyokong PR tanpa menyedari ATAU MEMANG MENYEDARI kesalahtafsiran mereka tu hari ini memalukan diri, perlu dikekalkan sebagai rakan bersembang.

Tetapi kata pesara tu, kalau kamu jadi ketua cawangan sini baru aku masuk UMNO. Teman tahu dia buat lawak. Tetapi yang ditujunya siapa? Apakah itu yang membuatkan mereka sanggup dikeji kerana mengundi Pakatan Rakyat?

Apakah mereka sebenarnya tahu bahawa kotornya tangan mereka dengan mengundi Pakatan Rakyat namun merelakannya atas agenda peribadi bersifat setempat? Apakah UMNO akar-umbi benar-benar bersifat terbuka?