Friday, May 10, 2013

Ini Maksud Pepatah Perak " Cerodek Buah Pelior "

Sesuai sungguh situasi Pakatan Rakyat dengan sepotong pepatah orang Perak. Walaupun agak lucah pepatah tersebut, namun ia agak popular. Bukan sahaja popular, malah kena sangatlah dengan situasi mereka hari ini dan perlambangan mereka hari ini. Pepatah tersebut berbunyi :

CERODEK BUAH PELIOR, SATU SYOK KE DALAM, DUA TERSANDOR DI LUOR
 (Cerdik buah pelir, satu seronok ke dalam, dua tersandar di luar)

Ia membawa maksud kecerdikan yang tidak kena gaya yang akhirnya menguntungkan orang lain dan merugikan diri sendiri. Lihat sahaja perumpamaan bergambar di bawah. Hahahaha. Santai....


Lee Lam Thye, Khoo Kay Kim Pilihan Terbaik Wakil Cina Dalam Kerajaan

Kerajaan persekutuan pimpinan Najib digesa untuk tidak melantik mana-mana wakil pembangkang dari kalangan orang Cina untuk menjadi wakil orang Cina dalam kerajaan terutamanya DAP.

Ini kerana secara politiknya, orang Cina menolak wakil mereka ke dalam kerajaan, MAKA ADALAH BIJAK untuk kerajaan meletakkan wakil kaum tersebut dari kalangan mereka yang tidak terbabit dalam politik.

Saranan dan cadangan yang didengari meletakkan nama Lee Lam Thye, dan Khoo Kay Kim  sebagai nama-nama yang layak untuk duduk di dalam kabinet sebagai  mewakili masyarakat Cina di dalam kerqajaan pusat.

Cadangan Zainuddin Maidin agar DAP menyertai BN ditolak mentah-mentah oleh para pengundi dan penyokong BN di pelusuk negara. 

Ini kerana sikap anti elemen kemelayuan dan keislaman yang tinggi telah tertanam menjadi darah daging perjuangan DAP selama ini.

Lee Lam Thye seorang bekas ahli politik DAP dan Khoo Kay Kim pula merupakan sejarawan yang mahir dan teradaptasi dengan kenusantaraan negara ini.

Ini merupakan pilihan terbaik yang ada buat masa ini.


DAP Sedia Hantar Wakil Mereka Dalam Kabinet ?


DAP nampaknya bersedia untuk diterima wakilnya menyertai kabinet persekutuan sebagai wakil kaum Cina. Ini rentetan pendapat-pendapat yang membayangkan bahawa sikap keanak-anakan MCA yang menolak sebarang jawatan kabinet dibayar dengan melantik seorang dua wakil DAP ke dalam kabinet bagi mengadakan wakil masyarakat Cina.

Biarpun pendapat ini kurang popular, namun apa juga syor yang diutarakan berhubung wakil masyarakat Cina ini kini semakin bertiup kencang. Maki hamun juga harus dihadapi oleh kerajaan persekutuan dari penyokong UMNO sendiri andai wakil DAP diletakkan dalam kerajaan.

Tindakan tidak popular ini walaubagaimanapun dilihat sebagai permulaan dimensi baru kepada politik negara ini. Tetapi muslihat tersembunyi pembangkang dari jenis Melayu balaci harus ditangani terlebih dahulu. Keputusan harus dibuat dengan hati-hati. Hanya Melayu menjatuhkan Melayu. Bukannya Cina.

Kit Siang: DAP terbuka kepada cadangan mengenai perwakilan Cina dalam kerajaan

KUALA LUMPUR - DAP terbuka kepada syor dan cadangan mengenai keperluan perwakilan Cina dalam kerajaan dan akan memberi respons kepada perkara itu kemudian, kata penasihatnya Lim Kit Siang hari ini.
    
"Kelihatannya terdapat banyak syor dan pendapat baharu. Ini merupakan masa untuk meneliti cadangan dan syor itu, dan kami akan memberikan reaksi sewajarnya.
    
"Kami (akan) beri masa kepada mereka untuk mengemukakan semua cadangan," katanya pada sidang akhbar di sini semasa diminta mengulas gesaan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk memastikan ada perwakilan Cina dalam kerajaan.
    
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin semalam berkata langkah itu pasti sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.
    
Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam temuramah dengan akhbar Sin Chew semalam juga berkata DAP boleh mewakili kepentingan masyarakat Cina di peringkat kerajaan persekutuan.
   
Lim berkata: "Biar mereka kemukakan semua cadangan, kemudian kami akan beri respons."
    
"Kami akan tunggu dan lihat," katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu.
    
BN membentuk kerajaan persekutuan selepas memenangi 133 kerusi Parlimen mankala pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk.

Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu
menganggotai jemaah menteri baharu Najib.  
 

Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Parlimen. - Bernama

Balaci DAP Sesakkan Putrajaya

Kebencian meluap terhadap Pakatan Rakyat tersebar di kalangan kakitangan awam di Putrajaya apabila kesesakan teruk terjadi di Persiaran Sultan Salahuddin akibat kerja balaci-balaci DAP mengadakan tunjuk perasaan di Kompleks C yang menempatkan ibupejabat SPR.


Azmin Ali Setia Bersama PKR, Kecam Media dan UMNO


Darah 'dahagakan perhatian' yang mengalir dalam keluarga Haji Ali terserlah lagi apabila kehambaran menerpa prediksi umum setelah Azmin Ali yang diwawarkan merajuk dan mahu melakukan tindakan khianat ke atas partinya sendiri itu ternyata tidak berlaku. 

Malah, Azmin menuduh spekulasi pihak lawan dan media menjadi punca polemik tersebut padahal dia sendiri kelmarin membidas secara terbuka dengan kiasan bahawa MB Selangor adalah dari jenis pak turut.

Tetapi, ada sesuatu yang dipertimbangkan olehnya apabila sidang akhbar di ubah dari dibuat di DePalma Ampang ke ibupejabat PKR.

Tetapi apabila difikirkan, beranikah Azmin meninggalkan PKR apabila sedang dia dalam PKR pun, tersebar video dan gambar salah laku moralnya. Apatah lagi jika dia mengkhianati PKR, pasti ejen PKR yang jijik itu akan melondehkan seluarnya selondeh-londehnya. Telurnya dicengkam kuat oleh ejen-ejen ini sebenarnya.

Azmin Ali: Saya tidak akan khianat PKR
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
10 Mei 2013

PETALING JAYA - Di sebalik desas-desus perebutan jawatan menteri besar dan niatnya untuk meninggalkan parti, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata, ia hanya khabar angin yang direkayasa oleh Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak berhasrat untuk letak jawatan dalam parti, jauh sekali letak jawatan ahli Parlimen dan Adun Bukit Antarabangsa," ujar Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Menurut Azmin, kesetiaannya kepada parti tidak boleh dipertikaikan dan beliau sama sekali tidak akan mengkhianati kepercayaan rakyat kepadanya yang memilih sebagai sebagai Adun Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.

"Saya percaya khabar angin ini dimulakan oleh Umno-BN.

"Dari khabar-khabar angin ini mereka ingin menuduh saya sebagai individu yang tidak bertanggungjawab yang akan meninggalkan parti untuk kepentingan material dan kedudukan politik," katanya lagi.

Sejak 48 jam yang lalu angin bertiup kencang kononnya orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini mahu meninggalkan PKR dan PR.

Menurut sumber parti, ahli politik berusia 48 tahun itu mahu meninggalkan PR kerana didakwa tidak berpuas hati dengan peruntukan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor di kalangan parti dalam PR.

Dipercayai 11 tokoh kanan PR yang dikatakan baru terpilih sebagai ahli Parlimen akan mengikut jejak langkah Azmin.

Ketiadaan Azmin pada perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat"  PR yang dihadiri Anwar di Kelana Jaya, Selangor pada malam kelmarin turut menarik perhatian. Begitu juga mesej tweet pedas Azmin mengenai program itu.

Kelibat Azmin juga tidak kelihatan di majlis kesyukuran sempena kejayaan besar PR terus menguasai Selangor malam tadi sekali gus menguatkan lagi dakwaan pemimpin kanan PKR itu protes.

Bagaimanapun pada sidang media hari ini yang tertangguh hampir sejam, Azmin menyangkal sama sekali dakwaan itu.

Dilihat sebagai sesi sidang media yang agak luar biasa, kelihatan barisan kepimpinan PKR Selangor yang baru dilantik rakyat pada Ahad lalu turut serta.

