Selasa, November 30, 2010

Salah Satu Fitnah Anwar Di Indonesia

Walaupun terlewat, posting ini masih lagi relevan untuk menunjukkan kepada umum salah satu sikap buruk Anwar Ibrahim.

Selasa, 12/10/2010 20:06 WIB
Anwar Ibrahim: Media Malaysia Sering Sebut Saya Antek Indonesia
Muhammad Taufiqqurahman - detikNews

Jakarta - Mantan Wakil Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, sering dituduh media Malaysia sangat Indonesianis. Bahkan media di Negeri Jiran itu sering menyebutnya antek Indonesia karena sering berbicara tentang Indonesia.

"Kadangkala setiap saya berbicara di Indonesia, media Malaysia sering menyebut saya antek Indonesia," ujar Anwar Ibrahim.

Hal itu dikatakan Anwar saat berdiskusi di Bakoel Coffee, Jl Cikini Raya, Jakarta Pusat, Selasa (12/10/2010).

Menurut Anwar, perbedaan media Malaysia dan Indonesia terletak pada kebebasan pers kedua negara.

"Media di Malaysia terlalu dikontrol dan tidak ada liputan yang objektif," jelasnya.

Ulasan

Anwar Ibrahim menyebut ayat yang jelas mengadu domba antara kedua-dua negara. Ketika hubungan menjadi agak tegang beberapa ketika lalu, Anwar ke Indonesia dengan tanpa rasa bersalah, menyebut bahawa dia dituduh 'tali barut' Indonesia, yang merupakan gambaran seperti Malaysia dan Indonesia sedang berperang.

Inilah pemimpin yang gila kuasa, yang sanggup berbuat apa sahaja yang akhirnya menunjukkan kepada dunia bahawa dirinya tidaklah merupakan seorang tokoh yang layak disanjungi kerana maruahnya terlalu murah.

Pada masa bilakah media di Malaysia ada menyebut bahawa dia sebagai 'tali barut' Indonesia? Apatah lagi dengan tuduhan si Anwar ini yang mengatakan bahawa media Malaysia 'sering menyebut'?

Malangnya, Anwar sekadar melumur tahi ke mukanya sendiri. Alhasil, lihatlah salah satu komen dari pembaca akhbar digital tersebut :

datok
hei!.....anwar ibrahim! Malaysia itu dah sngt brdaulat dngn sistim kerajaan jdi tdk usah di recoki dngn paham demokrasi kau itu.

Apabila Musyrikin Mencedok Ayat Allah

Heran tak heran, "orang Islam" PAS dan PKR berseronok apabila orang bukan Islam dari kategori harbi (kerana dalam diam menentang syariat Islam), mengambil sedikit petikan ayat Al-Quran dalam menjustifikasikan perjuangan politik mereka.

Mereka malah tidak pula menjadi Islam, mengikut Islam apa lagi menjadi seorang Muslim yang beriman dengan Allah. Mereka tergolong dalam kategori orang-orang munafiq. Lebih malang, terbaru, seorang musyrik dalam PKR, menggunakan ayat dari Surah Ali Imran untuk memperbodoh-bodohkan 'orang Islam' dalam pakatan pembangkang.

Jika orang Islam terus-terusan mencintai munafikin ini, kita dapat lihat masa depan Islam dan bencana yang bakal Allah turunkan buat umat Islam itu sendiri kerana bertolong-tolongan dalam perbuatan yang mempersendakan agama Islam.

Jika munafikin dan musyrikin ini berani, mengapa mereka tidak melihat pula ayat-ayat Al Quran yang banyak menjelaskan kutukan ke atas mereka yang enggan beriman melalui ad-din yang telah ditetapkan untuk umat akhir zaman ini?

Jadi, jelas sekali 'orang Islam' PAS dan PKR bukanlah berada di landasan yang betul apabila mereka sepakat menyokong tindak-tanduk kafirin yang memperolok-olokkan Al Quran.

Mengambil sedikit, tetapi membutakan mata pada sebahagian besar kandungan Al-Quran itu sendiri.

Maka layakkah mereka dibaca sebagai pembela Islam sedangkan Islam dipihak mereka ialah Islam yang boleh diperolokkan oleh orang kafir?

Sesungguhnya, saat ketibaan Dajjal tercela nanti, dibelakangnya terdapat orang Yahudi dan kaum-kaum musyrikin. Petanda jelas telah lama kelihatan dalam Pakatan Rakyat.

Bilakah 'orang Islam' dalam PAS dan PKR akan sedar? Adakah setelah nyawa sampai di kerongkong? Nauzubillah. Renungkan video di bawah :



Ini pula ayat sebenar dan maksudnya yang sebenar bagi ayat yang dicedok oleh munafikin di atas.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

Renung-renungkan, selamat beramal!