Media Indonesia gemar mengejek media Malaysia yang katanya tidak bebas dan tidak telus dalam melaporkan tentang sesuatu. Menurut mereka, mereka telah bebas melaungkan kebebasan bersuara. Hanya dengan setiap berita di portal boleh dikomen, bukan kemajuan pemberitaan namanya.
Majukah pemberitaan mereka sekiranya selepas 17 jam tsunami melanggar Mentawai, baru timbul berita tentang hilangnya ratusan orang di pulau tersebut.
Kebanyakan yang hilang adalah pemancing dan penduduk kampung termasuk sebuah kampung yang air naik hingga 600 meter ke daratan.
Turut dilaporkan hilang ialah sebuah kapal yang berisi 9 warga Australia yang gemar ke Mentawai untuk bermain papan luncur ombak.
Jika kepantasan berita tidak melambangkan kemajuan pemberitaan selain pengakuan jaguh demokrasi yang membawa suara-suara jalanan yang mungkin berpengetahuan tidak menjangkaui apa yang ada di kepala pemerintah, fungsi pemberitaan itu mungkin lebih baik diubah.
Kemajuan media bukanlah pada sejauh mana ia terbuka mengkritik kerajaan. Ia bergantung kepada sebaik mana informasi yang diperlukan rakyat, sampai ke pengetahuan rakyat, khususnya berhubung kejadian yang melibatkan kesejahteraan dan nyawa penduduk.
Seperti Suara Keadilan dan Harakah yang tidak ada langsung berita semasa berhubung bencana, kemalangan, kerosakan mahupun info penting lain, media jenis ini wajar disebut helaian propaganda semata-mata. Bukannya suratkhabar.