Wednesday, April 16, 2014

Menakutkan, tanah-tanah masjid, surau, tanah-tanah perkuburan di negara ini dalam bahaya

APABILA BILANGAN MELAYU ISLAM TAK SEDAR DIRI TERUS MENINGKAT, MAKA KEDUDUKAN MASJID-MASJID, SURAU-SURAU, PERKUBURAN-PERKUBURAN ISLAM DI NEGARA INI YANG TIDAK BERGERAN AKAN TERANCAM.

INI KERANA MELAYU JENIS INI CENDERUNG MENAIKKAN GOLONGAN BUKAN ISLAM YANG CENDERUNG MEMPERTIKAI SEGALA-GALANYA TENTANG ISLAM UNTUK MENJADI PELINDUNG MEREKA YANG JELAS SEKALI AKAN MEMBAWA MUSIBAH KE ATAS UMAT ISLAM DI NEGARA INI.



BENARKAH tanah-tanah masjid, surau, tanah-tanah perkuburan dan institusi keIslaman lain di negara ini tidak memiliki status hakmilik atau geran?

Adakah kerajaan BN yang menaungi beberapa negeri terlalu yakin bahawa negeri mereka akan kekal dinaungi selama-lamanya.

Jika ia berada di bawah BN, atau di bawah Pas seperti di Kelantan mungkin tiada masalah, tetapi bagaimana sekiranya terlepas kepada tangan DAP seperti di Pulau Pinang atau kuasa politik Melayu yang dipegang oleh DAP seperti di Selangor atau Perak?

Saya difahamkan di Selangor hampir kesemua tanah masjid dan institusi agama Islam tidak mempunyai geran hakmilik, yang membuka ruang untuk diambil alih sewenang-wenangnya pada bila-bila masa.

Ingatan ini, saya difahamkan telah dititahkan berkali-kali oleh DYMM al-Sultan Selangor, tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan BN yang terdahulu.

Sekarang sudah terlambat. Difahamkan ada antara di negeri pembangkang itu mahu meminta tanah untuk mendirikan masjid pun amat sukar. Macam-macam syarat diletakkan.

Antaranya, jika tanah masjid diberikan, kena agih juga sama rata untuk tanah kuil, tokong dan gereja. Mereka mempunyai kepercayaan semuanya harus sama-rata, termasukkan jika diluluskan lima hektar tanah masjid dalam masa yang sama kena lulus juga lima hektar tanah bagi rumah ibadat agama-agama lain.

Tahniahlah diucapkan kepada orang Melayu Islam yang telah bersetuju dengan langkah tersebut.

Bak kata pepatah Melayu kuno "nasi sudah menjadi bubur." Saya tidak kata kita tidak boleh makan bubur, namun saya masih belum berjumpalah orang memakan bubur sebagai makanan ruji setiap hari.

Jika beras sudah menjadi bubur, ia tidak boleh menjadi nasi semula, walau dilakukan apa sekalipun.

Oleh itu, jadikanlah apa yang berlaku di negeri-negeri pembangkang itu sebagai iktibar kepada kita semua.



Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd