Para pemikir PAS yang menghalalkan penggunaan 'Allah' oleh penganut Kristian mungkin tidak terfikir bahawa dengan menggunakan nama Allah, mereka akan membentuk sebuah kepincangan yang serius. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menulis :
The first misunderstanding is in the false equivalency that "Malay is Islam" and "Islam is Malay", which makes Malay the language of Muslims. Newsletters in Malay for religions other than Islam is a form of a culture shock for many Muslim Malaysians, who, of course, forget that if any language has a right to claim such a position, it would be Arabic. Yet we find Christian Arabs comfortably delivering sermons in church in Arabic throughout the Arab world. They even use the word "Allah" with no objections from the Muslims there because, as every Arab knows, the word "Allah" means "God".
Di sini ingin saya bertanya: Adakah orang Kristian dan Yahudi di tanah Arab semasa pemerintahan Rasulullah, bebas memakan khinzir dan meminum arak seperti di negara ini? Nanti! Bukan sahaja sebagai konsumer, malahan sebagai pejuang kilang arak dan ternakan babi! Ini berbeza dengan Arab Kristian dan Yahudi yang hanya mempunyai perselisihan tentang rasul akhir zaman dan berkongsi kesemua undang-undang syariah Injil (Old Testament) mahupun Al Quran yang hampir sama. Adakah penganut Kristian di negara ini bersetuju dengan undang-undang syariah? Hatta dari Old Testament itu sendiri? Sudah tentulah mereka Arab Kristian dan Yahudi berasal dari ahli kitab yang boleh dinikahi oleh orang Islam tanpa mereka perlu menukar agama. Adakah ini situasi orang Kristian di Malaysia?
Pastinya, dikemudian hari, akan ada tuntutan mengelirukan mereka yang kurang arif dengan mengatakan bahawa tidak perlu seseorang Kristian untuk memeluk Islam seandainya berlaku perkawinan antara keduanya. Maka akan berleluasalah pernikahan Islam Kristian dengan masing-masing mengekalkan agama masing-masing di negara ini. Inikah yang PAS mahukan? Sudah tentu penggunaannya nanti akan mewujudkan situasi di mana akan ada majlis yang melibatkan hidangan haram dan minumam haram dan dikelilingi perempuan-perempuan muda untuk dizinai, bersahut-sahutan mereka saling menyebut " MAY ALLAH BLESS US!! " ???
Pada masa itu, PAS sudah pasti menyalahkan 'pihak lain' dengan alasan bahawa ketungganglanggangan tersebut adalah hasil pemerintahan kerajaan Pusat padahal merekalah yang memberi izin kepada kekacauan akidah yang terjadi.
Sementara itu, web Dewan Ulamak PAS Pusat dalam artikel bertajuk "Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH" menyebut dengan penuh hati-hati tentang perkara ini :
" Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang."
...walhal mereka sendiri tahu, hukum fitnah akhir zaman tidak dapat membendung agenda pemurtadan belia Islam. Pun begitu, mereka masih membenarkannya.
PAS menghalalkan sebuah cara yang tidak kena dengan tempat, keadaan dan zaman demi matlamatnya. Ia ibarat seorang yang enggan berpuasa kerana bermusafir dengan menaiki pesawat selama 1 jam yang membawanya merentas jarak 500km.
Pendakwah Kristian di rantau ini berjaya memberi gambaran kepada PAS bahawa kelemahan mereka memiliki nama Tuhan membuatkan nama Allah dipohon untuk digunakan sebagai nama tuhan mereka demi sebuah kelulusan yang sebenarnya didalangi muslihat.
Muslihat terbesar yang telah terlaksana ialah dengan membuatkan PAS memperakui bahawa Allah mempunyai anak. Ini berlaku secara teknikal apabila PAS sendiri membenarkan Allah itu sebagai Tuhan agama triniti tersebut! Jika PAS kemudiannya akan menyebut pula bahawa "itu Tuhan mereka, bukannya Tuhan kita", bukankah ianya perbuatan menduakan Allah? Kemudian berkata pula mereka, Tuhan kita adalah Tuhan sebenar tetapi Tuhan mereka adalah khayalan, mengapa perlu diperakui penggunaan nama Allah sebagai tuhan dalam agama tersebut? Dan mengapa menggadaikan agama sendiri untuk diperolok-olokkan? Kristian hari ini bukan lagi Kristian di zaman Rasulullah!
Maksud ayat Surah Maryam (Ayat 88 - 92):

88. Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak." 89. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, 90. hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, 91. kerana mereka menda'wakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. 92. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.
Perlu diingat, golongan yang diingatkan Allah tentang kemuslihatannya ialah golongan yang menyatakan Allah itu mempunyai anak.
Perbuatan PAS merestui penggunaan Allah sebagai nama tuhan Kristian yang didakwa penganutnya sebagai mempunyai anak, dan para penganutnya pula bebas berzina, minum arak dan memakan daging babi tanpa ada batasan yang menghalang adalah kesilapan besar parti itu ke atas akidah umat Islam hatta umat manusia di negara ini, di masa depan.
Adakah PAS benar-benar tidak tahu tentang ini? Atau sesetengah mereka memang telah tahu dan itulah yang mereka mahu!