Jumaat, Mei 02, 2014

Brunei, dengan penduduk 67% Islam, laksanakan hudud

 BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.

Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.

Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.

“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan  atau kesaksian empat saksi,” katanya.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.

SINARHARIAN

Antifa Malaysia berleluasa melalui Pakatan Rakyat

Nampaknya kumpulan anti-fasisme yang merupakan gerakan global yang cenderung menganut fahaman kacau-bilau telah meresapi negara ini melalui Pakatan Rakyat dengan simpatisan belaan mereka selama ini mula berani membawa bendera Anti Fasisme (Antifa) Malaysia. Mereka dipakai Pakatan Rakyat tanpa apa-apa desakan untuk marginalisasikan puak ini oleh komponen pakatan politik tidak berdaftar tersebut. Hasilnya mereka berakar umbi mengambil peluang dari kementahan sesetengah masyarakat terdesak berhubung isu politik lalu memakai mereka pula. Tambahan pula mereka membawa norma budaya yang jelas bertentangan dengan konsep kerajaan dalam Islam. Jadi harus apa? Biarkan?