Semasa zaman Koh Tsu Koon, telah berlaku konflik dalam urusniaga air mentah dengan Kerajaan Kedah yang turut diperintah BN.
Kali ini, walaupun kedua-dua negeri diperintah Pakatan Rakyat, rakyat tetap dibelakangkan dalam masing-masing merebut kepentingan sendiri di sempadan Pulau Pinang - Kedah.
Guan Eng memberi perhatian penduduk Pulau Pinang dengan kenyataan " Kurangkan penggunaan air atau tarif dinaikkan ".
Ini jelas menunjukkan bahawa tiada kepentingan untuk rakyat dalam caraniaga antara DAP dan PAS. Jika kedua-dua negeri ini diperintah BN, Kerajaan Pusat mungkin masih relevan untuk campurtangan dan kehendak rakyat dapat terus diberi perhatian oleh kerajaan persekutuan.
Hakikatnya, di sebalik kenyataan Guan Eng, teserlah kenyataan bahawa Pulau Pinang dan Kedah tidak akan bertolak ansur dalam sesuatu yang membawa pemisahan daerah ini keluar dari Kedah, kira-kira 200 tahun lalu.
DAP mungkin menganggap bahawa penduduk Pulau Pinang telah punya banyak wang untuk membayar bagi tarif yang tinggi, dan ia menguntungkan kerajaan negeri.
Ini kerana bagi DAP, Pulau Pinang menjadi miliknya atas undi penutur bahasa majoriti yang sememangnya mampu untuk membayar bil air yang lebih.
Yang menjadi mangsa ialah Melayu Pulau Pinang yang merupakan sub-etnik Melayu Kedah. Kayakah mereka?
Relevenkah campurtangan Kerajaan Pusat dalam isu ini? Mengapa tidak undi kerajaan BN sahaja? Haha. Pening !