Wednesday, July 25, 2012

Logo Kemerdekaan Paling Hodoh Didesak Supaya Ditukar!


Adalah buat pertama kalinya, Malaysia yang tidak pernah tertinggal dalam menonjolkan kreaviti rakyatnya dengan penghasilan logo Hari Kemerdekaan, menonjolkan sebuah himpunan ayat, perkataan dan entah apa lagi yang tidak layaknya disebut logo, untuk sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 ini.

Kajian menunjukkan 97% responden menilai logo Hari Kemerdekaan ke 55 ini adalah HODOH dan tidak merupakan sebuah logo melainkan himpunan keserabutan yang jelas tercampur aduk menjadi sesuatu yang memperlihatkan ada yang tidak kena pada negara ini.

Tidak salah memasukkan logo 1 Malaysia dan angka 55 hatta jika ingin memasukkan temanya sekali tetapi mestilah DALAM BENTUK LOGO! BUKAN DALAM HIMPUNAN CACA MARBA SEPERTI INI, KEMUDIAN DISEBUT LOGO. INI AMAT MEMALUKAN NEGARA!

Sesetengah yang lain berkata, logo yang boleh dicipta dengan Microsoft Word ini adalah yang paling malas, paling buruk, paling tidak menepati ciri-ciri logo dan paling jelik pernah dilihat.

Begitu juga dengan kemasukan tema sambutan yang sebelum ini tidak pernah dimasukkan ke dalam logo, malah terus terang dikatakan, inilah kali pertama, sambutan Hari Kemerdekaan negara ini 'dicemari' dengan logo sambutan yang HODOH.

ADALAH DIHARAPKAN AGAR LOGO SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN INI DITUKAR SERTA-MERTA DAN KESILAPAN SEPERTI INI TIDAK BOLEH DIULANG LANGSUNG KERANA NEGARA INI BUKANLAH DARI KALANGAN NEGARA-NEGARA MUNDUR AFRIKA YANG BARU MENGENAL KOMPUTER!