Khamis, Jun 26, 2008

Modal Insan Bakal Tandus

Masalah negara skang ni. Sara hidup meningkat. Dulu, sorang ketua keluarga yang menyara 7 orang anak beristerikan sorang suri rumah pun boleh hidup dengan RM800 sebulan. Memang la itu tahun 1970an. Kalau tahun 1960an mungkin angka tersebut rendah sikit kepada RM600. Tapi hari ni, RM4000 pun belum tentu cukup untuk sepasang suami isteri yang ada 5 orang anak.

Akibatnya, semakin menurunlah pertambahan penduduk Malaysia yang sebelum ini berada pada tahap 2.7% setahun. Mungkin unjuran tahun depan menunjukkan angka 1.5% dan sebelum tahun 2020, pertambahan penduduk menjadi kurang dari 1%. Untuk mencapai 40 juta penduduk mungkin memakan masa 100 tahun.

Kesan dari ini, semakin ramailah bujang-bujang terlajak. Purata umur berkahwin akan masuk ke angka tigapuluhan dan gejala sosial seperti ikatan seks luar nikah akan menjadi-jadi. Kesemua ini adalah kesan yang dilihat amat terancang oleh pihak Barat dalam menjatuhkan keindahan Islam dalam membina masyarakat yang sempurna akhlaknya.

Segala-galanya berpunca dari minyak. Minyak mengawal segalanya. Apabila minyak telah jatuh ke tangan Barat, maka Barat mengawal manusia keseluruhannya. Ironiknya, emas hitam ini dicipta untuk berada di negara-negara orang Islam dengan banyaknya. Tetapi, apa yang telah terjadi hari ini, jelas menampakkan bahawa sesungguhnya, Dajal telah terlalu menghampiri kita.

Kehidupan orang kampung lebih baik dari orang bandar. Dengan kenaikan harga getah asli, harga komoditi sawit dan hasil pertanian, orang-orang kampung mampu untuk menyerap kenaikan mendadak inflasi dunia.

Terjerit-jeritlah orang-orang bandar di tempat-tempat berdemonstrasi dengan alasan ' apa nasib orang kampung? bagaimana mereka mahu hidup dengan inflasi mendadak ' walhal merekalah orang-orang bandar ini yang tersepit dengan tersepit-sepitnya. Tetapi malu untuk mengaku. Ego meninggi. Dan mempergunakan orang-orang kampung sebagai alasan.

Jika benar orang-orang kampung yang tersepit, mengapa tiada demonstrasi petani yang membanjiri ibukota seperti yang berlaku di negara tetangga?

Sesungguhnya hari ini, kadar penduduk bandar di Malaysia telah meningkat kepada 60%. Ini bermakna hanya 40% dari penduduk Malaysia tinggal di luar bandar mengusahakan tanah-tanah pertanian di tanah-tanah rancangan mahupun kebun-kebun sendiri. Mereka sedikit sebanyak menerima kesan keuntungan hasil kenaikan harga hasil mahsul pertanian.

Manakala orang bandar terus tersepit, tidak mampu untuk hidup sendirian apatah lagi menanggung anak bini, lalu terpaksa membuat kerja-kerja lebih masa yang ternyata meletihkan dan membuatkan rutin kehidupan menjadi kucar-kacir.

Para-para majikan yang selesa dengan pendapatan yang besar tidak mahu bertanggungjawab untuk memastikan anak buah mereka dapat bekerja dengan selesa lalu memeras dengan penuh kejam akan produktiviti, kualiti serta keupayaan anak buah mereka sehinggakan mereka tersepit untuk kesekian kalinya. Maka pemberontakan menjadi-jadi, budi bicara menjadi hilang dan budi bahasa menjadi pudar dan rosak.

Inilah Malaysia yang bakal kita diami sedikit masa lagi. Sikap pentingkan diri sendiri demi survival akan membunuh budaya sopan dan kes-kes jenayah mencuri dan menyamun akan membunuh budaya ehsan. Pelapis-pelapis yang akan memimpin masa depan akan tertapis oleh pahit getir kehidupan dan akhirnya negara tidak mungkin lagi memiliki modal insan yang dibangga-banggakan beberapa tahun lalu.

Selasa, Jun 24, 2008

Tambun Di Bom !

New Straits Times, Sunday, June 22 2008

Sleepy Tambun town awakes to explosion

By : P. Chandra Sagaran


IPOH: The anxious one-week wait by 4,000 residents in Tambun ended yesterday when a live 454kg World War 2 bomb was detonated on the banks of Sungai Pinji, the spot where it was found.

The residents from Taman Tambun, Taman Tambun Jaya, Kampung Baru Tambun and Kampung Malay Reserve started to vacate their quarters from as early as 7am.

They were ferried to waiting areas at the Tambun mosque and the Royal Malay Regiment army base in Jalan Tambun.

The roads leading to the site were blocked.

Ipoh city police chief ACP Azisman Alias, who was coordinating operations, said the bomb disposal unit got started at 8.30am.

Assisting the unit were about 200 men from the Fire and Rescue Department, Public Works Department, Department of Irrigation and Drainage, Ipoh City Council, Kinta district office, the army, and Mineral and Geoscience Department.

Sandbags were placed around the bomb before detonation.

The 20 members of the bomb disposal unit, headed by ASP Ong Fah Lim, detonated the bomb at 10.03am.

But the bomb was not completely destroyed and the bomb disposal unit began work on it again. It was detonated for the second time at 10.50am.

The bomb was found by an angler on June 14 at 5.30pm.

It could not be moved as it was risky and had be to detonated on the spot.

Azisman said the British- made bomb could have been dropped during the Japanese Occupation to blow up the bridge over the river, which linked Tambun town and the city.

The bomb, which could have been manufactured in 1945, had a killing zone of 300 metres.

"The detonation went on smoothly and the explosion did not cause any untoward incidents, injuries or damages," Azisman said.

"I thank the public for their cooperation."

Azisman said that the bomb fragments would be kept at the Tambun police station as souvenirs.

Factory worker Tipah Mat Kassim, 48, whose flat is about 300 metres away from the site, said she was happy that the bomb had been detonated as her family had been living in fear.

"I came to know about the bomb last Saturday when I heard Tambun residents talking about it," said Tipah.

"My children had a look at the bomb in the river but I dared not go near."



Pekan Tambun yang lengang pada pagi Sabtu lalu apabila 5000 orang dipindahkan demi keselamatan mereka.— Pictures by Ikhwan Munir and Muhaizan Yahya (NST)

Ulasan

Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya memusnahkan bom di pinggir pekan Tambun tanpa mendatangkan kemusnahan harta benda penduduk sekitar. Bom yang mempunyai killing zone sehingga 300 meter radius ini adalah buatan British tahun 1945 dan dipercayai terbenam ke dalam lumpur semasa digugurkan.

Tetapi, sekiranya Jepun menyerah pada Ogos 1945 manakala bom tersebut dibuat pada tahun 1945, apa alasan bahawa bom tersebut digugurkan untuk menyekat kemaraan tentera Jepun padahal Tambun jatuh ke tangan Jepun pada tahun 1942.

Mungkin lebih tepat, bom tersebut digugurkan bagi membunuh pekebun-pekebun Cina yang bersatu dengan pengganas komunis yang pada waktu itu menguasai pekan Tambun dengan bermaharajalela melakukan kemusnahan harta benda dan jiwa raga.

