Monday, June 14, 2010

Bukti Besar PAS Penghancur Islam

Banyak pengundi PAS hari ini tidak bermakna banyaklah ia membantu perpaduan umat tanpa berpaksikan politik. Barah politik dalam minda orang Melayu, PAS atau UMNO telah membuatkan masing-masing meninggalkan masjid yang merupakan tempat perpaduan Islam yang terulung.

Jahatnya British ialah apabila mencipta perlembagaan yang diarahkan untuk dirangka oleh bapa bapa kemerdekaan dulukala.

Setiap Melayu adalah Islam telah membuatkan setiap agenda untuk memajukan Islam akan dianggap sebagai bersifat perkauman.

Ini tidak boleh dinafikan kerana kebanyakan bukan Melayu bukan pribumi di Malaysia amat bodoh dan jahil berhubung soal Islam terutamanya apabila masuk Islam disebut masuk Melayu. PAS tidak bertanggungjawab pun dalam kerja-kerja damage control. Islam apakah PAS itu?

Usaha menyatupadukan orang Islam di negara ini pastinya akan ditentang oleh bukan Islam berniat jahat dan wajar digelar harbi atas nama, ianya adalah perkauman jika diukur pada perlembagaan.


Sebab itulah mereka menjajah sebuah parti islam yang kini terjerat dalam pakatan neraka jahanam.

Egonya orang Islam dalam PAS membuatkan mereka buta untuk melihat bahawa mereka sedang dijajah sekularisma.

Jika dilihat pada punca perpecahan hari ini, jari telunjuk harus dihalakan kepada PAS yang membawa sebahagian orang Islam ke jalan pembebasan dari Islam.

Lebih malang, mereka belum juga lagi sedar bahawa mereka sedang ditipu dan tertipu. Tiada pakar perlembagaan bersama mereka. Semua yang pakar adalah kafir harbi berniat jahat dan berminda sabotaj terhadap Islam.

PAS masih memperlihatkan kerja dakwah mereka langsung tiada, hatta jika atheist pun menyokong mereka, golongan itu harus dicinta hati nuraninya. Surau-surau kampung kubu kuat PAS masih tidak berciri kemasyarakatan dan sepi.

Ketua Pemuda Tambun Letak Jawatan

Sama ada berkait atau tidak dengan tempelak blog ini atas anasir jahat dalam UMNO Tambun, yang pasti Ketua Pemuda Bahagian Tambun, Shamsul Zairel telah meletak jawatan pada hari Sabtu, 12 Jun 2010, hampir dua tahun selepas menjalani separuh penggal menjawat jawatan tersebut.

Posting blog ini bertajuk Ipohmalay Tempelak Young Generation Berhubung Kononnya Tambun Bergolak dan UMNO Tambun : Sila Dengar Nasihat Presiden yang menyusuli adalah kata-kata kebenaran yang tidak diselimuti ayat-ayat memihak kepada mana-mana pihak tanpa apa-apa kepentingan berunsur gula-gula, hatta secawan teh.

Tempelak tersebut semata-mata memperbetulkan keadaan yang parah malah membusuk dalam UMNO Tambun yang melaga-lagakan tokoh-tokoh lama dalam UMNO Tambun, terutamanya Che Na, yang penulis kenali secara peribadi.

Shamsul Zairel, telah dinasihatkan untuk letak jawatan oleh Ketua Bahagian, Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah. Tindakan tersebut pada mata penulis bukanlah satu bentuk hukuman malah tindakan menyelamatkan Shamsul yang amat dipercayai oleh Ahli Parlimen Tambun itu dari terjebak dalam drama ketinggalan zaman tersebut.

Shamsul yang bertugas di Kementerian Kewangan yakni pejabat Menteri Kewangan Kedua tersebut sudah tentu tidak dapat menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda yang baik sekiranya terpaksa berada di Putrajaya lima hari seminggu.

Penulis berpendapat, jika ada tukang cucuk yang menanti portfolio Ketua Pemuda itu jatuh ke pangkuan, dia sebenarnya meraikan sesuatu yang bakal membuatkan dia menangis.

Ini kerana, sudah tentulah kekecewaan Ketua Bahagian apabila Ketua Pemuda kesayangannya dilempar dengan tohmahan dan dalam benakknya pasti mahukan sang pencucuk untuk membuktikan kebolehannya dengan 'expectation' yang lebih tinggi.

Apa-apapun, segalanya telah berlaku dan tindakan beberapa exco pemuda Tambun dari kawasan Manjoi yang meletak jawatan sebagai polemik bantahan bolehlah penulis sebutkan sebagai tindakan bodoh yang ada rahmatnya.

Bodoh apabila mereka membantah pada satu tindakan bijak yang menguntungkan Shamsul Zairel. Manakala rahmat ialah kini Pemuda UMNO Tambun telah bebas dari orang-orang beremosi yang meletak jawatan sebagai bantahan tersebut.

Sepanjang jawatan tersebut disandang oleh Shamsul, tidak ada perubahan dalam corak sokongan orang muda terhadap UMNO. Apa yang dibanggakan dengan 'barisan exco syok sendiri tersebut'?