Wednesday, January 16, 2013

Baru Rancang Terowong ala SMART, Jakarta Terus Dilanda Banjir

Sedang Jakarta mempertimbangkan pembangunan terowong ala SMART yang bernilai RM 15 billion, kota tersebut dilanda banjir terburuk sejak tahun 2007 hari ini.

Sehingga kini 320 kawasan dalam wilayah Jakarta telah ditenggelami air antara 0.5 hingga 7 meter. 

Gabenor Jakarta, Joko Widodo menerima kecaman-kecaman orang ramai yang menganggap ia adalah balasan kata-katanya ketika berkempen beberapa bulan lalu dengan ayat " Jokowi datang, banjir hilang".

Namun lumrahnya Jakarta menerima curahan hujan yang tinggi dalam bulan Januari dan Februari.

Banjir terburuk yang lepas berlaku pada bulan Februari 2007.

TV One

Imej Detik

 Imej Detik

Imej Detik

Patrick Teoh Minta Maaf Selepas Hina Islam Secara Terbuka Dan Biadap

Patrick Teoh meminta maaf setengah jam lalu dengan nada yang menjelaskan bahawa permohonan maaf dan penarikbalikan kenyataan dibuat hanya setelah mendapat bantahan mencurah-curah. Tentu sahaja itu bukanlah 'sincere apologies'.

Ini bermakna dia kekal dengan pendapatnya yang menghina Islam dan memohon maaf tanpa rela.

Kebiadapan Patrick Teoh menghina Islam diselar dengan meluas hari ini di media sosial. Dia yang menempelak PAS Kedah berhubung larangan mengadakan persembahan seksi di Tahun Baru Cina tanpa rasa bersalah memasukkan perkataan-perkataan yang dinilai menghina Islam.

Adakah sesuai perkataan seperti ini diungkap oleh minoriti di negara penuh toleransi ini. Toleransi bukan penerimaan. Toleransi boleh ditarik balik.

Keceluparan Patrick Teoh telah menaikkan namanya di Trending Twitter mengalahkan Sharifah Zohra Jabeen dan Bawani yang menjadi polemik di UUM.

Kecaman terhadap Patrick Teoh kini bertali arus di Twitter.

Untuk itu, Patrick Teoh harus sanggup berdepan dengan akibat atas perbuatan biadapnya. Sama ada secara verbal, atau fizikal.

Terlalu banyak muka diberikan kepada bangsa jenis ini. Inilah hasilnya.