Tetapi tidakkah ianya merupakan tindakan pengecut yang menjebakkan penduduk Melayu yang tidak berdosa yang merupakan penduduk asal Tambun? Dengan killing zone seluas 300 meter radius, bukan sahaja jambatan Sungai Pinji yang musnah, kematian mungkin mampu mencapai beratus-ratus orang yang terdiri dari berbagai kaum yang mendiami pekan Tambun termasuk orang-orang hindu.

Kekejaman British dilupakan begitu sahaja dan sesetengah orang hindu masih mengadu nasib dan mengharapkan British menjadi tuan mereka hari ini dengan mengusulkan petisyen menyelamatkan mereka dari 'penjajah' Melayu melalui HINDRAF pada tahun 2007. Pelik tapi benar. Menghuni di tanah orang Melayu dan menyatakan orang Melayu menjajah mereka. Kelakar dan seakan-akan tuntutan orang mabuk todi.

Sabtu, Jun 21, 2008

MIC Sokong Pelampau Hindu

Utusan Malaysia, Sabtu, 21 Jun 2008

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG terkejut dengan reaksi Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel terhadap kenyataan Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Hindraf.

Beliau bukan sahaja membidas malah membangkitkan soal asal usul Dr. Mahathir. Pada Awang, ia tindakan keterlaluan.

Sepatutnya beliau menunjukkan kematangan dan bukannya emosional sehingga kelihatan menghina negarawan yang banyak berjasa.

Lagipun pandangan Dr. Mahathir dikongsi oleh banyak pihak terutama ramai orang Melayu di akar umbi yang melihat Hindraf sebagai gerakan pelampau.

Wajarkah MIC ghairah menyokong kumpulan yang memfitnah dan mensabotaj negara di peringkat antarabangsa serta merusuh dan melanggar undang-undang? Bagaimana pula jika ada pertubuhan Melayu atau kaum lain bertindak demikian?

Selama ini, para pemimpin Melayu berani mengambil risiko menentang golongan pelampau agama dari kalangan kaum itu kerana lebih mengutamakan keselamatan negara dan kepentingan semua kaum.

Tetapi nampaknya Palanivel dan mungkin ramai lagi lebih utamakan kaum mereka. Dan siapa sebenarnya menyokong pelampau?


Awang – Anti pelampau kaum.

Ulasan

Begitulah apa yang dikatakan sebagai pelampau yang perlu dihapuskan hingga ke akar umbi. Bermula dengan isu HINDRAF, hari ini, MIC yang ditolak oleh pengundi-pengundi hindu bekas pendatang di bumi ini mula mencari arah. Mereka mula mencari jalan untuk memenangi hati hindu-hindu ini dengan mula berpaling dan menyokong gerakan pelampau hindu ini. Mengapa ini boleh terjadi? Ini terjadi kerana oran-orang Melayu berdiam diri dan gagal menunjukkan rasa tidak senang mereka terhadap gerakan HINDRAF. Jika orang-orang Melayu berjaya menunjukkan bahawa mereka tidak senang dengan perlakuan hindu-hindu ini, nescaya mereka tidak akan sewenangnya bersuara dengan nada biadap dan kurang ajar. Salah mereka atau salah orang Melayu? Jika pepimpin Melayu sendiri gagal mendiamkan mereka, rakyat Melayu lah yang bertanggungjawab untuk mendiamkan mereka.

Jumaat, Jun 20, 2008

Parti Ahlul Sarkas

Utusan Malaysia, Jumaat, 20 Jun 2008

Tahniah, Pas sudah berubah

PA' SHEIKH
Bandar Baru Bangi

UCAPAN tahniah patut diberi kepada Pas terutama Dewan Ulama Pas kerana Pas telah berubah.

Kalau dahulu menurut ulama-ulama Pas, dalam Islam hanya ada dua hari perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Tetapi sekarang Pas menyambut Hari Wanita, Hari Ibu dan memberi ucapan Selamat Tahun Baru Cina dan lain-lain.

Sekarang ada majlis hi-tea Hari Wanita. Cuma yang belum boleh lagi ialah Hari Kekasih (Valentine's Day), mungkin menjelang pilihan raya umum akan datang ia dibolehkan mengikut keadaan.

Suara wanita adalah aurat maka negeri Kelantan Darul Naim tidak menghantar wakil qariah pada Tilawah Al-Quran anjuran kerajaan (kerajaan Taghut - menurut Pas). Tetapi sekarang ketua pembangkang di Parlimen adalah seorang wanita, suara wanita ini bukannya sebahagian dari aurat - dibolehkan.

Sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu, fatwa Pas - wanita tidak boleh jadi calon tetapi mengikut keadaan fatwa berubah dan ia dibolehkan. Yang anehnya ada kawasan pilihan raya, yang mana calon Pas seorang lelaki dan calon UMNO seorang wanita.

Semasa kempen pilihan raya di kawasan tersebut, Pas berkempen tidak boleh mengundi calon wanita. Sesiapa mengundi calon wanita adalah dayus kerana wanita tidak boleh jadi pemimpin. Kalau calon Pas seorang wanita, kempen Pas lain pula. Ini adalah kenyataan bukan cerita yang diada-adakan.

UMNO bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain (parti orang-orang kafir), menurut Pas adalah haram. Ada pihak mencadangkan agar UMNO dan Pas duduk berunding - pemimpin Pas tolak.

Alasannya, UMNO tolak Islam. Sekarang Pas berada dalam Pakatan Rakyat (Keadilan, Pas, DAP). Para pemimpin Pas rupanya lupa sejarah iaitu ucapan Presiden DAP sekarang - ''Langkah mayat saya dahulu... (sebelum mewujudkan negara Islam)''.

Pada pilihan raya umum lepas, ada kawasan ADUN yang menyaksikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) seorang Cina dan BN seorang Cina dari MCA.

Jentera Pas kawasan tersebut berkempen untuk calon PKR. Dalam kawasan Parlimen pula, calon BN seorang Cina dan calon PKR seorang Melayu lalu Pas berkempen, jangan undi Cina kafir laknat. Ini kebenaran yang berlaku. Nampaknya Pas juga mengamalkan cara matlamat menghalalkan cara.Tahniah sekali lagi kerana Pas telah berubah dan mengikut keadaan semasa.

Pas tidak ada bezanya dengan parti politik biasa. Tiba masanya untuk kesucian Islam - nama Islam pada Parti Islam Se-Malaysia itu diubah menjadi Parti Umat Se-Malaysia atau sebagainya demi kemuliaan Islam.

Akhir sekali saya terpaksa mengikut jejak langkah Allahyarham saudara Amaludin Darus sebagaimana dalam buku tulisan beliau yang bertajuk Kenapa saya tinggalkan Pas terbitan tahun 1977.

Bagi generasi baru dalam Pas (terutama Ketua Pemuda Pas dan Timbalan Presiden Pas), saya syorkan supaya membaca buku tersebut. (Amaludin adalah pemimpin awal penubuhan Pas). Dalam Islam, kita kena istiqomah dalam perjuangan.

Petikan akhir kata-kata Amaludin: ''Saya tidak mahu menyertai satu kumpulan yang bercakap tetapi tidak berbuat. Menegur orang lain, tetapi memejam mata kepada kesilapan-kesilapan golongan sendiri."

