Monday, August 14, 2017

Sistem transit rel Lembah Klang guna nombor laluan ala Seoul, tetapi..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mengadaptasi sistem integrasi dan pernomboran laluan tren-tren yang beroperasi sebagai satu sistem yang berintegrasi bagi transit rel yang memberi khidmat kepada 7 juta penduduk Lembah Klang.


Ini mengingatkan kita kepada sistem yang digunapakai di Seoul yang mana bagi mereka yang kerap ke ibukota Negara Ginseng tersebut, pengetahuan mengenai sistem Seoul Metro hanyalah semata-mata bergantung kepada pengecaman laluan mengikut nombor dan warnanya.

Sistem di Seoul juga menjadikan beberapa laluan yang dibina dan diurus oleh pihak yang berbeza, gabungan sistem yang dibangunkan di laluan keretapi, sistem transit aliran massa dan tren lapangan terbang, dan ditadbir oleh pentadbir kota Seoul.

Dengan mengintegrasi kesemua pengangkutan rel ini, kepemilikan kad Touch & Go menjadi satu keperluan penting warga kota kerana ia melancarkan perjalanan ketika pertukaran tren yang berbeza dan pengguna tidak terikat dengan satu-satu destinasi sahaja. 

Cuma perbezaan yang melihatkan kekurangan sistem di Lembah Klang ini ialah hambatan dalam membolehkan penumpang bertukar laluan tren tanpa perlu keluar dari zon berbayar. 

Di Seoul, kesemua stesen pertukaran membolehkan anda untuk turun di sesebuah platform dan tiba di platform laluan pertukaran tanpa perlu sentuh keluar.

Pada pendapat teman, selagi SPAD dan Prasarana tidak dapat memastikan mereka - yang naik tren di Nilai dan turun di Bandar Tasik Selatan untuk bertukar tren ke Putra Heights sebelum menukar tren untuk ke destinasi tujuannya USJ - hanya perlu sentuh masuk di Nilai dan sentuh keluar di USJ , tidak perlulah diperkenal  dahulu sistem nombor laluan ini kerana ia belum mencapai integrasi menyeluruh dan boleh mendatangkan perbandingan yang - faham-faham sahajalah rakyat Malaysia ni - mempersenda.

Meninjau kemungkinan wakil kaum Cina jadi Perdana Menteri Malaysia ke tujuh

Katakan senario PRU14 begini dan akibat anutan fitnah yang berleluasa di kalangan orang Islam negara ini, yang tentu sekali akan diazab di dunia ini sebelum di akhirat, kuasa memerintah dicabut dari orang Islam. Kesan dari itu, kaum Cina, dijadikan takdir Tuhan sebagai Perdana Menteri. Bagaimana ini boleh terjadi. Lihat senario di bawah :

CALON BERTANDING

BARISAN NASIONAL (222)
Umno : 115
MCA : 38
MIC : 12
Gerakan : 10
Lain-lain komponen Semenanjung : 5
Komponen Sabah & Sarawak : 42

PAKATAN HARAPAN (222)
PPBM : 63
PKR : 62
DAP : 60
PAN : 37

GAGASAN SEJAHTERA (205)
PAS : 155
Ikatan : 50

LAIN-LAIN (113)
Berbagai parti : 62
Bebas : 51

Kira-kira di atas adalah berdasarkan bayangan gambaran senario yang disesuaikan dengan calon bertanding pada PRU13. Begitulah juga keputusannya seperti di bawah :

CALON MENANG

BARISAN NASIONAL (116)
Umno : 31
MCA : 37
MIC : 8
Gerakan : 7
Lain-lain komponen Semenanjung : 0
Komponen Sabah & Sarawak : 29

PAKATAN HARAPAN (76)
PPBM : 25
PKR : 31
DAP : 11
PAN : 9

GAGASAN SEJAHTERA (17)
PAS : 16
Ikatan : 1

LAIN-LAIN (13)
Berbagai parti : 11
Bebas : 2

Berdasar senario yang digambarkan, Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum Ke 14 dengan keputusan majoriti mudah seperti di atas dengan MCA buat pertama kalinya menggantikan UMNO dan menjadi parti paling dominan dalam Barisan Nasional dan secara hak, tradisi dan kaedah yang digunapakai oleh Barisan Nasional, Presiden MCA lah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

YAB Datuk Seri Liow Tiong Lai
Perdana Menteri Malaysia

Menjunjung kesepakatan dan tradisi yang bersistem dan adil, sebagai orang Melayu di negara ini terutamanya penyokong BN, ini adalah peristiwa unik yang seharusnya diraikan dengan cukup istimewa oleh semua pengundi BN tanpa mengira bangsa.

