Kecoh di kalangan kakitangan awam di Putrajaya bahawa negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat memberi bonus RM1,000 kepada kakitangan awamnya.
Hakikatnya, Kelantan juga memberi jumlah yang sama dengan formula pemberian saguhati yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.
Mereka telah dipengaruh oleh dakyah menghasut yang sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak berkepentingan politik anti-kerajaan yang menjawat jawatan jawatan dalam perkhidmatan awam.
Lebih hodoh lagi, mereka dibodohkan terang-terang tanpa mereka sedari kerana walaupun bonus RM1,000 sekalipun, Kelantan dengan 3 juta penduduk dan mempunyai hanya 6,000 kakitangan awam yang mereka gajikan, ternyata boleh memberi lebih dari itu.
Malaysia dengan 30,000,000 penduduk mempunyai 1,300,000 penjawat awam. Dari jumlah ini, katakanlah 1,000,000 adalah tanggungan persekutuan di bawah jabatan-jabatan persekutuan di negeri-negeri dan ibu pejabat di Putrajaya, ia menunjukkan kerajaan menanggung 4.3% jumlah penduduk negara ini. Hitungannya sama seperti yang digunakan oleh Kelantan.
Bayangkan Kelantan dengan 3,000,000 penduduk dan 6,000 penjawat awam yang mereka tanggung bersamaan hanya 0.2% , sudah tentulah mereka secara atas kertas berkemampuan untuk memberi bonus berkali ganda lebih tinggi dari apa yang diberi oleh Pusat kepada kakitangan awam bawah tanggungannya.
Ataupun, bayangkan dengan 1,000,000 kakitangan tanggungan Pusat dikecilkan kepada 60,000 sahaja. Bayangkan pula bonus dan gaji kakitangan awam sebesar itu.
Tapi apa boleh buat, Melayu malas mengira.