Ulasan

CANT AGREE MORE. APA YANG DIHURAIKAN IALAH APA YANG PENULIS MAHU KATAKAN.

Khamis, Jun 19, 2008

Gejolak Terpa Pak Lah

Utusan Malaysia, 19 Jun 2008

Pakatan Rakyat akan sokong usul

SHAH ALAM, 18 Jun - Pakatan Rakyat akan menyokong usul bagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ya" kata beliau bila ditanya sama ada Pakatan Rakyat akan menyokong usul yang dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Isnin ini, selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari ini. Beliau berkata demikian bila diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari ini bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah dan dua anggota parlimennya akan menyokong usul itu.

"Ini berita baik kepada saya tetapi kami dalam Pakatan Rakyat memang menyambut baik penyertaan oleh anggota-anggota baru dalam gabungan itu," kata beliau.

Ditanya sama beliau akan mengosongkan kerusi parlimen Bandar Tun Razak untuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Khalid berkata: "Saya ingat spekulasi ada tapi saya telah beri kenyataan setiap Ahli parlimen dalam Keadilan akan memberikan kerusinya kepada Anwar."

-Bernama

Analisis

Inilah dia trend baru yang telah dirancang sekian lama dengan cukup rapi oleh tangan-tangan tersembunyi yang bakal mencaturi politik negara ini di masa depan. Trend mengusulkan undi tidak percaya kepada seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa telah mula mengambil tempat dengan subur sekali.

Pak Lah telah digegarkan oleh dasar liberalnya sendiri. Adakah dasar liberal yang diperkenalkan oleh Pak Lah sejak beliau memimpin tampuk pemerintahan ini sememangnya dirancang untuk melalui saat-saat ini? Ianya merupakan tandatanya besar kepada sebahagian rakyat yang mahu berfikir.

Sebahagian rakyat yang lain tidak mempedulikan apa-apa lagi berkenaan agenda utama dunia yang dipimpin oleh satu kuasa dunia yang kita tahu siapa. Mereka mahu konsep liberalisma dan sosialisma digunapakai. Namun rakyat Malaysia sendiri tidak tahu di manakah had penggunaan liberalisma itu.

Menurut Protokol of Zion, kebebasan perlu diterapkan kepada pemikiran semua lapisan masyarakat kerana manusia tidak akan tahu cara untuk menggunakan kebebasan itu dengan cara bersederhana dan akhirnya manusia akan mencetuskan huru-hara. Ini memudahkan mereka untuk memasang boneka mereka untuk mengendalikan sesebuah negara yang berjaya mereka 'rampas'.

Amat malang bagi Malaysia kerana kepimpinan mutlak dan hakiki sudah terbunuh. Rakyat mula didodoikan dengan alunan gejolak kebebasan yang melangkau batas kesederhanaan.

Ahad, Jun 15, 2008

Rebet Petrol Sehari ?


RM625 bagi kereta bawah 2000 cc dan RM150 bagi motorsikal bawah 250 cc telah mula dibayar oleh kerajaan kepada pemilik-pemilik kenderaan tersebut sejak Sabtu lalu.

Maka berpusu-pusulah mereka yang memperbaharui atau membayar pendaftaran cukai jalan bermula 1 April 2008 hingga tarikh tersebut, ke pejabat pos untuk menuntut wang Rebet Petrol dari kerajaan.

Tetapi, apa yang dilihat, wang tersebut tidak mungkin terguna sebagai perbelanjaan mengisi minyak. Ianya dilihat sebagai bonus terpijak kepada rakyat yang memiliki kereta.

Habislah wang tersebut dalam masa sehari apabila mereka yang memungut rebet petrol itu melangkah keluar dari Pejabat Pos. Susu anak, lampin, beras, isi minyak, hutang piutang dan semestinya wang tersebut hanya membuatkan tangki minyak kereta mereka terisi penuh sekali sahaja.

Dan seterusnya mereka akan menanggung kesan kenaikan harga minyak tersebut mulai hari itu hingga hari-hari berikutnya yang mendatang tanpa Rebet Petrol menjanjikan apa-apa keringanan beban seperti yang dijaja oleh kerajaan.


Sabtu, Jun 14, 2008

Media Indonesia Keji?

Utusan Malaysia, Sabtu, 14 Jun 2008

Sempadan muncul antara minyak, agama

Isu kenaikan harga bahan bakar di Indonesia masih diprotes oleh segenap lapisan rakyat.

Sementara pertelagahan antara organisasi masyarakat yang mendokong kebebasan beragama dan penentangnya termasuk kewujudan aliran Ahmadiyah belum menampakkan penyelesaian di Indonesia.

Sebelum ini pemerintah telah memberikan bantuan tunai secara langsung kepada rakyat miskin untuk mengurangkan bebankan serta mereda kegelisahan mereka berikutan melambungnya harga minyak mentah dunia.

Dalam kes Ahmadiyah pula, kerajaan mengambil jalan tengah iaitu melarang ajaran Ahmadiyah yang dianggap menyeleweng daripada agama Islam itu disebarkan.

Namun aliran Ahmadiyah tidak dibubarkan sekalipun kerajaan didesak oleh pertubuhan radikal Islam supaya berbuat demikian.

Lusa kira-kira 5,000 anggota pertubuhan masyarakat Islam yang menuntut Ahmadiyah dibubarkan akan turun lagi ke jalan raya untuk mendesak pemerintah.

Namun di tengah kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga, pro dan kontra tentang kebebasan beragama dan keyakinan akidah, isu kedaulatan Indonesia di perbatasan dibangkitkan semula oleh media tempatan.

Ia cuba dipanaskan setelah pihak berkuasa perhutanan di Kalimantan Barat mengesan pembinaan sebuah tempat pendaratan helikopter yang kekal di kawasan sempadan kedua negara.

Sebuah media tempatan dalam rencana pengarangnya mendakwa Malaysia cuba membuat provokasi melalui pembinaan tempat pendaratan helikopter.

Tanpa usul periksa penjelasan Kementerian Luar, tapak pendaratan pesawat itu dikatakan digunakan untuk kegiatan menyeludup kayu balak dari hutan Kalimantan ke Malaysia.

Menteri Perhutanan MS Kaban seperti yang dipetik dari akhbar Repulika mencurigai tempat pendaratan helikopter itu untuk membantu kegiatan pembalakan haram di Kalimantan.

Selain itu, timbul kecurigaan kemungkinan ia digunakan untuk aktiviti ketenteraan seperti pengintipan seperti yang disuarakan oleh Menteri Pertahanan, Juwono Sudarsono.

Bagaimanapun semalam, Menteri Luar Indonesia Hassan Wijuda menjelaskan, bahawa pembinaan kemudahan pendaratan pesawat itu adalah sebahagian daripada persetujuan bersama antara dua negara.

Tempat pendaratan di kawasan Malaysia dalam jarak dua kilometer dari sempadan itu adalah bagi keperluan kerja-kerja mengukur sempadan memandangkan kawasan lain di sepanjang sempadan itu tidak mempunyai laluan.

Selain itu tapak pendaratan berkenaan sukar untuk dibina di kawasan Indonesia kerana beberapa halangan termasuk bukit yang curam.

"Tidak ada yang pelik dengan pembangunan itu," kata Hassan kepada Jakarta Post.