Kesepakatan BN yang kekal berprinsip dan adil dalam memberi hak-hak ke atas parti-parti gabungannya tidak boleh disanggah walaupun hal begini telah terjadi.

BN bukanlah lawan Pakatan Harapan jika dilihat bagaimana caca marbanya mereka berkalutan menempel muka-muka yang dianggap mampu beri pengaruh untuk kemenangan mereka biarpun mereka harus mencabul pendirian mereka sendiri.

Tidak mustahil kaum Cina beralih mengundi MCA pula kerana selain dari haprak DAP yang bilangannya beberapa kerat tetapi kelihatan ramai di media sosial dek akaun-akaun palsu, mereka tidak menggambarkan pendirian hampir 4 juta pengundi Cina di negara ini.

Jika ditakdirkan Liow Tiong Lai menjadi PM Malaysia seterusnya, teman masih mampu berasa bangga, teruja dan berasa tidak mengapa kerana penguasaan Bahasa Melayunya cukup baik dan yakin sekali positiviti ini bakal menggambarkan satu dimensi Malaysia yang baru.

Pencabulan DAP atas prinsip-prinsip yang mereka jaja selama ini dalam meraih undi kaum Cina, persekongkolan dengan dua parti sisa najis-najis UMNO, penerimaan parti 'Bumi only' ke dalam Pakatan Harapan yang sebelum ini berbangga dengan parti pelbagai kaum, penipuan tentang iklim ekonomi sehingga menimbulkan kegusaran tak berasas dan sikap tenang Najib menempuh fitnah yang menjadi anutan orang Melayu berdewakan Mahathir dan bermusuhkan Rosmah Mansor entah atas sebab apa, membuatkan hal ini tidak menjadi mustahil.

Mungkin juga tilikan siapa pengganti Najib selepas tamat teori RAHMAN terjawab apabila ditakdirkan penggantinya bukan orang Melayu lagi. 

Orang Cina yang bijak di negara ini tahu bahawa Malaysia boleh dipimpin oleh Perdana Menteri berbangsa Cina tetapi hanya melalui sistem perikatan yang diamalkan oleh Barisan Nasional. Bukan sistem menamakan siapa Perdana Menteri sesuka hati tanpa melihat struktur pecahan kerusi dalam kesepakatan mereka. 

Orang Melayu pula, dengan kemunduran pengetahuan tentang perjalanan ekonomi, mudah mempercayai, meyakini dan menyebarkan fitnah, mendewa-dewa pemimpin yang kononnya memberi kesejahteraan tanpa asas yang jelas dan mengundi dengan corak sekeluarga menyokong pihak yang sama juga membolehkan hal ini terjadi pasca-PRU14.

Sebelum ini terbukti 52% rakyat Malaysia telah memilih untuk menaikkan sebuah pemerintahan yang tak berketentuan apa-apa pada jalan yang jelas dan meyakinkan iklim ekonomi dan sosial pada PRU13 yang lalu cukup menggambarkan keterbelakangan daya fikir separuh rakyat negara ini tanpa mengira kaum.

Tetapi yakinkah kesemuanya memilih parti pilihan mereka semasa itu hingga le akhir hayat? Orang Melayu, mungkin. Tetapi orang Cina tidak begitu.

Ini kerana Orang Cina tidak mungkin mahu terpalit mentaliti Melayu walaupun selama ini menolak peluang untuk melihat wakil dari kaum mereka menjawat MO1 dengan mengundi DAP yang sejak 50 tahun lalu, hanya mampu berkokok dan menindas ahli sendiri dan tak mungkin mampu menjadi Perdana Menteri. 

