Saya menjawab " Haiya. You pun berangan sama itu Anhua la!" sambil diikuti gelak tawa nyonya tersebut.
Mendengar 916, saya teringatkan emas. Emas 916. Apakah kaitannya? Bukankah kuasa Dajjal akhir zaman adalah kuasa emas semata-mata di mana semua wang kertas ditiadakan nilainya nanti. Hanya emas yang disimpan oleh penyokong Dajjal yang membuktikan bahawa sebenarnya manusia ditipu dengan kepingan kertas yang diberikan nilai dan boleh dihilangkan nilainya.
Apakah kata-kata kuasa emas yang dimiliki penyokong Dajjal itu membuatkan Anwar terbawa-bawa dengan simbolik 16 September yang juga disebut 916 dalam bahasa Inggeris-Amerika dan Cina?
Sebenarnya, perkara ini perlu dikaji sejak sebelum 16 September 1963 lagi. Mengapa 916 dipilih, dan siapa di sebalik pemilihan tarikh tersebut yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang dilahirkan pada detik simbolik Kuasa Emas.
Sesungguhnya, tiap yang mula akan berakhir. Sama ada ditangguhkan atau dipercepatkan tuhan semata-mata. Tuhan menentukannya dengan memberi petunjuk atau membutakan mata rakyat yang menolak hukumnya dan menjunjung hukum buatan manusia. 916 pasti kembali lagi tahun hadapan. Berwaspadalah.