Menurut Menteri Luar Indonesia itu lagi, kedua-dua negara telah bersetuju membina tujuh tempat pendaratan helikopter sepanjang sempadan Malaysia - Kalimantan.

Tidak ada salah dengan pembinaan itu kerana ia diuruskan oleh Jawatankuasa Bersama Sempadan Malaysia-Indonesia dan kemudahan itu juga digunakan oleh bahagian pemetaan Indonesia dalam kerja kerja mengukur di kawasan perbatasan, kata Hassan.

Duta besar Malaysia, Zainal Abidin Mohamad Zain dalam kenyataannya memberitahu tempat pendaratan itu dibina oleh pihak Indonesia sendiri (walaupun terletak di sebelah Malaysia) atas persetujuan bersama.

Melihat isu itu berkaitan dengan kedaulatan dan maruah negara yang mungkin memanaskan kembali hubungan kedua-dua negara, beliau mengingatkan pelbagai pihak agar menghentikan isu tersebut.

Ingatan Menteri Luar itu dianggap wajar demi menjaga hubungan baik dan bagi mematuhi perjanjian yang telah dibuat.

Namun di sebalik ingatan itu, beberapa pihak di negara ini dilihat berusaha untuk memberikan tanggapan negatif termasuk kelemahan pemerintah dalam menjaga kepentingan negara.

Agak menghairankan ketika isu utama lain perlu diberikan perhatian serius, terdapat pula perkara terpencil yang diangkat untuk menimbulkan suasana tidak tenteram antara kedua negara.

Bagaimanapun kerajaan kedua negara percaya perjanjian bersama melibatkan kawasan sempadan tidak boleh digugat dengan fakta yang tidak benar dan tidak jelas.


Analisis

Benar, di saat beribu-ribu lagi isu yang perlu diketengahkan oleh media Indonesia, banyak di antara mereka memilih untuk melariskan jualan akhbar mereka dengan isu-isu yang bakal menggeselkan hubungan dua hala Malaysia Indonesia.

Media di Indonesia boleh dikategorikan sebagai media murahan, tidak bertanggungjawab dan batu api keji yang gemar menyogok rakyat Indonesia yang kebanyakannya golongan berfikiran sempit kurang terpelajar dan bertindak mengikut emosi. Ya. Sebilangan sahaja. Bukan kesemuanya. Masih ada ramai lagi rakyat Indonesia yang waras berfikir tetapi bilangannya tidaklah seramai hooligan yang menanti isu antara dua negara ini untuk dijadikan bahan mereka berhibur menjerit protes dan membuang masa dengan tunjuk perasaan.

Mengapa tidak isu kesepakatan bersama, isu memakmurkan rantau Asia Tenggara dan isu-isu serumpun? Itu tidak menguntungkan mereka. Memang menjadi dasar media murahan, kebanyakan media di Indonesia hanya menyiarkan berita-berita yang belum terbukti kesahihannya dalam memprovokasi sebilangan rakyat Indonesia yang dangkal untuk memenuhi jalan-jalanraya bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Malaysia. Akibatnya kejadian bakar bendera Malaysia pernah berlaku satu ketika dulu.

Inilah padah apabila media tidak diperbetulkan halatujunya dan terus dibiarkan menganut fahaman keji lagi tercela. Tiada media seburuk media Indonesia yang gagal bersikap profesional dalam menyalur maklumat kepada rakyat mereka. Media Indonesia boleh dikategorikan sebagai media pengadu domba dan layak dikira sebagai berpemikiran kampung dan ketinggalan zaman.

Semoga media Indonesia satu hari nanti dapat keluar dari keburukan moraliti sebegini dan mendapat penghormatan antarabangsa.

Jumaat, Jun 13, 2008

Dunia Menanti Anarki?

Hari ini, dunia mengalami keadaan inflasi mendadak. Puncanya ialah kenaikan harga minyak mentah yang pada hari ini, mencatat rekod USD135 setong. Kesannya, harga bahan api petrol di Malaysia hari ini mencapai RM 2.70 seliter. Itupun telah menjadi isu besar keluh kesah segenap umat rakyat Malaysia.

Berbeza dengan 8 tahun lalu, harga petrol di Malaysia adalah pada kadar RM1.10 seliter pada ketika minyak mentah dunia berada pada paras USD30 setong. Jika nisbah RM1.10 berbanding USD30 digunapakai hari ini, harga petrol di Malaysia hari ini sepatutnya berada pada paras RM4.95 seliter. Dan sekiranya nisbah RM2.70 berbanding USD135 diambil kira, harga petrol 8 tahun lalu sepatutnya pada kadar RM0.60 seliter.

Ini bermakna, walaupun pada kadar RM1.10 seliter 8 tahun lalu, subsidi kerajaan ke atas bahan api petrol tidaklah sebesar hari ini. Hari ini kerajaan menanggung margin subsidi hampir sekali ganda berbanding 8 tahun lalu.

Namun, telah tertanam di benak rakyat Malaysia bahawa, kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia sebenarnya banyak menguntungkan Malaysia berdasarkan tanggapan bahawa, Malaysia dikayakan oleh perniagaan minyak antarabangsa yang diusahakan oleh Petronas, sebuah syarikat milik kerajaan.

Kenaikan harga minyak, dan kenaikan harga makanan asas yakni beras dan gandum sebenarnya merupakan satu langkah untuk menekan penduduk dunia oleh pihak-pihak yang percaya bahawa mereka telah mampu untuk menguasai umat manusia. Mereka telah lama mendapat ilham bahawa minyak mampu untuk menjadi kunci kepada inflasi dunia. Dengan inflasi, keadaan dunia tidak lagi tenteram dan anarki akan berleluasa. Dengan berleluasanya anarki, campurtangan kuasa besar adalah satu langkah yang dapat dibayangkan. Lebih subur anarki tersebut, lebih pantas inflasi meningkat. Ianya bergerak selari.

Lihat saja Zimbabwe yang inflasinya telah melepasi 1000% sehinggakan segulung tisu tandas kini berharga Z$145,750. Ianya berlaku apabila panik terhadap kelesuan ekonomi menjadi-jadi lalu menimbulkan kacau bilau sehingga Presiden Mugabe pada ketika itu hilang halatuju dan wang dicetak tanpa kawalan lagi. Dalam tempoh 8 tahun, harga barangan menjadi beribu-ribu kaliganda.

Itu adalah inflasi yang tertumpu pada satu negara. Hari ini, kenaikan harga minyak telah menjadi pemula kepada perjalanan untuk meruntuhkan negara-negara dunia dengan inflasi global yang seterusnya akan mencetuskan kacau bilau di merata-rata.

Fikirkanlah, dengan kuasa mengesan kewujudan minyak di dasar bumi yang ada pada mereka, mereka memomokkan bahawa dunia akan kehabisan minyak. Namun minyak terus dipam keluar dari kerak bumi tanpa ada bukti kekeringan telaga minyak secara mendadak di sana sini. Ekoran itu, mereka mengadakan perang di zon-zon pengeluar minyak sehinggalah berlaku keruncingan yang kononnya mengakibatkan harga minyak naik.

Patutkah mereka menyatakan bahawa harga minyak akan terus meningkat kerana dunia akan kehabisan minyak sedangkan mereka masih menyimpan benua Antartika yang pernah disebut sebagai Timur Tengah pada masa depan? Buat masa ini, mereka giat mengepam keluar minyak dari negara-negara Islam dengan harapan agar simpanan minyak di dalam bumi negara Islam akan pantas kehabisan, lalu negara-negara Islam akan jatuh tersungkur melukut di tepi gantang.

