Penurunan harga minyak yang diukur atas keluaran paling asas kegunaan orang ramai iaitu RON95 sebanyak 10 sen tidak menepati ramalan penulis yang menjangkakan penurunan sebanyak 20 hingga 30 sen.
Pun begitu, perlu ada penjelasan berhubung nilai penurunan ini oleh pihak berwajib memandangkan harga minyak berada paras paling rendah setakat ini sepanjang trend penurunan harga minyak yang mula berlaku dewasa ini.
Mungkin penurunan harga minyak dagangan umum untuk bulan September akan berlaku lagi walaupun ketika itu harga minyak dunia kembali naik.
Itu kita tidak tahu. Apapun, gunakan pendapatan negara sebaik mungkin kerana yang demikianlah orang ramai akan mempercayai pemerintah dalam memajukan negara tercinta.