Thursday, April 29, 2010

Secebis Posting Dari Masa Lalu

Alkisah, dalam bosan-bosan... sajalah saya belek posting lama-lama.Maka terjumpalah posting bertajuk Kebiadapan Kit Siang Ditentang bertarikh 10 Mac 2008. Sepuluh hari selepas PRU12 2008. Dengan bangga seorang Melayu memberi komen :

1 ULASAN:

hafiz said...

bagi saya, perjuangan yang DAP bawa sememangnya Malaysia dari apa yang BN bawa. sebagai ahli DAP melayu, saya sememangnya da meluat dengan sikap kemelayuan yang melampau2 umno dan kejumudan yang terlalu sebahagian besar ahlinya- emosi dan mudah diprovok...memalukan melayu jeeer.. Deris jusoh lebih kurang ajor dan biadap dari karpal dan kit siang yang sememangnya bukan melayu! anta udah lupa? tak kesahlah siapapun memerintah. yang penting kita semua hidop dalam aman selamat dan berkebajikan. apa guna kalaupun 1000 tahun lagi umno a.k.a BN memerintah tapi bangsa sendiri pun tak terbela. UMNO=korup bela perut dan bawah perut je.



Melihat komennya, saya membuka profilnya. Sebab saya pernah baca komen ni dulu. Tapi profilnya tak membantu apa-apa. Tapi kali ini :

Sama ada penyakit atau trend? Idak la teman sior nak siasat dah. Pertama, kecewa. Kedua, _______ (isi tempat kosong).

Resolusi BPN 1 / 2010 : Nizar Perlu Ditangkap Akta Hasutan !!!

1. BPN memandang serius tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin yang telah menghasut Cina semasa kempen Hulu Selangor baru baru ini. (video klik sini )

2. Tuduhan yang sangat dahsyat dilemparkan terhadap Perdana Menteri di mana ia sarat dengan hasutan dan fitnah serta boleh mencetuskan sentimen perkauman antara bangsa Cina dan Melayu di negara kita.

3. Banyak pihak telah mengecam tindakan tersebut di blog blog mereka dan ia menunjukkan bahawa majoriti rakyat penyokong Kerajaan yang cintakan keamanan mahu Datuk Seri Nizar ditangkap bawah Akta Hasutan atau ISA.

4. Jika dibiarkan BPN khuatir ia boleh menimbulkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap Datuk Seri Nizar yang secara jelas berniat jahat apabila melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina di Hulu Selangor.

5. Dengan itu BPN mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap beliau bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) dengan segera sebelum apa apa terjadi.


Mohon resolusi ini diedarkan oleh Blogger BPN !!!


Yang benar,


Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)


28 April 2010 Hari Rabu Jam 11 malam