Patutkah mereka menaikkan harga minyak sehingga lebih 400% hanya dalam tempoh 8 tahun dengan alasan telah berlaku kacau bilau di Iraq dan Afghanistan yang jelas merekalah yang memulakan onar yang menjadi punca segalanya? Ini dilakukan bukan tanpa sebab. Sebab yang nyata ialah apa yang kita dapat rasakan hari ini.

Walaupun kita masih beruntung kerana kerajaan mampu memberi subsidi walaupun tidak seberapa, kita sendiri tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Inflasi yang mendesak kehidupan manusia selama beberapa tahun sebelum ini pun telah meningkatkan kes jenayah ragut, rompak, curi dan samun. Bagaimana pula selepas ini?

Ditakuti nanti, negara ini akan melahirkan lebih banyak penjenayah, perompak, penyamun dan peragut yang berbuat jenayah kerana survival untuk terus hidup. Mengambil hak orang lain semata-mata untuk mengisi tembolok anak bini yang tidak berdosa dan kelaparan dan mencetuskan huru hara semata-mata disebabkan tekanan hidup.

Stress akan berleluasa, masalah mental akan menjadi-jadi dan bunuh diri akan meningkat, semuanya hanya disebabkan kapitalis pemegang kuasa penentu harga minyak yang sememangnya mahukan keadaan menjadi huru hara atas niat mereka yang tidak lagi tersembunyi.

Semoga semua rakyat Malaysia dapat berfikir secara rasional, mengambil iktibar, memuhasabah diri dan mendekatkan diri pada aktiviti kerohanian bagi membunuh sifat memberontak, memaki hamun dan mencela takdir yang ditetapkan ke atas mereka yang pada akhirnya akan membunuh diri mereka sendiri.

Khamis, Jun 12, 2008

Seksaan Kakitangan Awam ?

Utusan Malaysia, Khamis, 12 Jun 2008

Gaji kakitangan awam dibayar dua kali sebulan mulai Ogos

Oleh HASHNAN ABDULLAH DAN
SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM

PUTRAJAYA 11 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan gaji pegawai dan kakitangan kerajaan akan dibayar dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini.

Perdana Menteri berkata, langkah itu diambil bagi membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api.

‘‘Separuh pertama gaji akan dibayar pada pertengahan bulan setiap bulan manakala separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.

‘‘Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan,’’ kata Abdullah pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Menurut Perdana Menteri, langkah pembayaran gaji kakitangan awam dua kali sebulan itu diputuskan pada mesyuarat pasca Kabinet bersama pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

‘‘Ia tidak dibincang dalam Kabinet tetapi dibincang dalam mesyuarat pasca Kabinet bersama pegawai tinggi kerajaan,’’ jelasnya.

Ditanya sama ada beliau menyarankan agar pihak swasta turut mencontohi tindakan tersebut, Abdullah berkata, langkah yang diambil itu adalah satu pendekatan yang positif.

Menurutnya, pembayaran gaji dua kali sebulan itu boleh membantu mengurangkan tekanan kewangan para pekerja.

‘‘Saya anggap ini satu pendekatan yang baik kerana ia membantu pekerja kita untuk uruskan aliran tunai isi rumah. Ini adalah penting,’’ jelasnya.

Analisis

Siapa yang menduga kerajaan telah bertindak tanpa bertanyakan pendapat kakitangan awam keseluruhannya? Di mana Omar Osman, Presiden CEUPACS? Bagaimanakah rundingan yang dibuat dengan kakitangan yang berjawatan besar bergaji ribuan malah belasan ribu ringgit itu hendak dijustifikasikan keputusannya dengan kakitangan awam yang rata-rata berpendapatan cukup makan?

Bagaimanakah pula kakitangan awam hendak mengendalikan pembiayaan rumah, kenderaan dan hutang-piutang yang dipotong terus melalui biro-biro koperasi? Dengan potongan KWSP dan segala macam hutang yang dibuat pada pembayaran gaji hujung bulan, kemungkinan besar rata-rata kakitangan awam tidak langsung mendapat gaji kedua malah terpaksa dipotong lagi gaji pertama bulan tersebut.

Institusi kewangan tidak akan peduli tentang masalah kakitangan awam yang kini tidak ada lagi tempat mengadu dengan tindakan-tindakan menindas yang hari ini menambah perit kepada kehidupan mereka seharian. Bayaran ansuran kereta kini perlu dipercepatkan ke pertengahan bulan dan segala-gala perbelanjaan perlu diselesaikan pada pertengahan bulan dan untuk perbelanjaan lain, tiada apa lagi yang tinggal.

Ini bukannya opsyen yang terbaik untuk kakitangan awam. Malah ini merupakan opsyen yang meningkatkan beban dan rata-rata tidak dipersetujui oleh kakitangan awam. Fakta tersiar di akhbar hanyalah dari lidah-lidah yang menyatakan sokongan dan tidak pula diketahui jumlah gaji mereka. Bagaimana pula pendapat yang menentang?

Gaji kakitangan awam seharusnya dipertingkatkan sedikit dengan tambahan walau sekadar RM50 ke atas Elaun Sara Hidup memandangkan kadar inflasi yang telah tiba ke tahap terburuk hari ini. Bukannya dengan membahagi dua gaji yang tidak seberapa. Ini hanya mendatangkan kecelaruan terhadap pengurusan kewangan kakitangan awam yang berpendapatan cukup makan.

Konsistensi Kerajaan Dituntut

Utusan Malaysia, Khamis, 12 Jun 2008
Minyak tidak naik lagi - Bagi kurangkan beban rakyat walaupun cecah AS$200 setong – PM

Oleh ROSNI HASSAN DAN
HERMAN HAMID

PUTRAJAYA 11 Jun – Harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini walaupun harga minyak di pasaran dunia dijangka berada pada paras yang tinggi pada bulan-bulan mendatang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bagi mengurangkan beban rakyat kerana kerajaan sedar rakyat sedang berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi.

“Harga petrol dan diesel sekarang akan dikekalkan walaupun harga minyak dunia mungkin mencecah AS$200 setong pada tahun ini,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Rabu lalu, kerajaan mengumumkan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter dan ia merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sebelum itu.

Harga diesel pula turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58.

Perdana Menteri memberi jaminan harga petrol dan diesel itu akan dikekalkan walaupun ia mungkin akan menimbulkan kesukaran kepada pengurusan kewangan kerajaan memandangkan harga minyak terus meningkat.

“Kerajaan kena cari kaedah-kaedah lain untuk tanggung perbelanjaan tambahan melainkan kalau ada sebab-sebab lain yang perlu kita pertimbangkan semula, tapi sebagai satu keputusan waktu ini, itulah yang telah pun ditetapkan,’’ katanya.

Abdullah memberitahu, pada masa ini kerajaan tidak akan menyemak semula harga petrol dan diesel secara bulanan berdasarkan harga minyak di pasaran dunia.

Beliau berkata, harga minyak mentah amat tinggi ketika ini sehingga AS$139 setong minggu lalu dan kini masih berada pada paras melebihi AS$130.

