Hujan pagi Jumaat hari ini mengiringi kepergian seorang yang istimewa di mata teman. Kepergian Raja Ashman Shah ibn Sultan Azlan Shah menghibakan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Susuk yang terkenal istimewa ini merupakan seorang yang rendah diri lagi istimewa dengan penampilannya yang menuruti sunnah nabi, jarang-jarang sekali dimiliki oleh anakanda seorang Sultan yang memerintah sesebuah negeri. Raja Ashman mangkat pagi ini, Jumaat 7 Rabiulakhir 1433 bersamaan 30 Mac 2012 akibat serangan asma. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Amin.