Monday, July 08, 2013

Indonesia Sambut Ramadhan Pada 10 Julai, Ada yang 9 Julai



Umat Islam di Indonesia secara rasminya menyambut 1 Ramadhan 1434 serentak dengan negara ini. Namun seperti kebiasaan saban tahunnya, terdapat kumpulan penganut Islam lain yang tidak bersetuju dengan tarikh tersebut kerana menurut mereka, Ramadan bermula esok.

Senin, 08/07/2013 19:41 WIB

Menag: Awal Ramadan Jatuh pada 10 Juli

Bagus Prihantoro Nugroho - detikNews

Jakarta - Setelah pemantauan hilal dilakukan di sejumlah titik di Indonesia, pemerintah akhirnya menetapkan 1 Ramadan 1434 H jatuh pada Rabu, 10 Juli 2013. Sejumlah ormas Islam yang hadir dalam sidang isbat tidak berbeda pendapat terkait hasil pemantauan hilal dan penetapan awal Ramadan.

"Dengan demikian, dengan mengucapkan bismillahirrahmanirrahiim, kami tetapkan 1 Ramadan 1434 H adalah bertepatan dengan hari Rabu 10 Juli 2013," ujar Menteri Agama Suryadarma Ali dalam jumpa pers usai sidang isbat di Kantor Kemenag, Jalan MH Thamrin, Senin (8/7/2013). - Detiknews

Senin, 08/07/2013 20:18 WIB

Sebagian Umat Islam di Yogya Salat Tarawih Malam Ini

Bagus Kurniawan - detikNews

Yogyakarta - Sebagian umat Islam di Yogyakarta mengikuti salat tarawih malam ini. Mereka akan menjalankan ibadah puasa mulai Selasa (9/7) besok. 

Salat tarawih dimulai sekitar pukul 19.30 WIB, Senin (8/7/2013). Mereka berpegang pada maklumat Pimpinan Pusat Muhammadiyah Nomor 04/MLM/I.)/E/2013 tentang penetapan hasil hisab Ramadhan, Syawwal dan Dzulhijjah 1434 H yang berisi 1 Ramadan jatuh pada 9 Juli 2013.

Sejumlah tempat yang menggelar salat tarawih di antaranya Masjid Besar Kauman Yogyakarta, Masjid Kampus Universitas Gadjah Mada (UGM), Masjid Nurul Ashri dan Nurul Jannah Deresan Catur Tunggal Depok, Sleman serta beberapa masjid di kampung Samirono. 

"Masjid besar Kauman malam ini mulai melakukan salat tarawih," ungkap takmir Masjid Besar Kauman, H Budi Setiawan. - Detiknews

Taufan Soulik Diramal Buatkan Jerebu Kembali


Formasi satu lagi taufan dalam musim taufan Pasifik Barat telah berlaku dan kini sedang mengumpul kekuatan dan bergerak ke arah Filipina.

Taufan Soulik dijangka memberi kesan 'pukulan jauh' ke atas negara ini terutamanya rantau Selat Melaka dengan penurunan kelembapan udara yang disedut olehnya dan membuatkan formasi awan hujan sukar terjadi.

Ini mengakibatkan cuaca menjadi kering dan memudahkan kebakaran tanah gambut berlaku yang mana pada ketika itu, asap kebakaran tidak dapat larut di atmosfera lalu menyelimuti permukaan bumi.

Kejadian sebegini menjadi punca jerebu bulan lalu yang menyaksikan bacaan IPU di Muar mencecah 746 apabila kebakaran hutan dan tanah pertanian di Riau tidak dapat dikawal akibat cuaca kering dan pergerakan angin yang ditarik ke perairan Taiwan - Filipina oleh Taufan Leepi dan Taufan Bebircan telah membuatkan asap tebal dari Riau menyelimuti selatan Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Imej satelit hari ini jam 10 malam menunjukkan angin gurun yang kering dari Australia Barat dibawa oleh Monsun Barat Daya telah menghampiri Sumatera dari arah tenggara.



Larangan Pembakaran Terbuka Tidak Berkesan



Nampaknya larangan pembakaran terbuka yang belum ditarik balik oleh Jabatan Alam Sekitar tidak memberi erti di Dengkil, Selangor.

Ketika keadaan mula kembali berjerebu, dilihat dua pembakaran terbuka sedang berlaku di kawasan tersebut.

Hanya Khamis lalu, hujan turun di kawasan ini dan tentulah tidak cukup kering bagi menyebut, ianya adalah kebakaran hutan.

Imej yang dikirim dari sahabat di Putrajaya memperlihatkan keadaan tersebut. Menurutnya, Putrajaya mula diliputi jerebu tipis sejak pagi tadi.


1 Ramadhan 1434 Jatuh Pada Hari Rabu 10 Julai 2013



Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan tarikh 1 Ramadhan 1434 jatuh pada hari Rabu 10 Julai 2013.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Kesan Boikot: Oldtown White Coffee Segera Dapatkan Sijil Halal Selepas 6 Tahun


Oleh kerana pemboikotan produk DAP mendapat sambutan yang menggalakkan, baru sekarang OTWC mendapatkan Sijil Halal bagi produk makanan mereka. Ini bermakna selama ini Melayu 'town' yang berasa standard melepak di OTWC menyuap makanan yang belum tentu halal ke mulut mereka.

Masa yang mereka ambil untuk mendapatkan sijil halal ini ialah 6 tahun selepas isu makanan mereka tiada Sijil Halal digembar-gemburkan. Malah, Pengerusi DAP Perak yang dikatakan pemilik bersama OTWC pernah menyindir umat Islam di negara ini "minum kopi pun kena ada sijil halal?"

Apapun, pensijilan kerana terngadah selepas terhantuk ini tidak mungkin memberi makna sangat jika umat Islam berterusan bertindak bijak dalam memilih apa yang perlu disuapkan ke mulut mereka untuk dijadikan darah daging. Pemboikotan tidak mungkin terhenti. Apatah lagi untuk perniagaan yang berkait dengan DAP.

Oldtown White Coffee terima sijil halal

PETALING JAYA 8 Julai - Masyarakat Islam di Malaysia dan Singapura yang gemar menikmati kopi dan makanan di Oldtown White Coffee boleh menikmatinya tanpa waswas kerana rangkaian kafe itu telah memperolehi sijil halal.

Di Semenanjung Malaysia, 168 kedai Oldtown White Coffee telah diberi sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sementara di Singapura, Majlis Agama Islam Singapura telah membuktikan bahawa semua lapan cawangannya di republik itu adalah halal.

"Kami mahu mengembangkan asas pelanggan Islam kami kerana sebelum ini, 80 peratus daripada pelanggan kami di Malaysia terdiri daripada bukan Muslim.

"Kini, semenjak jenama kami telah di iktiraf oleh Jakim sebagai halal, kami berharap untuk menarik pasaran masyarakat Islam pula," kata Pengarah Eksekutif Oldtown White Coffee Bhd., Clarence D' Silva pada satu sidang media hari ini.

Beliau berkata, cawangan di Malaysia Timur akan mendapatkan sijil halal mereka tidak lama lagi.

Mengenai rancangan pengembangan syarikat, beliau berkata Oldtown White Coffee akan membuka antara 20 hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun di Malaysia.

Oldtown White Coffee pada masa ini mengendalikan 29 cawangan di China dan Indonesia. - BERNAMA

Isu Bazar Ramadhan di Reko, Kajang : Pengajaran Buat Umat Melayu Islam

Pada ketika ini, dengan tindakan Kerajaan Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang ini, Melayu-Melayu anjing DAP tentu akan mengatakan "tak mengapa, baguslah Bazar Ramadhan ditiadakan, tiada gunanya boros di bulan mulia, tiada gunanya peniaga-peniaga Melayu di mata kita".

Begitulah nada-nada kumpulan mengaku Islam yang akhirnya menjadi MACAI KAFIR HARBI TERBESAR yang pernah terhasil dalam ketamadunan Melayu. Jika kafir harbi wajib diperangi, macai-macai yang menjadi anjing mereka menggigit betis orang Islam lain bagaimana?

Renung-renungkan.

Sambutan 30 Tahun Taman Perpaduan Anjuran PPKTP

Sambutan 30 Tahun Taman Perpaduan akhirnya telah dijayakan oleh penganjur tunggal iaitu Persatuan Penjaja Kecil Taman Perpaduan (PPKTP).

Teman dimaklumkan pihak Persatuan Penjaja Kecil Taman Perpaduan yang merupakan sebuah NGO pro-BN totok yang dianggotai oleh berbagai lapisan kaum, akhirnya telah terpaksa bertungkus lumus mendapatkan sumbangan syarikat-syarikat perseorangan, individu-individu dan para peniaga bagi menjalankan program tersebut setelah melalui halangan yang cukup getir.