Tetapi mungkin kali ini situasi berbeza? Kerana orang Cina mengundi dengan strategi holistik demi kepentingan bangsa mereka. Tidak seperti orang Melayu yang mengundi berdasarkan sentimen semata-mata.

Keadaan boleh mengubah corak undian orang Cina contohnya rusuhan di Jakarta pada tahun 1998 yang menyasarkan ke masyarakat Cina tanpa sebab, membuatkan hampir 80% orang Cina negara ini mengundi BN pada PRU 1999 bagi mengelakkan pertukaran rejim yang jika terjangkit dengan situasi di Jakarta, mereka merasakan terancam - sedangkan hampir 60% pengundi Melayu menolak BN dan UMNO kerana terkesan dengan pemecatan Anwar Ibrahim.



PAS berjaya buatkan DAP dan PKR kelihatan sangat bangsat

Bagaimanakah Pakatan Harapan dipercayai mampu memerintah negara sedangkan mereka tidak mampu memegang prinsip yang mereka banggakan selama ini?


Selama 8 tahun, perikatan DAP, PKR dan PAS mendabik dada bahawa UMNO, MCA, MIC, tiga parti yang berasaskan kaum tertentu sebagai tidak relevan dan ditolak rakyat.

Ketika itu, Pakatan Rakyat lebih dihormati dan dikagumi kerana mempunyai prinsip tersendiri yang tidak mampu diulas oleh perikatan Barisan Nasional.

Tetapi sayang, kata orang, jangan puji dulu. Tengok dulu bagaimana. Benar. Prestij pembangkang musnah apabila kesepakatan mereka menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai komponen dengan melantik kepala parti serpihan UMNO tersebut iaitu Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan, pakatan terbaru mereka selepas Pakatan Rakyat runtuh jua akhirnya.

Ini kerana parti baru ini adalah parti khusus kepada Bumiputra dan tidak terbuka kepada kaum bukan Bumiputra.

Lebih kelakar, pengerusi parti tersebut yang menjadi asas kebangkitan gerakan pembangkang satu ketika dahulu, kini dijadikan kepala.

Ketika usaha-usaha pihak tertentu dalam kerajaan pemerintah pada masa lalu kelam kabut mencari formula bagi melawan kelebihan Pakatan Rakyat yang tidak dianggotai parti berasaskan kaum, gerombolan tua dalam pembangkang menerima semula konsep parti berasaskan kaum kerana desakan tersendiri.

Tinjauan Menunjukkan Parti Berasaskan Kaum Semakin Tidak Relevan

 
Published on Monday, 16 March 2015 11:21



Tinjauan ditaja The Malaysian Insider mendapati, retorik kaum yang digunakan parti-parti ini tidak konsisten dengan apa dimahukan rakyat Malaysia. Sebanyak 76.9% daripada responden mengatakan mereka lebih berminat dengan parti yang inklusif kepada semua berbanding menumpukan hanya kepada komuniti mereka.
Tinjauan dilakukan Merdeka Center itu mendapati pengundi yang mahukan ini terdiri daripada pelbagai kaum, umur dan kepercayaan politik.
Jika dilihat daripada pecahan etnik, 67.5% Melayu, 91.4% Cina dan 89.2% India yang ditinjau mengatakan mereka lebih menyukai parti yang menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia. - Bacaan Lanjut

Pada tahun 2011 artikel ini disiar di lidah rasmi DAP,  Roket Kini.

Parti berasaskan kaum di dalam perikatan pemerintah hanya akan terus relevan sekiranya setiap kaum di bumi Malaysia ini saling meragui antara satu sama lain. Dengan cara itu saja mereka dapat terus menjadi hero. Perjuangan PR pula memerlukan semua rakyat mengetepikan perbezaan kaum dan berjuang atas prinsip mulia yang dipersetujui semua.
Kita mungkin tidak dapat memulihkan barah perkauman di Malaysia dalam tempoh satu hari. Tetapi antara jalan yang boleh kita ambil adalah dengan melepaskan kekuasaan daripada tangan mereka yang masih tersekat dengan corak pemikiran perkauman yang sudah ketinggalan zaman. Demi Malaysia yang lebih baik, apakah kita mahu perikatan Barisan Nasional (BN) yang akan terus bermain dengan isu kaum atau PR yang memperjuangkan kebaikan bersama?-roketkini.com - Bacaan Lanjut

Malah, pada bulan Mac lalu, pemimpin PAN ini menolak cadangan menjadikan Cap Bunga Raya sebagai teras pakatan pembangkang yang baharu.

