Sabtu, Ogos 06, 2011

PAS Patut Keluar Pakatan Rakyat

Program pemurtadan yang dirancang pembangkang ke atas umat Islam negara ini dilihat mempunyai trend untuk menjadi perbuatan sah yang dilindungi undang-undang. Ini kerana, Perlembagaan Persekutuan membataskan penyebaran Kristian ke atas orang Melayu.


Artikel 11(4)

State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.


Jika melihat kepada trend Melayu yang iri dan memendam dendam kesumat, corak undi ikut rasa supaya binasa tidak harus dipraktikkan. Sikap yang ibarat, biar apa pun terjadi, asal kau tetap ku benci, perlu dikikis dari menjadi anutan. Inilah yang membuatkan orang Melayu tidak tahu apa hak mereka ke atas negara ini.

Hanya parlimen yang menentukan orang Melayu boleh beragama Buddha, Hindu, Kristian atau tidak.

Rata-rata orang Melayu tidak membaca langsung Perlembagaan Persekutuan dan pindaan ke atasnya tidak diambil peduli asalkan benci membenci menjadi senjata. Orang Melayu pada masa yang sama tidak merancang langsung apa yang perlu dibuat untuk memerintah negara.

Ketika inilah ada pihak yang akan mempergunakan kecelaruan pada Perlembagaan Persekutuan untuk menjerat orang Islam.

Tambahan pula peguam-peguam ini seperti M Kula, ahli parlimen DAP Ipoh Barat, memang terkenal dalam membela Tamil yang murtad menjadi Hindu semula.

Kumpulan ini akan melagakan Artikel 11(4) dengan Artikel 5(1) yang menjamin kebebasan merangkumi kebebasan memilih setiap orang.

Artikel 5(1)

5. (1) No person shall be deprived of his life or personal liberty save in
accordance with law.


Orang Islam yang bersama mereka nescaya akan terperangkap dan terpaksa menurut pindaan yang mahu mereka lakukan. Mujur mereka belum berkuasa.

Orang Islam yang bersama mereka hanya tahu apa yang disampaikan ke telinga sahaja. Fakta di sana sini tidak diketahui. Jika terdapat 1000 pembaca blog politik sesebuah pekan kecil, terdapat berbelas ribu lagi yang tidak ambil peduli. Apatah lagi tentang perlembagaan.

Pihak anti-Islam nampaknya melihat PAS dapat membawa lebih ramai orang Melayu dalam perangkap Pakatan Rakyat kerana orang PAS boleh membantu golongan anti-Islam pejuang murtad ini menjadi lebih kuat sekiranya mereka berkuasa kerana hari ini, prinsip politik mereka, tiada siapa berhak menentang agenda DAP.

Bayangkan matlamat menaikkan golongan anti-Islam ini dibuat di masjid-masjid melalui ceramah yang meraih sokongan ke arah PAS.

Langkah orang Islam yang paling cerdas dan bijaksana tetapi tidak dibuat ialah PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat.

PAS Perlu Keluar Pakatan Rakyat Sebelum PRU13

Agenda Kristianisasi tidak pernah berhenti. Ia berjalan dengan senyap selama beratus-ratus tahun sehinggalah mereka memperoleh kuasa politik untuk melaungkan agenda tersebut.

Tetapi kuasa politik ini menggunakan proksi mereka dalam menguasai minda orang Islam supaya kekal berpecah.

Akibatnya sangat menguntungkan mereka. Mereka akan memperoleh sejumlah sokongan yang memberikan mereka kuasa untuk melaksanakan putar belit perlembagaan untuk memerintah negara.

Kebanyakan ahli politik DAP mahir undang-undang sivil yang dipegang oleh Malaysia kerana kebanyakan mereka adalah pengamal undang-undang manakala ahli politik Melayu memang kurang dari kalangan peguam.

Sebab itulah para pengikut ahli politik Melayu tidak pernah diajar tentang politik dan cara mengendali sistem politik itu sendiri.

Sesungguhnya PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat sebelum PRU 13.

Jika tidak, masjid bakal dibina dari tabung derma. Itu sosialisasi yang turut diperjuangkan DAP dan PKR.

Misi Selamatkan Islam. Malaysia Di Ambang Sekularisma Menyeluruh

Umat Islam di Malaysia akan mencapai 70% dari penduduk negara ini dalam tempoh kurang 10 tahun. Peningkatan ini pernah dikesan telah dibatasi oleh pihak tertentu yang menguruskan hospital bersalin kerajaan di negara ini. Jika 70% umat Islam ini menyokong 1 parti, jika tidak 5 atau 6 parti yang bekerjasama atas dasar-dasar Islam, dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan mengikut kehendak Islam, memang boleh sangat. Malah sistem parlimen Malaysia membolehkan Malaysia ditadbir oleh undang-undang Islam sekiranya persetujuan 2/3 diperoleh di Parlimen. Inilah yang ditakuti DAP kerana Islam itu musuh mereka. Mereka tidak pernah menyebut bakal meletak calon Islam, mereka menggunakan istilah calon Melayu. Bukankah ianya perkauman? Mereka mungkin menyebut setiap Melayu itu Islam mengikut perlembagaan, tetapi Islam sendiri tidak relevan bagi mereka. Mereka masih melihat penganut Islam dari sudut Melayu termasuk PAS. Jika mereka melihat PAS sebagai Islam, mereka akan hormati kehendak rakan Islam mereka dalam mengendalikan premis arak, judi, urut, ayam, konsert artis negeri dajal dan paling teruk, menyokong murtad. Mereka tidak hiraukan itu semua kerana kunci yang membelenggu dua puak Melayu Islam yang bercanggah itu gagal dibuka oleh orang Melayu sendiri. Orang Melayu dengan sikap Melayu tidak melihat perancangan sesebuah pihak ke atas mereka adalah kerana mereka semua adalah orang Islam. PAS hanya perlu keluar Pakatan Rakyat dan menghantar wakil ke semua 222 kerusi parlimen dan 555 kerusi DUN sebagai pilihan ketiga selain BN dan PR. Setelah undi berpecah tiga, PAS berhak menyertai mana-mana pakatan untuk menubuhkan kerajaan. Ini sah dari segi sistem yang diamalkan. Cara politik jenis ini disorok dari orang Melayu.