Jumaat, Mei 14, 2010

Judi : Mengapa Setenging Itu?

Ya. Judi itu haram. Kita orang-orang Islam tidak boleh berjudi. Penulis sendiri hanya tersenyum melihat Melayu-melayu di dalam dan di pinggir bandar, yang tidak sedikit di kalangan mereka terang-terang menghentam kerajaan dan menumbuk meja. Sambil mengutuk kerajaan dan memuliakan pembangkang, mereka 'cai' nombor untuk di tikam di kedai nombor.

Larangan dan penguatkuasaan dengan kakitangan yang tak seberapa, orang Islam ditegah dari mengunjungi premis ini. Malah, untuk masuk ke kasino tertinggi pun, tidak akan dibenarkan. Judi tidak pernah dibenarkan untuk orang Islam di negara ini!

Tetapi, adakah mereka takutkan Allah, atau takutkan kerajaan? Selagi tiada yang melarang, selagi itu mereka menikam nombor. Terang-terang tertulis "JUDI ADALAH HARAM DI SISI AGAMA ISLAM" di belakang tiket nombor.

Ada menyindir, bila seorang Tamil memakan daging lembu, ditanya adakah dia hindu, pasti akan dijawab BUKAN. Tetapi orang Melayu Islam tidak kira parti apa, bukalah mata, bukalah minda, semasa mereka minum arak dan berjudi, akan MURKA seburuk muka bila ditanya agama mereka dan menjerit. " MESTI LAH ISLAM!"

Melayu yang duduk ceruk kampung memang tak tahu kewujudan Melayu Ultra Sekular dalam pembangkang. Hanya Melayu bandar sahaja dapat jumpa dengan mereka. Mereka 'panas' kerana dalam UMNO ada bacaan doa dan terlalu banyak program keagamaan. Lalu mereka akan duduk dalam PKR sampai mampus. PAS? Jangan harap. Tapi mereka berpakat-pakat dalam meruntuhkan sebuah parti orang-orang Islam yang berhempas pulas menaungi dan cuba memenuhi kehendak bukan Islam yang merupakan 40% dari penduduk negara ini.

Tidak keterlaluan ialah, ianya ibarat sesuatu yang ironik apabila judi itu di lihat tidak mampu mereka halang. Kalau babi yang tergantung dipasar Cina boleh dihalang dari cuba membeli dan merasa, mengapa judi tak boleh?

Orang Cina menganggap judi sebagai penghitung untung nasib. Jika mereka merasakan hari tersebut 'luck', maka mereka cuba berjudi. Jika judi diharamkan, siapa pula yang perlu membanteras judi tajaan kongsi-kongsi gelap yang akan mengkaya rayakan sesebuah pihak hingga mampu menaja rampasan kuasa atas sesebuah negara.

Sejarah menunjukkan Al Capone, menjadi kaya raya hasil perniagaan arak di Amerika Syarikat ketika pada suatu masa dahulu, arak diharamkan di negara tersebut.

Itu soal arak. berapa sangatlah pendapatannya. Ini soal judi. Judi yang mengkayakan sebuah pihak tanpa pengisytiharan berapakah pendapatannya tanpa perlu modal yang banyak berbanding pulangannya.

SELAMA INI ORANG ISLAM TIDAK KIRA APA PARTI PUN, telah terjebak dalam judi agen mahupun judi individu, berkumpulan sepejabat, satu kumpulan di universiti malah di kedai kopi, membabitkan sama ada WANG atau MAKAN.

Jika judi bolasepak dibenarkan, apakah akta sedia ada akan dipinda untuk memberi peluang orang Islam berjudi? Tidak. JUDI KEKAL HARAM DI SISI ISLAM. SEPERTI BABI YANG HARAM DIMAKAN DAN ARAK YANG HARAM DIMINUM.

Jika arak dan babi boleh didapati di sana sini tanpa ada orang Islam melucutkan pakaian agamanya, lalu menikmati apa yang diharamkan itu, apahal pula dengan judi?

APAKAH MEREKA YANG MEMBANGKANG ITULAH SEBENARNYA KAKI JUDI ? Yang jelas, mereka tidak mampu lagi menuruti perintah Allah dengan keimanan sendiri. Mereka mengharapkan sebuah sistem sekular, seperti kata sahabat mereka Lim Kit Siang, untuk mempertahankan keislaman mereka.

Mereka merosakkan agenda kerajaan untuk bersikap toleran, tetapi pada masa yang sama, mereka toleran dengan agenda sulit musuh Islam yang ibarat puaka dalam TV yang panas mendengar azan berkumandang di corong masjid.

Mengapa setenging itu?.

Ekonomi Tumbuh 10% Untuk Suku Pertama 2010. Tahniah, PM!

Merujuk post blog ini pada 16 November 2009 bertajuk Rakyat Dituntut Bantu Memulihkan Ekonomi, blog ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri yang berjaya merealisasikan sasaran pertumbuhan suku pertama tahun ini sehingga 10%, sekali ganda dari apa yang disasarkan.

Ini memulihkan keyakinan rakyat dan rakyat yang celik ekonomi akan terpanggil untuk bersedia bersama kerajaan pimpinan PM Najib, memacu ekonomi Malaysia agar dapat kembali menerajui pertumbuhan ekonomi rantau ini dan menjadi negara maju tepat pada hari Rabu, 1 Januari 2020.

Yang bakal ketinggalan ialah rakyat-rakyat yang membiarkan diri mereka diperdayakan oleh pembangkang dan kelengahan ini amatlah merugikan.

Malaysia dengan pertumbuhan sedemikian, sekiranya berterusan sepanjang dekad ini, mampu menjadi negara maju pada tahun 2020 dengan bergaya dan bakal membuka sekali lagi mata dunia pada keupayaan dan kemampuan negara ini selepas kali terakhir ialah ketika Menara Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia lebih sedekad lalu.

Maka berkatalah seorang kakitangan awam yang faham tentang sekelumit ilmu ekonomi "Tak sia-sia bila nak beli barang RM4000 pun boleh kena maki dengan bos kat jabatan-jabatan tahun ni. Asalkan ekonomi pulih, sekat sahaja apa yang patut. Itu yang terbaik."

Persempadanan Semula Sebelum PRU13?

Persempadanan pilihanraya telah dibuat pada tahun 2003 memerlukan satu lagi proses tersebut sebelum akhir penggal 2008 - 2013, sebelum PRU 13 diadakan. Adakah ini sempat? Terpulang.

Tetapi persempadanan sedia ada yang terlalu kompleks dan seklusif perlu difikirkan semula dengan kajian mendalam.

Perbandingan sedia ada boleh dilihat seperti di Tambun yang memiliki 65,000 pengundi dengan Padang Rengas, kira-kira 30 km darinya memiliki pengundi bawah 40,000.

Ipoh Barat dan Ipoh Timur pula, masing-masing mempunyai pengundi melebihi 80,000. Mungkin pembentukan parlimen Ipoh Tengah merupakan sesuatu yang diperlukan dengan mengambil Manjoi masuk ke dalamnya.

Itu sekadar contoh klasik yang terpakai diseluruh negara. Namun, kerusi Dewan Rakyat nampaknya sudah terlalu rapat. Maka rapatkan lagi, biar hangat.