Ketika kerajaan mengumumkan harga baru bahan api itu pada 4 Jun lalu, harga petrol RM2.70 seliter dan diesel RM2.58 seliter ditetapkan berasaskan harga minyak di pasaran dunia sebanyak AS$125 setong.

Kenaikan 78 sen seliter bagi petrol dan RM1 bagi diesel masing-masing merupakan peningkatan 40 dan 63 peratus daripada harga asal RM1.92 dan RM1.58 seliter.

Menurut Abdullah, dengan harga semasa minyak mentah AS$130 setong, ini bermakna harga sebenar pasaran petrol telah meningkat kepada RM3.45 seliter.

Minggu lalu, Abdullah berkata, subsidi bahan api masih diberikan dalam bentuk diskaun 30 sen kepada pengguna, tetapi harganya akan diselaraskan setiap bulan mengikut harga pasaran minyak.

Kalau harga pasaran petrol pada harga RM3 seliter, misalnya, kerajaan akan menentukan harga minyak dengan memberi pengurangan 30 sen.

Maknanya harga yang perlu dibayar pengguna ialah RM2.70 walaupun harga sebenar petrol ialah RM3.

Perdana Menteri menjelaskan, sekiranya kerajaan mengamalkan subsidi 30 sen seliter, berdasarkan harga minyak AS$130 setong, harga petrol perlu diubah dari RM2.70 seliter kepada RM3.15 seliter pada bulan Julai dengan harga sebenar RM3.45 seliter.

Keputusan Kabinet hari ini bermakna semakan harga setiap bulan itu ditangguhkan dan menunjukkan kesediaan kerajaan menanggung subsidi bahan api yang lebih besar.

Ditanya sama ada keputusan Kabinet untuk terus menanggung subsidi minyak tanpa mengira berapa harga minyak di pasaran dunia itu akan menjejaskan kedudukan kewangan kerajaan, Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap akan memperoleh pendapatan lebih daripada syarikat minyak negara, Petronas.

Menjawab soalan lain, Abdullah menjelaskan, harga petrol dan diesel sekarang boleh diturunkan sekiranya harga minyak di pasaran dunia merudum.

“Kalau harga minyak dunia turun, kita boleh guna kaedah 30 sen yang didiskaunkan daripada harga petrol dan diesel sebenar,’’ ujarnya.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan sedang memikirkan langkah-langkah tambahan yang boleh dilaksanakan bagi meringankan beban rakyat.

“Hari ini pun kita umumkan langkah-langkah baru yang akan meringankan bebanan kakitangan awam dan rakyat.

“Itulah yang kita usahakan selalu sebab kita tahu kenaikan harga minyak itu memanglah tinggi dan menimbulkan kesusahan kepada rakyat,’’ kata beliau.

Analisis

Seluruh rakyat Malaysia hari ini, dengan penuh skeptikal meragui kerajaan yang memerintah kerana kerajaan Malaysia semakin terkenal dengan pendirian mereka yang goyah dan berubah-ubah.

Mula-mula sekali ialah berkenaan larangan kenderaan asing mengisi minyak sekitar kurang 50km dari sempadan yang mana selepas harga bahan api dinaikkan, larangan tersebut ditarik balik.

Keduanya apabila kerajaan mengumumkan kajian terhadap harga bahan api yang sedang dilakukan memungkinkan harga bahan api dinaikkan pada bulan ogos tetapi berakhir dengan pengumuman kenaikan bahan api hidrokarbon SEHARI kemudian.

Kali ini rakyat tidak percaya lagi tentang pendirian kerajaan berhubung isu minyak. Rata-rata rakyat berpendapat, sebarang jaminan kerajaan berhubung isu minyak hanyalah satu pendirian yang rapuh dan mungkin dusta semata-mata.

Apa yang telah berlaku hari ini? Ramai rakyat tertanya-tanya. Jawapan masih belum dimuktamadkan. Apakah yang tidak kena kepada kerajaan? Setelah dibadai tsunami politik 8 Mac 2008, kerajaan persekutuan semakin tidak konsisten. Kerajaan telah menghilangkan saki-baki keyakinan rakyat pada keseluruhan jentera pentadbiran.

Bukan isu harga minyak yang dipertikaikan oleh rakyat umumnya. Apa yang dipertikaikan ialah betapa kerajaan semakin terang-terangan menipu rakyat dengan pendirian-pendirian yang tidak konsisten dan menindas secara terang-terangan.

Rabu, Jun 04, 2008

Petrol Oh Petrol

Utusan Online 04/06/2008 5:56pm

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini


PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.


Utusan Malaysia Rabu 4 Jun 2008

Petrol harga pasaran? - Pengguna bagaimanapun akan terus nikmati subsidi

Oleh SUWARNI MOKHTAR
dan ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 3 Jun – Kerajaan berharap dapat menghapuskan kawalan harga petrol dan diesel pada masa depan bagi membolehkan bahan bakar itu dijual di stesen-stesen minyak di negara ini mengikut harga pasaran.

Bagaimanapun, dalam melaksanakannya, kerajaan akan tetap memastikan para pengguna terus menerima subsidi tetapi bukan menggunakan mekanisme yang diamalkan sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menegaskan, di bawah mekanisme baru subsidi itu akan berlaku kenaikan harga minyak di negara ini selaras dengan harga di pasaran dunia sekarang.

“Tetapi semua pemilik kenderaan persendirian di negara ini masih lagi boleh menikmati subsidi,” kata Shahrir pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pembinaan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau menambah: “Hanya mereka yang tidak mempunyai kenderaan tidak layak mendapat subsidi minyak.”

Bentuk pemberian subsidi itu, ujar beliau, mungkin berbeza mengikut individu.

“Sebagai contoh, mereka yang menggunakan kenderaan yang mahal mungkin akan mendapat subsidi yang lebih rendah berbanding yang menggunakan kereta kecil.

“Inilah yang kita cuba tentukan dalam mekanisme subsidi minyak yang akan diumumkan nanti,’’ kata beliau.

Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.

Sambil membayangkan kenaikan harga petrol dan diesel bagi mencerminkan realiti harga minyak dunia tidak dapat dielakkan, Shahrir menjelaskan, mekanisme pemberian subsidi bahan api yang akan dilaksanakan Ogos ini mungkin akan diberikan sama ada dalam bentuk kuota atau secara tunai.


Beliau memberitahu, pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok mengenai subsidi minyak merupakan langkah pertama ke arah penstrukturan skim subsidi bahan bakar itu.

Bagaimanapun, Shahrir berkata, kenaikan harga minyak tidak akan berkuat kuasa serta-merta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sementara itu, penetapan had bulanan tertentu penggunaan petrol dan diesel subsidi berdasarkan pendapatan dan jenis kenderaan pengguna adalah antara cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom, antara syor yang dipertimbangkan ialah memberikan subsidi minyak kepada pengguna hanya dalam jumlah tertentu.

Katanya, selepas melepasi had penggunaan minyak bersubsidi yang ditetapkan, jika seseorang ingin membeli minyak lagi, mereka perlu membayar petrol atau diesel yang dibeli pada harga pasaran iaitu harga tanpa subsidi.

“Sebagai contoh, jika seorang pengguna yang dibenarkan membeli 100 liter minyak bersubsidi setiap bulan telah melepasi had itu, dia perlu membayar harga normal bagi setiap liter tambahan petrol dan diesel yang dibelinya,” kata Mohd. Zain kepada Utusan Malaysia.

