Tuesday, May 07, 2013

Sultan Kelantan Reject Husam Dari Senarai Exco


"Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," - MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Husam digugur kerana tidak mendapat 'restu' sultan

KOTA BHARU 7 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa digugurkan daripada senarai nama Exco kerajaan Pas Kelantan yang baharu setelah tidak mendapat 'restu' Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob ketika berhadapan dengan beberapa penyokong setia Husam yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, di rumahnya petang ini.

Menurut Ahmad, nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan.

Jelas beliau, selain Husam nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut, namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

"Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.

"Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," katanya.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan DUN Pas Salor, Mohd. Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai penyingkiran nama Husam itu.

Terdahulu pertang ini, Mohd. Nuri dalam satu sidang akhbar menyatakan penyingkiran itu dibantah oleh masyarakat di Salor kerana berpendapat Husam layak untuk terus menjadi Exco kerajaan berdasarkan kepada pengalaman dan kedudukannya sebagai Naib Presiden Pas. - UTUSAN ONLINE


P/S : ADAKAH SULTAN KELANTAN TIDAK MAHU AGEN PENENTANGAN KERJASAMA UMNO-PAS INI MENJADI PENGHALANG KERJASAMA UMNO-PAS DI MASA DEPAN?

Kini Orang Melayu Sangat Perlukan Akhbar Bertulisan Jawi



Dewasa ini, sebarang kenyataan yang diluah untuk mencerminkan perasaan berhubung polarisasi kaum akan dilabel sebagai 'racist'.

Walaupun para pelabel ini telah terperangkap dalam dunia rasisme ciptaan mereka, mereka tetap menggunakan hak mereka untuk melaporkan kepada polis mana-mana kenyataan yang mereka anggap sebagai rasis.

Mereka menggerakkan agenda rasisme tanpa bersuara. Malah menggunakan bahasa dan himpunan kaum yang kita tidak pernah ada untuk menyaksikannya.

Papa Gomo ditahan polis kerana mengubah dirinya kepada ultra-Melayu setelah orang-orang Cina memilih kumpulan ultra-Cina yang menentang kerajaan.

Utusan pula disiasat kerana polemik tajuk akhbar tanpa mereka menilai langsung apa isi perkhabaran tersebut.

Kini umat Melayu diancam oleh pertuduhan rasis dan polis-polis Melayu digunakan untuk menguatkuasakan undang-undang yang semakin hari semakin menghimpit orang Melayu.

MAKA KINI TELAH DATANG SAATNYA WADAH DAN LIDAH PERJUANGAN ORANG MELAYU DITERBITKAN DALAM TULISAN JAWI BAGI MEMUDAHKAN ORANG MELAYU MEMBAIKI DIRI DAN MEMUDAHKAN KESEDARAN DISAMPAIKAN DENGAN MEDIUM YANG TERBAIK UNTUK ORANG MELAYU.

Majulah ke hadapan mereka yang mempunyai kuasa dan wang. Zahirkan kewujudan keperluan orang Melayu ini.

PAS + BN = 154 Kerusi. Lebih Dua Pertiga. Cuma Mahu Atau Tidak Sahaja.

Jika PAS menyertai perkongsian kuasa Barisan Nasional, jumlah kerusi Parlimen untuk pemerintah meningkat menjadi 154 yakni melebihi dua pertiga. 

Namun itu sesuatu yang tidak disenangi oleh kumpulan kafir harbi baik yang bernama Islam mahupun yang namanya bukan Islam.

Jika sesebuah pindaan perlembagaan diperlukan dan memerlukan sokongan semua ahli Parlimen Islam tidak kira parti, umat Islam tidak akan mampu melakukannya. 

Ini kerana bila dilihat semula kepada jumlah Ahli Parlimen beragama Islam dalam Dewan Rakyat, jumlah tersebut gagal melebihi dua pertiga.

Ini termasuklah Islam jenis celup di dalam DAP seperti Zairil Khir Johari.

Jika semua ahli Parlimen beragama Islam dari semua parti yang menang PRU13 dihitung, jumlahnya sekadar 136 kerusi sahaja iaitu  61%. Ini sedikit kurang dari demografi penduduk Malaysia iaitu 64% beragama Islam.

Namun jika konsep BN-PAS diambil kira, jumlahnya telah melebihi dua pertiga, iaitu 154 kerusi.

Tetapi orang Melayu di Perak telah tahu hakikat keras kepala PAS dan kecenderungan mereka ketika itu ialah setia menjilat punggung DAP. Sebab itulah ramai orang Melayu di Perak meminjamkan undi mereka kepada UMNO.

Di hal yang lain, gesaan kerjasama ini bukan kerana sebelum ini BN merasa kuat, tetapi sebelum ini banyak penentangan ke atas seruan ini dari dalam BN sendiri. Sementara masa yang ada, ini sahajalah jalannya. 