Mereka tiba kira-kira jam 10 pagi dan berkumpul di luar pejabat PKR. - SINAR

Kumpulan Pelajar Malaysia Di Taiwan Mohon Maaf Hina Jalur Gemilang



Sekumpulan pelajar Malaysia di Taiwan yang menghina Jalur Gemilang beramai-ramai memohon maaf atas keterlanjuran mereka. Kononnya bukan maksud mereka untuk tidak menghormati negara tetapi sekadar rasa tidak puas hati atas dakwaan kononnya PRU dijalankan secara tidak telus.

Segalanya dah berlaku. Belang dah dipertunjukkan. Kami sudah tahu siapa anda.


Thursday May 9, 2013

Malaysians abroad claim no disrespect to flag or country




KUALA LUMPUR: A group of Malaysian students abroad who were photographed with an upside-down Jalur Gemilang have apologised for their behaviour.
They claimed they did it not out of disrespect for the nation or because they did not love the country's flag but only to express their dissatisfaction of the just-concluded general election that they alleged was carried out in an undemocratic way.
They said this in a joint-statement, published by Sin Chew Dailyyesterday.
“We do not go against our country or do not love our country. (We) also do not have any other agenda.
“Even though we are living abroad, we always care about situation in our country. (We) need a democratic and clean country which has a better future,” they said.
They hoped that Malaysians would “understand their feeling”.
Their act of holding the flag upside-down and showing lewd gestures had been criticised as “rude and arrogant” as well as an attempt to provoke anger among Malaysians.
The photograph showing the group spread via Facebook since Tuesday and had sparked anger from various parties.
Meanwhile, the Federation of Alumni Associations of Taiwan Universities Malaysia president Lee Ser Chong said that the federation did not agree with the move by the students as their act showed disrespect to the country.
“Maybe the students are too young. They did not know that their move was disrespectful to the country,” he said.
Lee said the federation hoped that students abroad could understand the real meaning behind the Jalur Gemilang and not simply show disrespect to the country's national flag.

Bekas MB Kedah, Azizan Razak Dipotong Kaki Akibat Diabetis

Bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak telah dipotong kaki kanannya separas lutut semalam jam 8.30 malam akibat komplikasi jangkitan kesan penyakit diabetes yang dialaminya.

Hari ini, pihak Hospital Pulau Pinang akan menjalankan pemeriksaan untuk kaki kirinya bagi mempertimbangkan keperluan untuk memotong  bahagian yang sama atas sebab yang sama.

Bersamalah kita mendoakan yang terbaik untuk beliau.



Updated: Thursday May 9, 2013 MYT 5:24:19 PM

Former Kedah MB Azizan to undergo surgery to amputate legs

By EMBUN MAJID and HAN KAR KAY


ALOR SETAR: Former Kedah Mentri BesarDatuk Seri Azizan Abdul Razak has been scheduled to undergo surgery to amputate both his legs at the Penang General Hospital on Thursday evening.
His press secretary Mohd Helmi Khalid confirmed that doctors had told his family that Azizan's legs would need to be amputated to prevent the infection in his legs from spreading to other parts of his body.
"The amputation will be made below his knees. The surgery is scheduled an hour from now (4.45pm)," he said on Wednesday.
Azizan, 69, was transferred to the Penang General Hospital from a private hospital here at about 4pm Tuesday after suffering a viral infection in his leg.
Helmi had earlier clarified that Azizan was hospitalised because he suffered from diabetes and not from a heart attack.
Azizan slipped into coma at 5.30pm on Wednesday but regained consciousness around 9am on Thursday.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom from the Prime Minister's Department visited Azizan around 3pm here.
"I urge the people to pray for Azizan's quick recovery," he said.



Sahihkah Kepemilikan Kad Pengenalan Mereka?


UNTUK ITU, KITA SEHARUSNYA MEMPERJUANGKAN SISTEM BIOMETRIK UNTUK TUJUAN PENGENALAN PEMILIH PADA PILIHANRAYA UMUM KE 14 KERANA KALI INI, KITA PERLU MENAPIS SECARA BENAR BENAR TELUS.


KEBIADABAN 1

KEBIADABAN 2

KEBIADABAN 3