'Tak perlu ada parti berteraskan Melayu ketuai PH' 

Pada 26-03-2017 02:03 Ditulis Oleh Shuhaniza Said


SHAH ALAM: Tidak perlu ada sebuah parti berteraskan Melayu untuk mengetuai Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mewujudkan keyakinan rakyat, demikian pendapat beberapa pemimpin dalam PH.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, sebagaimana gabungan pembangkang terdahulu, Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR), PH meletakkan perjuangan menegakkan demokrasi berlandaskan perlembagaan negara, bukan berasaskan kaum.        
"Kita tak pernah timbulkan langsung bahawa ada satu kaum yang harus menjadi teras di dalam pakatan tersebut.
"Kita sudah tidak menjadikan bangsa atau kaum sebagai teras gabungan politik. Kita melihat kesatuan semua, selagi berlandaskan perlembagaan, kita anggap itu jalan terbaik.
"Keluar dari formula lama Perikatan yang meletakkan Umno sebagai parti teras di mana yang lain perlu mengikutnya," katanya ketika dihubungi Antarapos. - Bacaan Lanjut

Hari ini tiada apa lagi kelebihan pembangkang yang boleh dibanggakan. Mereka telah diperkosa oleh sebuah parti  mentah yang baru didaftarkan beberapa bulan lalu, malah belum pernah lagi mengadakan pemilihan parti. DAP dan PKR yang mengambil langkah terkebelakang dalam keterpaksaan ini telah mengejutkan banyak pihak.

Pembangkang yang disangka kuat, digeruni dan kukuh ini rupa-rupanya bagaikan pelacur yang menggadai maruah demi kelangsungan hidup, rela diperkosa prinsip dan kekuatan yang menjadi kebanggaan mereka dan menyerlahkan bahawa mereka sedar mereka adalah lemah.

Sebenarnya PAS lah merupakan parti terkuat Pakatan Rakyat terdahulu. Setelah PAS tiada, kegelisahan mereka memuncak hingga mereka merasakan Mahathir mempunyai aura pengganti PAS.

Tetapi mereka lupa, rombakan prinsip pemimpin pembangkang dan Mahathir demi menjatuhkan Najib sedikit sebanyak membuatkan rakyat menjadi terkedu dan meluat.

Jika sebelum PRU13 dahulu pembangkang memenangi penguasaan media sosial tetapi mereka tetap kalah di lapangan dan hari ini, pakatan pembangkang yang bagaikan sarkas ini nampaknya mendapat tentangan sengit dari penyokong parti lawan di media sosial dan kecemerlangan mereka pra PRU13 dahulu tidak mampu lagi dipertahankan. Sifir ini menghadirkan bayangan jawapan pada PRU14 yang nampaknya mula kelihatan.

Tiada siapa mahu diperintah oleh golongan tidak berprinsip, mengubah dasar perjuangan tiba-tiba, mengenepikan pandangan ahli-ahli demi kuasa dan peluang mengatur wang dan kuasa dan tentu sekali puak yang berpura-pura baik sesama sendiri, memperbodohkan ahli,  menipu khalayak dan memaksa fitnah diterima sebagai fakta.

"Lawan tetap lawan" mereka kini diubah kepada "Lawan sampai U-Turn". Formulasi pakatan pembangkang mereka berganti-ganti tanpa langsung mendapatkan restu akar umbi.

Keghairahan mereka memiliki Mahathir sebagai kuda tua terbaik membuatkan mereka tidak nampak bahawa inilah permuafakatan paling menjengkelkan pernah wujud dalam politik tanah air sejak merdeka.