Dengan pilihanraya semakin hampir, calon PAP untuk Ang Mo Kio, Lee Hsien Loong berusaha membuat segala macam janji-janji kosong untuk menenangkan rakyat Singapura yang tidak puas hati.
Isu sensitif berkait warga asing muncul dalam webchat dengan Lee dalam Facebook PAP hari ini dan dia dihentam oleh warga internet Singapura (netizen) berkait kemasukan pekerja asing yang telah mengubah demografi Singapura dalam kegilaan PAP untuk mengejar pertumbuhan KDNK.
Kerana sikap pro-warga asing PAP dan dasar imigresen ultra-liberal, warga asing kini mencapai 43 peratus daripada penduduk Singapura, naik dari 14 peratus pada tahun 1990. Dari baki 57 peratus warga negara, semakin banyak yang lahir di luar negara.
Ketika ditanya oleh netizen Angela Xu mengenai rancangan PAP untuk mengatasi ketegangan antara keperluan tenaga kerja asing dan membina identiti Singapura, Lee menjawab:
"Kita tidak akan membawa orang asing terlalu banyak dengan terlalu cepat. Kita akan bekerja keras untuk mengintegrasikan mereka dengan warga setempat. ita tidak bercadang untuk mempunyai penduduk lebih 6 juta. Kita tak pernah cuba ke arah itu. Jangan bimbang. "
Komen Lee kelihatan bertentangan dengan sikapnya pada asalnya yang pernah mendesak rakyat Singapura berulang kali untuk lebih menerima warga asing dengan mesra.
Ketika berucap saat perbarisan Hari Kebangsaan tahun lalu, Lee berkata:
''Marilah kita menyambut mereka (pendatang) dengan hati yang terbuka, membantu mereka untuk menyesuaikan diri dan menggalakkan mereka yang akan menjadi warga negara untuk membina akar umbi di sini. Jika kita melakukan ini dengan baik, generasi berikutnya, anak-anak mereka, akan menjadi rakyat Singapura yang asli. "
U turn mendadak oleh Lee tidak mengubah fakta bahawa PAP telah merancang untuk membawa masuk orang asing lebih lagi dengan calon PAP untuk GRC Tampines Mah Bow Tan berkata pada tahun 2007 bahawa Singapura memerlukan 6.5 juta orang penduduk.
Lebih penting lagi, Lee Kuan Yew menyatakan minggu lalu bahawa PAP masih akan membawa masuk lebih ramai orang asing:
"Sila ambil perhatian: Kami masih memerlukan 900.000 pekerja asing dengan permit kerja yang dikeluarkan."
Singapura seharusnya tidak ditipu oleh minit-minit terakhir dengan bicara manis Lee kerana bagi mereka yang terdesak, ia akan membuat segala macam janji yang tidak mungkin terpenuhi.
Tahun ini 90,000 warga negara baru yang 'bersyukur' dengan kewarganegaraan akan mula mengundi pada 7 Mei di mana jumlah ini akan naik mendadak hingga 900,000 lima tahun akan datang. Ini adalah kesempatan terakhir bagi warga Singapura untuk merebut kembali pemilikan Singapura ke atas bangsa mereka.
Sumber : TEMASEK REVIEW