Hari ini, Ahad, 9 Januari 2011, kawasan selatan Sudan mengadakan pungutan suara menuntut kemerdekaan dari negara Sudan. 9 orang telah mati menjelang pungutan suara ini.
Pungutan suara ini akan menghasilkan sebuah negara baru. 3.9 juta pemilih akan menentukan dan syarat sah pemilihan ini ialah perlu tidak kurang 60% keluar mengundi.
Semalam, Presiden Sudan Selatan, Salva Kiir berucap di hadapan ribuan penduduknya. Walaupun belum rasminya menjadi sebuah negara, Sudan Selatan telah sejak beberapa tahun mempunyai pemerintahan sendiri, berbeza dengan dasar-dasar di Khartoum.
"Saya mendesak anda semua membuat keputusan secara damai sebagai langkah mengakhiri perjalanan yang panjang ini," kata Kiir. "Dari pandangan pemerintahan Sudan Selatan, kami menjanjikan atmosfera yang tenang dan jaminan keselamatan."
John Kerry, Senator Amerkia Syarikat yang juga salah satu pemantau di referendum ini, menyatakan kestabilan di Sudan Utara juga kritikal. Sudan akan kehilangan separuh tanahnya, hampir satu perempat populasinya dan pendapatan utamanya, minyak, jika Sudan Selatan memilih merdeka.
"Ini bukan hanya saat menentukan nasib sendiri dari Selatan, jika mereka melakukannya, tapi ini juga pembaharuan dari bangsa yang ada di Utara. Itu harapan kami, sama ada itu terjadi atau tidak, bergantung pada pemimpinnya," kata Kerry.
Sudan Selatan telah bertahun-tahun berperang saudara dengan Utara. Minggu-minggu kebelakangan ini berlaku gencatan senjata namun dua kelompok kecil belum dapat ditenangkan.
Jika referendum ini berjaya, negara terbesar di Afrika ini akan terbahagi dua antara Utara yang didominasi Arab Muslim dan Selatan yang didominasi etnik Afrika yang umumnya Kristian dan animis.
Julai nanti, Sudan Selatan akan menjadi negara termuda di dunia.
Amerika Syarikat sendiri telah meletakkan referendum di selatan ini sebagai tumpuan politik dalam dasar luar negeri mereka. Jika pungutan suara ini berjaya, Amerika berjanji mengeluarkan Sudan dari senarai negara pembiaya keganasan. - AP
p/s : Petronas yang melabur di Sudan tu pastinya di kawasan Selatan. Apa status mereka selepas ini?