Hasilnya, dengan sumbangan usahawan-usahawati dan orang perseorangan yang mahu program ini terus dijayakan, ia telah berjaya dianjurkan dan dirasmikan oleh YB Datuk Aminuddin Md. Hanafiah, ADUN Hulu Kinta yang baru, yang memenangi kerusi tersebut dalam PRU ke 13 yang lalu.

Objektif sambutan tersebut pada mulanya adalah untuk membawa wakil rakyat yang memenangi kerusi Parlimen Tambun dan DUN Hulu Kinta bertemu para pengundi mereka di Taman Perpaduan. Namun ahli Parlimen Tambun yang juga Menteri Kewangan Kedua tidak dapat menghadiri program tersebut kerana perlu berada di Kuala Besut dan mewakilkan kepada ADUN Hulu Kinta.

Syukur, sambutan tersebut telah berjaya dilaksanakan tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak walaupun berlaku keengganan pemimpin masyarakat setempat untuk bekerjasama atas dasar-dasar yang tcukup tidak difahami.

Mereka ternyata tidak seperti peniaga Gerbang Malam yang sawan mendeklerasikan sokongan kepada DAP hanya kerana kemahuan tertentu tidak dipenuhi. 

Tahniah teman ucapkan.



18 Pekerja Syarikat Malaysia Ditahan Di Riau Atas Tuduhan Pembakaran Terbuka

Seramai 18 orang pekerja sebuah syarikat milik Malaysia ditahan untuk diambil keterangan berikutan dituduh melakukan pembakaran terbuka yang menyumbang kepada fenomena jerebu di Malaysia dan Singapura bulan lepas.

Selain itu 24 penduduk tempatan juga dijadikan tertuduh kes pembakaran terbuka bagi membuka tanah.

Indonesia didakwa bersikap serius kali ini dalam menangani kebakaran di Riau ketika jumlah titik panas di Sumatera kembali meningkat semalam.

Sabtu, 06/07/2013 12:54 WIB

Kebakaran Lahan, Polda Riau Periksa 18 Karyawan PT AP

Chaidir Anwar Tanjung - detikNews

Pekanbaru - Polda Riau telah meningkatkan status penyelidikan ke penyidakan dalam kasus kebakaran lahan oleh PT AP. Ada 18 karyawan sudah dimintai keterangan.

Kapolda Riau, Brigjen Condro Kirono kepada detikcom, Sabtu (6/7/2013) di Pekanbaru. Menurutnya, kasus kebakaran lahan yang melibatkan PT AP sudah ada peningkatan.

"Sekarang dari penyelidikan ditingkatkan penyidikan. Kita serius menangani kasus kebakaran lahan ini," kata Condro.

Dia menjelaskan, dengan status penyidikan maka kasus perusahaan asal Malaysia ini akan segera dilimpahkan ke kejaksaan. "Status penyidikan bukan harus ada tersangkanya langsung. Kita tetap akan menentukan siapa orang perusahaan yang akan kita jadikan tersangka. Orang yang kita tetapkan tersangka itu yang paling bertanggungjawab atas kebakaran lahan tersebut," kata Condro.

Condro juga menjelaskan, selain itu pihaknya juga menetapkan 24 tersangka warga yang membuka lahan perkebunan sawit dengan sistem membakar.

"Mereka yang kita tetapkan tersangka terdiri dari pemilik lahan, dan pekerja yang dengan sengaja melakukan pembakaran lahan," kata Condro.

Jerebu Bakal Kembali

Bibit-bibit kebakaran tanah pertanian di Riau dilihat muncul kembali jika dilihat pada imej satelit dan pemantauan titik panas dari web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia.

 Ini memberi kemungkinan bahawa jerebu akan berlaku dalam pusingan-pusingan tertentu sepanjang Monsun Barat Daya ini kerana secara relatifnya, monsun tersebut pada kali ini agak kering.

Justeru adalah diingatkan kepada warga Malaysia agar sentiasa bersedia bagi menghadapi pusingan-pusingan seterusnya kejadian jerebu ini. 

Adalah sukar untuk mengharapkan Jakarta bertindak pro-aktif dalam isu ini secara menyeluruh setelah Indonesia mengamalkan kosep agihan kuasa berpentadbiran sendiri separa autonomi kepada setiap wilayahnya bermula hampir sedekad lalu.

Kelebihan Solat Tarawih



Malam 1
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Malam 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam 9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam 11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam 12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam 13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam 15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam 22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.