Beliau memberitahu, setakat ini syor itu masih di peringkat pertimbangan. “Jumlah minyak bersubsidi yang dirancang untuk diberikan kepada pengguna masih belum muktamad dan kadarnya tidak semestinya dinikmati oleh semua pihak,” katanya.

Mohd. Zain berkata, setiap pengguna berkemungkinan akan dibekalkan dengan sekeping kad khas yang menetapkan jumlah minyak bersubsidi yang layak dinikmatinya setiap bulan.

Kad itu boleh digunakan untuk membeli bahan api di stesen-stesen minyak tetapi harga minyak yang dijual dirancang ditetapkan mengikut harga pasaran peringkat global.

“Contohnya, jika harga petrol pada masa itu bernilai RM3 seliter, pemilik kenderaan dari luar Malaysia akan membelinya pada harga itu, tetapi rakyat tempatan yang layak boleh membeli jumlah tertentu petrol pada harga subsidi.

“Sekiranya mereka telah melebihi had penggunaan subsidi yang dibenarkan, mereka perlu membayar petrol dan diesel mengikut harga pasaran,” katanya.


Cadangan lain yang sedang diberikan pertimbangan oleh kerajaan adalah untuk menarik balik diesel bersubsidi kepada nelayan dan digantikan dengan baucer atau wang tunai untuk membeli minyak.

“Langkah ini difikirkan sesuai dilaksanakan memandangkan kerajaan menerima terlalu banyak aduan berkaitan penyalahgunaan diesel bersubsidi,” kata Mohd. Zain.

Mengikut perbincangan awal, terpulang kepada nelayan untuk menggunakan wang tunai subsidi diesel yang akan diberikan itu.

“Kalau nelayan tidak mahu menggunakan wang itu untuk membeli minyak, itu terpulanglah pada diri masing-masing, namun ini semua masih dalam peringkat perancangan,” ujar beliau.

Analisis

Memandangkan Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak, kenaikan drastik seperti ini tidak dialu-alukan oleh segenap lapisan rakyat. Pengenalan subsidi minyak sememangnya tidak sihat untuk iklim ekonomi yang kompetitif namun keseluruhannya, rakyat belum bersedia menghadapi kenaikan harga barang kesan dari kenaikan harga minyak di pasaran negara ini.

Walaupun dengan harga RM2.70 seliter masih merupakan harga subsidi, ianya merupakan beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Mekanisme subsidi minyak mengikut 'cc' kenderaan adalah yang terbaik sebenarnya. Namun sebentar tadi, kabinet telah membuat keputusan yang tidak popular.

Kenaikan sebanyak 40 sen bagi tempoh setahun mungkin sepatutnya lebik baik untuk dilakukan. Kenaikan drastik seperti ini hanya mengundang kemarahan rakyat yang telah lama disogok dengan subsidi sehinggakan mereka rata-rata tidak lagi berdaya saing dalam memastikan survival mereka terjamin di saat dunia mengalami krisis minyak dan makanan.

Namun, timbul keraguan kepada golongan rakyat apabila Petronas yang mengaut untung besar akibat kenaikan minyak dunia, tidak dapat menzahirkan status syarikat tersebut yang dikira 'milik-negara' dalam menjustifikasikan pasaran minyak domestik dengan harga dunia. Apakah Petronas hari ini bertujuan melebarkan margin keuntungan mereka demi kepentingan tembolok-tembolok yang tidak pernah mengecil? Itulah persoalan yang perlu diperhalusi oleh kepimpinan Pak Lah dalam menjawab persoalan yang hari ini telah menjadi satu kemarahan.

Ahad, Jun 01, 2008

Satu Kisah Lama

Post ini merupakan pengakuan atau kisah seorang mualaf yang telah berjaya mendalami Islam. Ia diedar dalam internet oleh pembaca-pembaca yang berasa terharu atas kenyataan pemilik artikel di bawah. Di petik dari sebuah forum dari beribu-ribu forum di internet.

Original posting: arjunaaaaa [msg] [block!]
31 Mar 2008, 10:06

ATHIESMA bermakna tidak percaya kepada Tuhan maupun satu kuasa ajaib yang menyeluruh dalam hidup kita.

Saya walaupun dilahirkan dalam keluarga yang beragama Kristian, mula terhakis kepercayaan saya kepada agama tersebut kerana ia tidak dapat menjawab banyak persoalan yang melanda jiwa dan otak saya.

Semasa saya berada dalam darjah enam saya suka belajar dan telah mengisi satu borang belajar secara menerusi pos mel atau surat menyurat untuk mazhab Katholik, iaitu satu cabang penting dalam agama Kristian.

Oleh kerana sumber itu dalam akhbar inggeris mengajak saya memohon untuk dapat pelajaran percuma itu, maka saya pun menulis memohonlah.

Mereka hantar saya bab-bab agama Katholik menerusi pos lebih kurang setiap minggu dan saya mengikuti sepenuhnya sehingga dapat kelulusan dari sumber Katholik itu.

Mereka hantar saya sehelai sijil dimana di dalamnya diperakui saya ini lulus dengan cemerlang agama Katholik.

Tetapi saya tidak berhenti di situ. Saya masih tertanya-tanya dan ingin meneroka lagi mana-mana sumber yang mengajak saya bertanya. Tidak ada sumber lain dalam akhbar zaman itu yang dari agama Hindu, Buddha atau Islam.

Di dalam rumah saya ada disimpan kitab Bible. Boleh dikatakan saya terhafal banyak bab dalam kitab tersebut. Saya tau ayat mana yang mengatakan manusia ini semua berdosa dari zaman nabi Adam lagi.

Saya tau ayat mana yang suruh kita sayang kepada jiran kita macam diri sendiri. Tentang Tuhan sayang dunia ini sehingga menghantar anak tunggalnya untuk diimani oleh sesiapa yang inginkan keselamatan akhirat.

Saya bukanlah cari sangat keselamatan akhirat. Saya cuma nak cari keselamatan dunia. Saya kebingungan mengapa saya lahir ke dunia ini.

Mengapa pula dilahir sebagai lelaki? Mengapa dilahirkan berbangsa Cina? Mengapa tidak berbangsa Melayu yang hidup senang releks sahaja? Cina ni susah. Asyik rotan anak.

Oleh kerana tidak ada sumber lain waktu itu, saya mula menganuti pemikiran atheis. Sebagai seorang atheis yang tidak percaya tuhan, bermakna tidak perlu berdoa, kerana tidak ada tuhan yang akan dengar doa tersebut.

Jika ada apa-apa mau tau, siasat sendiri sehingga dapat. Jika tak dapat, tunggu je lah. Mana tahu, satu hari nanti ada fakta baru keluar yang boleh menerangkan tentang kejadian alam ini.

Namun saya tidak kekal lama sebagai atheis. Jiwa itu apabila dah mula bertanya-tanya akan sentiasa tertanya hebat sehingga diluar kawalan diri kita sendiri.

Perlu juga satu minuman spiritual baginya. Saya mula mencari lebih mendalam menerusi lorong-lorong dalam kawasan perpustakaan. Saya dapat jawatan Penolong Librari di sekolah Victoria.

Saya dapat banyak buku mengenai agama Buddha, Tao atau Zen. Amat kurang waktu itu mengenai Islam atau Hindu. Semua agama saya mau terokai. Mana tau mana yang betul.