Seruan ini juga bukan ketika UMNO semakin lemah kerana secara undi dan kemenangan kerusi, UMNO semakin kuat. Hanya kehendak Tuhan yang menyisihkan pihak anti-Bumiputra dari sisi UMNO. Penyisihan ini untuk apa? Fahamilah sendiri.








UMNO, Pas perlu bersatu demi Islam - Hasan Ali



KUALA LUMPUR 6 Mei - Sudah tiba masanya UMNO dan Pas bergabung sebagai sebuah parti bagi mengekang kemaraan DAP yang penguasaannya semakin jelas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, usaha itu penting bagi memastikan dua parti yang berjuang atas prinsip Islam dapat menyekat DAP yang dilihat semakin bersifat cauvinis.

Jelasnya, UMNO dan Pas perlu melupakan sengketa lama bagi kepentingan umat Islam di negara ini.

"Gambaran keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 sepatutnya membuka ruang lebih luas untuk kedua-dua parti itu mengadakan perbincangan serius mengenai agenda umat secara bersama demi perpaduan dan kebaikan ummah.

"Ini berikutan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 jelas menunjukkan pola pengundian masyarakat Cina lebih memihak kepada DAP," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, keputusan tersebut juga jelas menunjukkan kehadiran Pas dalam pakatan pembangkang hanya menguntungkan DAP.

"Para pengundi Melayu hanya memberi undi kepada DAP atas nama setia kawan dalam pakatan sebagaimana yang berlaku di Gelang Patah.

"Namun situasi itu tidak berlaku di kawasan yang minoriti pengundi Cina menyebabkan calon Pas kecundang di kawasan berkenaan," katanya.

Menurutnya, kegagalan BN untuk memperoleh mandat dua pertiga juga perlu dinilai dari sudut positif.

"Sudah sampai masanya bagi UMNO dan BN untuk bermuhasabah dan mengenalpasti segala kelemahan agar selari dengan kehendak serta aspirasi majoriti penyokong parti itu," katanya.

KL Dilanda Banjir Kilat Lagi

Beberapa kawasan 'lembab' di KL mula dibanjiri limpahan air lagi akibat hujan lebat petang ini. Ini kali kedua kejadian berlaku dalam tempoh dua hari di mana banjir kilat juga dilaporkan berlaku petang semalam.

Selorohan mula kedengaran kononnya longkang-longkang telah tersumbat dek bendera parti-parti yang dibuang secara melulu. Hakikatnya, hujan lebat direkodkan di beberapa kawasan barat kepulauan Nusantara pada ketika ini turut mencetus banjir di Medan, Padang dan beberapa tempat di Riau petang ini.




Disebabakan masalah banjir di antara stesen kuala lumpur perkhimatan komuter kesemua destinasi telah mengalami kelewatan dari jadual asal.


Idris Haron Ketua Menteri Melaka Yang Baharu


Bekas ahli Parlimen Tangga Batu, yang kini menjadi wakil rakyat DUN Sungai Udang, Melaka telah selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke 10 di sebalik kesedihan yang melanda negeri Melaka akibat kekalahan Ketua Menteri yang mereka sanjungi, Ali Rustam.

Kesedihan melanda mereka apabila Ali Rustam yang mereka anggap sebagai Ketua Menteri yang berjiwa rakyat, mesra rakyat dan berjaya membangunkan Melaka yang maju serta berpersekitaran yang bersih, ditumbangkan oleh sekelompok kecil.

Apa pun, kita mengetahui bahawa Ali Rustam berhajat untuk naik ke peringkat pusat. Ali Rustam menang atau kalah, Melaka tetap mendapat Ketua Menteri yang baharu. Kekalahannya tidak bolehlah dipertonjolkan disebabkan oleh undi Cina sahaja.

Bersangka baiklah. Barangkali mereka kecewa dengan Ali Rustam yang mahu meninggalkan negeri Melaka dek kerana sayangnya mereka terhadap Ali Rustam. Lalu dikalahkan, lalu kekal Ali Rustam mengintai-intai negeri Melaka.

Tahniah diucapkan kepada Idris Haron.

Azlan Man Menteri Besar Perlis Yang Baharu



Shahidan sokong lantikan Azlan sebagai MB Perlis

KUALA LUMPUR 7 Mei - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyokong penuh pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pauh, Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

"Kita ikut sahaja keputusan PM (Perdana Menteri). Kita bersetuju dengan calon yang dipilih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), di sini hari ini.

