Khamis, April 10, 2008

Babi Di Selangor

Alkisahnya kini, kerajaan Selangor yang baru telah meluluskan projek ternakan babi teknologi tinggi bernilai RM100juta di Sepang yang sememangnya telah diilhamkan untuk dibuat kajian oleh kerajaan Selangor yang terdahulu.

Menurut Datuk Seri Dr. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, kajian yang akan dibuat itu mengambilkira pendapat penduduk dan sekiranya terdapat bantahan, projek tersebut akan dibatalkan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan selepas mensyuarat exco negeri Selangor pada awal bulan April telah bersetuju meluluskan projek ternakan babi tersebut tanpa mengambil kira pendapat serta pandangan penduduk di daerah Sepang.


Ipoh pernah dikejutkan dengan wabak Japanese Encyphilitis yang meragut kira-kira 100 nyawa di Tambun dan Ampang pada tahun 1998. Hakikat ini cukup untuk menjadikan penternakan babi sebagai pertanian yang tidak dialu-alukan.

Yang menghairankan ialah, mengapakah UMNO Selangor tidak pula bersungguh-sungguh dalam mempertahankan bantahan penduduk di Sepang dalam menentang kerajaan negeri Selangor sedangkan parlimen Sepang telah dimenangi oleh wakil UMNO dari Barisan Nasional.