Tak akan tau sehingga diterokai dulu. Dengan itu saya menjadi lebih rapat dengan agama Buddha dan Tao. Dalam ajaran tersebut banyak mengajak bertafakur secara alami atau menyeluruh.

Itu dinamakan prinsip Ying dan Yang. Ada jantan, ada betina. Ada hitam, ada putih. Semua benda ada oppositenya. Saya pun berfikir waktu itu saya akan akhiri hidup saya sebagi sami buddha di atas gunung Nepal satu hari nanti.

Namun akhirnya tidaklah begitu. Apabila berlaku krisis dalam keluarga, saya menjadi agak panik dan serius tentang kemana harus saya bertanya untuk mendapatkan jawapan nekad.

Saya buka diari saya dan menulis kata-kata yang ditujukan kepada tuhan, seolah-olah mengaku diri tuhan itu ujud dan boleh memberi jawapan pulak kembali ke saya.

Enam bulan kemudian saya memeluk Islam iaitu pada tanggal 12hb, Januari, 1980. Hidup saya mengambil arah dan arus yang cukup menarik selepas itu.

Sehingga hari ini saya kira hala tuju perjalanan saya belum selesai. Namun banyak soalan hidup saya terjawab menerusi beberapa potong ayat Al-Quran. Misteri kejadian alam dan manusia lebih jelas sekarang.

Hanya saya seorang sahaja dalam keluarga saya yang memeluk Islam. Saya tidak berapa sanga pula ingin mengajak yang lain mengikuti saya.

Pernah adik setahun muda dari saya sendiri tanya saya tentang pilihan saya. Saya cuma jawab bahawa ia adalah perjalanan hidup yang personal dan private.

Masing-masing kubur masing-masing. Engkau, engkau, aku, aku. Cuma kebetulan kita adik beradik di alam ini. Itu lebih merupakan kebetulan.

Yang penting engkau harus bertanya, mengapa engkau ujud, dan mula mencari jawapannya. Orang lain tak mungkin menemui jawapan tersebut buat engkau.

Itu dah lebih dari 20 tahun dahulu. Masa itu beliau mengalami sakit jiwa kerana putus kasih dengan girlfriendnya yang merupakan seorang pramugari. Dengar khabar lari ikut airline pilot.

Adik saya cuba buat yoga dan bertapa untuk menghilangkan peritnya. Tak lama kemudan dia sembuh agaknya kerana dah tak nampak beryoga maupun bertanya lagi pasal agama.

Tahun lepas adik perempuan saya pula yang mengalami krisis dalam hidup sehingga hampir-hampir mau membunuh diri. Terpaksa saya pula cuba memberi kaunseling kepadanya.

Tidak dapat elak dia bertanya pula tentang Islam. Saya jawablah apa yang saya boleh. Tetapi saya tetap dengan prinsip saya, bahawa mengenal Islam itu hendaklah personal dan private, bukan kerana peer pressure atau ajakan orang semata-mata.

Jika anda mau, anda akan tau dan ambilnya. Jika sekadar main-main seolah Islam itu ubat sakit jiwa maaflah, saya kurang setuju ia diperlakukan sedemikian.

Akhirnya adik saya terbiar begitu sahaja tidak memasuki mana-mana agama. Kawan-kawan kristian dia pun pening macamana nak layan permasalahannya.

Satu hari mungkinkah mereka jumpa jalan atau tidak, saya tidak tau. Kerana kepada saya, kita tidak mungkin dapat mengenal Allah. Adalah terpulang kepada Allah samada Dia ingin memberi kita hidayah atau tidak.

Kita tidak berkuasa menukar agama orang lain. Itu pun Al-Quran meletakkan 'Tiada paksaan di dalam Ad-din. Yang terang adalah mengalahkan yang lain.' Ia adalah obvious.

Jika orang tidak terima, kita tidak hairan. Kita masih menjalani hidup kita dengan gembira dan aman damai. Yang penting ialah jangan kita sengsara atas perkara yang diluar kawalan kita.

Kita harus ikhtiar atas perkara yang dalam kawalan kita. Kepada saya perkara itu adalh ilmu dan perjalanan hidup kita. Mungkin saya ini tidak cukup ilmu bathin sehingga tidak dapat menguasai hati nurani adik-beradik saya.

Tetapi saya cukup menunjukkan contoh yang seberapa baik kepada suku sakat saya. Apabila ada seorang datuk sebelah emak saya jatuh sakit, saya biayai dia di rumah orang tua sehingga dia meninggal dunia.

Apabila ada seorang pakcik saya sebelah bapak sakit jantung dan tiada wang, saya tolong bayar duit doktornya.

Apabila hari Tahun Baru Cina, saya bawa isteri dan anak-anak duduk dengan emak saya. Sering hanya kami sahaja yang menemani dia pada hari tersebut. Adik-beradik yang lain ada sahaja hal. Emak saya mula sedar yang anak sulungnya sahaja yang taat.

Pernah emak saya hairan saya masuk Islam. Dia kata Cina banyak agama. Buddha pun ada, orang putih pun ada, mengapa saya pilih agama orang Melayu?

Tetapi kemudiannya dia kata dia ingat yang negeri Cina pun ramai dan lebih dulu masuk Islam daripada Malaysia. Akhirnya dia bukan sahaja terima saya masuk Islam malah menyiapkan tempat untuk saya solat!

Makanan saya pun dia jaga supaya halal khas untuk saya. Cuma waktu berpuasa dia cukup panik. Dalam bahasa hokkien dia akan bagi tau saya, "Awak sudah banyak kurus, buat apa puasa lagi? Tak makan nanti lagi kurus! Jangan bimbang makan di dalam gerai kita ini. Tak ada orang lain nampak!"

Saya jawab, "tak kira nampak ke tidak, puasa itu wajib, dan tak memudaratkan. Saya tak boleh makan sehingga berbuka".

Emak saya balas, "Makan! Boleh makan! Ada orang melayu sembunyi kat gerai saya makan!"

Itulah yang lucu. Payah saya mau terangkan tentang amalan Islam kepada emak saya padahal orang Islam yang lain pecah curfew.

Satu hari saya merancang mau kahwin. Emak saya pula tanya bangsa apa yang saya mau ambil dari sebagai isteri. Saya jawab tak kisahlah, bangsa apa pun. Emak saya pula kata, "Melayu tak boleh. Awak tak ingat 513?". 513 bermakna Mei 13.

Entah macamana calon untuk saya kahwin itu pulak susah saya cari dari kalangan bangsa Melayu maupun kaum polynesia yang lain.

Maklumlah kebanyakannya ketot berbanding dengan saya yang 6 kaki 2 inci tinggi. Akhirnya saya kahwin dengan orang putih afrika.

Kepada saya, pada awalnya agama Islam itu ganjil dan membingbangkan akhirnya apabila saya makin menyelaminya tidaklah begitu sama sekali, malah sudah menjadi sanubari hidup saya sekeluarga, dan sentiasa tidak kering gusi untuk saya mengkhabarkan kisah-kisah menarik sepanjang perjalanan hidup kami.


Begitulah kisah yang patut kita, golongan yang dilahirkan Islam, untuk mengambil iktibar dan memuhasabah diri kerana umum sebenarnya tahu bahawa mereka yang mencari Islam lebih mulia dari mereka yang dilahirkan Islam.