Menurut Shahidan, pelantikan Azlan juga disokong baki dua lagi Ahli Parlimen di Perlis iaitu Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Shaharuddin Ismail (Kangar). - BERNAMA

Amerika Syarikat Iktiraf Keputusan PRU13

Nampaknya, negara adidaya seperti Amerika Syarikat, awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan mengiktiraf keputusan PRU 13 kelmarin dan menyebut, pilihanraya tersebut ialah yang paling kompetitif di rantau Asia Tenggara.

Jurucakap Jabatan Negara US, Patrick Ventrell berkata, Amerika Syarikat bersedia bekerjasama dengan kerajaan yang dibentuk oleh Najib Razak selepas koalisinya memenangi pilihanraya umum walaupun dengan pengurangan undi.

Inilah kaedah demokrasi di Amerika Syarikat yang gagal diterjemahkan oleh Pakatan Rakyat walaupun saling memuja demokrasi negara tersebut.



Gesaan PAS Kerjasama Dengan UMNO Menebar Luas Di Facebook

Facebook kini telah dibanjiri oleh seruan rakyat supaya PAS dan UMNO bersekedudukan dalam sebuah pakatan pemerintahan. Memandangkan UMNO yang menguasai kumpulan pemerintah di Dewan Rakyat, PAS diseru membuka langkah untuk menyertai Barisan Nasional.

Jika kisah 1977 hendak dijadikan rujukan, kisah Amanat Haji Hadi nampaknya lebih baru dari itu. Tidak guna menganggap sesuatu yang baru itu sebagai kisah lama, manakala sesuatu yang lebih tua dari itu sebagai kisah baru.

Sesetengah pejuang politik UMNO mungkin sahaja tidak senang dengan gerakan besar-besaran ini. Tetapi untuk menyenangkan minoriti dan mengabaikan majoriti , adalah silap sama sekali. Sama silapnya dengan membelanja penipu makan besar.

Jika 'gabung' menjadi perbuatan yang melebihi pantang orang beranak bagi kedua-dua pihak, perkongsian kuasa PAS - UMNO dalam memerintah sahajalah yang paling-paling sesuai.

Maka atas nama apa lagi PAS masih tidak berganjak? Untuk mempopularkan pendapat ini, majukan hashtag #UMNOPAS di Twitter.







Akibat Terlepas Cakap, Perak Dikuasai UMNO


"No Chinese in Perak will vote BN" adalah perkataan yang didengari sejak 2009. Sejak itulah pejuang dunia maya yang nampak di Perak, berusaha memastikan undi orang Melayu di Perak dipinjamkan kepada UMNO sebanyak mungkin.

Mimpi ramalan DAP kembali merajai negeri akhirnya tidak menjadi kenyataan atas usaha ini.

Rupa-rupanya bukan orang Cina di Perak sahaja, malah orang Cina di seluruh negara, sehingga 85% dari mereka tidak mengundi BN.

Rupa-rupanya lagi, hanya Melayu di Perak yang diancam dengan ayat tersebut. Selepas itu, ancaman tersebut senyap. Keadaan menjadi tenang seketika. 1Malaysia disambut dengan tangan berpura. Mungkin ada pemimpin mereka yang meminta ungkapan tersebut jangan sesekali diluahkan lagi. Tetapi dah terlambat kerana ia terpahat di sanubari pemikiran orang-orang Melayu di Perak. Penundukkan PAS Perak terhadap DAP pasca PRU12 menjadi kebimbangan umat Melayu negeri ini.

Orang Melayu Islam di tempat lain tidak digegarkan dengan apa yang orang Melayu Islam di Perak dimomokkan. Oleh sebab itu mereka tidak mengerti, tidak memahami, mudah pula ditipu dengan taktik membanjiri majlis makan malam dan sokongan pemimpin-pemimpin NGO yang plastik.

Kita sedia maklum, pihak MCA dan Gerakan tidak berinisiatif langsung mengadakan pejuang-pejuang internet dan terus bergantung harap kepada UMNO. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka dapat apa yang telah mereka usahakan. Malah mereka merancang untuk keadaan sedemikian?

Malahan juga, kempen MCA saban hari di The Star dikatakan turut mengguris perasaan umat Islam tanpa mengira parti, terutamanya di bandar-bandar besar juga  menjadi sebab kekalahan MCA di kawasan yang ramai orang Melayu.

Hakikat penting di sini, nampaknya walaupun setiap undi orang Cina pergi ke DAP, negeri Perak membuktikan bahawa orang Melayu masih mampu mentadbir negeri seandainya seluruh umat Islam di negeri ini memberi kepercayaan kepada calon Melayu Islam dari UMNO.

Pada ketika itu, tahulah mereka apa itu untung, apa itu rugi. Biar berlapar asal bermaruah.

Majlis belanja penipu makan. Buat habis wang sahaja.

