Dia yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan post-post yang dilihat berniat jahat ke atas Islam antara lain memaparkan gambar dua remaja yang cedera dipukul di Kelantan kerana mencuri kabel, dengan olahan keterangan yang menyebut dua remaja dipukul kerana tidak berpuasa di Kedah dan menuai kecaman dan hinaan bukan Islam ke atas Islam.
Tindak tanduknya sebagai pengendali page Persatuan Kongsi Gelap Melayu di Facebook itu sentiasa mendapat kecaman pengguna Facebook yang mempertikaikan motif kewujudan page tersebut.
Pekerja kargo didakwa keluar kenyataan mahu bom Masjid Negara
Oleh UMAVATHY RAMAYAH
PETALING JAYA 23 Sept. - Seorang pekerja kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial Facebook atas profil, Persatuan Kongsi Gelap Melayu berhubung amaran mengebom, termasuk di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Masjid Negara dan Kuil Batu Caves, bulan lalu.
Syafiq abdul wahid, 24, membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak. - UTUSAN ONLINE