Selasa, Mei 20, 2008

UMNO Perlu Diruntuhkan?

Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa PAS bersedia menerima Tun M untuk menyertai parti tersebut. Apakah Tun M akan menyertai PAS? Itu tiada siapa dapat meramalkan. Ini kerana tindak-tanduk Tun M kebelakangan ini memang sukar diramalkan.

Maka akan berlakulah fenomena Parti Islam Semalaysia di anggotai ( atau mungkin diperintah ) oleh "Maha firaun ", " Mahazalim " dan berbagai lagi gelaran yang dicela oleh orang-orang PAS terhadap Tun M satu ketika dahulu.

Memang benar bahawa Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi popular walaupun dikalangan ahli UMNO. Hanya mereka yang berkepintingan dalam berpolitik akan mengipas pemimpin mereka semahunya dengan melacurkan nama sebuah parti yang tidak berdosa. Namun ramai ahli UMNO yang mahukan UMNO disucikan semula. Para oportunis dan kronis wajar dipulaukan.

Tetapi pemergian Tun M keluar dari UMNO membawa seribu pertanyaan kepada ahli-ahli UMNO yang setia bersamanya. Sentimen tidak sama. Itu beliau perlu ingat. Dasar-dasar beliau yang disokong oleh penyokong UMNO sebenar adalah kurniaan Ilahi melalui pemikirannya. Dan kurniaan itu ditakdirkan untuk dikeluarkan melalui mindanya dari perbendaharaan Tuhan.

Tetapi hati manusia tidak sama. Bagaimanakah orang seperti penulis yang datuk neneknya berjuang untuk menegakkan UMNO ketika penjajah mula menafikan kuasa politik orang Melayu, hendak melangkah keluar mengikut jejak langkah beliau yang merosakkan tiang-tiang UMNO yang dikasihi.Hari ini Tun M ditertawakan.

UMNO telah ditubuhkan dengan niat yang suci oleh Dato' Onn Jaafar. Setelah UMNO dirampas Tunku Abdul Rahman yang mengajar Melayu menentang pengasas UMNO sendiri, UMNO telah tersalah laluan. Sehingga hari ini, UMNO tidak pernah pulang ke pangkal jalan. Tun M sendiri membawa UMNO ke arah politik hari ini.

Untuk membiarkan UMNO hidup atau terkubur, ianya bergantung kepada sentimen orang Melayu itu sendiri. Jika mereka mahu melupakan yang lama demi keyakinan kepada sesuatu yang baharu, maka UMNO akan berkubur.