Tahniah Pejuang Maya Negeri Perak

Sesuatu perkara baru kini dipelajari oleh para chauvinis Cina. Semakin teruk UMNO dipersalahkan dalam itu dan ini, semakin meningkat majoriti kemenangan UMNO di pelusuk negara kerana orang Melayu menjadi simpati.

Setelah PR menang dengan bantuan para pemilih golongan penipu, keputusan PRU 13 wajar dilihat dari sudut hikmahnya apabila kaedah PR membentuk polarisasi kaum - yang turut melibatkan agama - telah membuatkan keputusan PRU 13 menjadi sedemikian.

Namun majoriti kerja kempen 5 tahun sebelum PRU 13 bukan dimainkan oleh UMNO. Ia dimainkan oleh para cybertrooper mereka dengan cara tersendiri. Ada cybertrooper UMNO, seperti pembangkang, dibayar untuk melakukan kerja tersebut.

Ada cybertrooper yang melakukan kerja dengan percuma. 

Ada cybertrooper dibentuk demi memenangkan calon di sesebuah kerusi yang ingin dirampas. Tetapi bukan sahaja gagal merampas, malah kalah pula dengan majoriti yang lebih besar lagi.

Ada cybertrooper merasakan dengan memuat naik video salah laku seks pembangkang akan memberi keuntungan kepada UMNO. Ada pemilih yang tiba-tiba membenci BN setelah video salahlaku seks itu tersebar dengan menjelaskan ianya adalah kaedah jijik.

Bermacam hasil tangan cybertrooper BN selama ini telah diolah dan ditafsir di dalam PRU 13 ini.

Siapa kata cybertrooper Perak gagal menjalankan kerja? Jika gagal, kita tidak sama sekali berjaya memastikan majoriti mudah yang dimenangi di Perak itu berlaku kerana jika kita gagal, tidak ada kekuatan dalaman kembali kepada UMNO.

Hasilnya, orang Melayu di Perak telah nampak bahawa jika mereka bersatu, tidak mungkin DAP mampu mentadbir negeri lagi walaupun setiap satu undi Cina  di Perak pergi ke DAP. Walaupun pemersatuan ini mengambil tempat dengan perlahan, namun impaknya tetap ada.

"No Chinese in Perak will vote BN" adalah perkataan yang didengari sejak 2009. Sejak itulah pejuang dunia maya di Perak memastikan undi orang Melayu di Perak dipinjamkan kepada UMNO sebanyak mungkin.

Mimpi ramalan DAP kembali merajai negeri akhirnya tidak menjadi kenyataan atas usaha ini.

Rupanya bukan orang Cina di Perak sahaja, malah orang Cina di seluruh negara, sehingga 85% dari mereka tidak mengundi BN. 

Orang Melayu Islam di tempat lain tidak digegarkan dengan apa yang orang Melayu Islam di Perak dimomokkan. Oleh sebab itu mereka tidak mengerti, tidak memahami, mudah pula ditipu dengan taktik membanjiri majlis makan malam dan sokongan pemimpin-pemimpin NGO yang plastik.

Kita sedia maklum, pihak MCA dan Gerakan tidak berinisiatif langsung mengadakan pejuang-pejuang internet dan terus bergantung harap kepada UMNO. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka dapat apa yang telah mereka usahakan. Malah mereka merancang untuk keadaan sedemikian?

Malahan juga, kempen MCA saban hari di The Star dikatakan turut mengguris perasaan umat Islam tanpa mengira parti, terutamanya di bandar-bandar besar juga  menjadi sebab kekalahan MCA di kawasan yang ramai orang Melayu.

Untuk itu, para cybertrooper yang berdiri dengan matlamat tulen tanpa berorientasikan wang sahaja yang akan kekal muncul dengan post-post mereka setelah PRU13 berakhir. Manakala bagi yang sebaliknya, mungkin sahaja kerja mereka dirasakan telah tamat. Selamat berjuang di penggal seterusnya.


Majlis belanja penipu makan. Buat habis wang sahaja.



Adilkah Bila 'Penipu' Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh?

Ini apa? Perhimpunan para penipu? Adilkah untuk rakyat marhaen lain yang menyokong BN? Mengapa penipu ditatang bagai minyak yang penuh. Disangka petroleum rupanya minyak goreng pisang yang tak boleh dipakai lagi.

Jangan pakai istilah Chinese Tsunami lagi kerana ia hanyalah ombak kecil yang kita orang Melayu Islam gagal fahami. Kalau kita faham dan berhati-hati, tsunami besar mana sekalipun, semua orang akan selamat.


Ingat ni di Seremban masa DS Najib datang ? Dakwa Hampir 30,000 hadir kat sini. Tapi Parlimen Seremban kita kalah dengan DAP dengan majoriti 12,553